Bab 4 ♡

3.2K 87 4
                                    

Aurelia melangkah masuk ke dalam bangunan syarikat di mana dia bekerja. Terpampang gah nama 'Zander's'. Syarikat yang terlibat dalam penghotelan berserta beberapa perumahan.

"Haih, apa yang lama sangat lif ni." Keluh Aurelia.

"Tak baik mengeluh pagi-pagi Aurelia, rezeki susah masuk nanti haaa." Kata seorang jejaka dari belakang.

"Opocot! Ish Encik Zarif ni, terkejut saya!" Marah Aurelia kepada jejaka yang bernama Mikael Zarif, yang merupakan bosnya. Oh ya, tugas Aurelia di sini adalah sebagai setiausaha Encik Zarif.

Kami berdua melangkah masuk ke dalam lif, Encik Zarif menekan pada nombor 11, dimana terletaknya pejabat Encik Zarif dan meja Aurelia.

Tidak sampai 2 minit, lif telah pun sampai di tingkat 11. "Ladies first." Kata Encik Zarif. Aurelia terus melangkah keluar, berikutan dengan Encik Zarif. Aurelia melangkah ke mejanya dan meletakkan semua barang.

"Arghh tak suka betul Isnin haih." Keluh Aurelia lagi. Dia membuka semua suis yang ada termasuk komputernya. Sempat dia menyemak jadual hari Isnin Encik Zarif, dan mencatatkan apa yang perlu.

Dia kemudian bangun dan menuju ke bilik Encik Zarif.

TOK, TOK! Dia mengetuk pintu.

"Come in." Aurelia terus membuka pintu dan menapak masuk setelah mendengar kebenaran Encik Zarif.

"Okay encik, as usual, today 11 in the morning, encik ada mesyuarat dengan Louisa Corporation. Umm itu ja jadual encik pagi ni." Kata Aurelia dengan lembut.

"Oh okay thanks Aurelia. Kalau ada apa-apa nanti awak inform saya lain ya." Tersenyum Encik Zarif sambil berkata.

"Okay encik, saya keluar dulu. Selamat bekerja!" Sengih Aurelia lalu melangkah keluar.

Encik Zarif ni, memang kategori lelaki kacak, tapi sayang, entah berapa girlfriend yang dia ada dekat luar. Kadang-kadang tu sampai ke pejabatlah dia orang cari. Menggeletis sungguh.

Aurelia menyambung kerjanya. Mata dah mula rasa berat padahal baru 2 jam kerjanya bermula.

"Aurelia, saya ke meeting kejap, kalau ada sesiapa cari saya, tolong inform ya." Secara tiba-tiba Encik Zarif terpacak di sebelah Aurelia.

"Okay baik encik." Balas Aurelia sambil mengangguk.

"Ergh pukul 12:20 dah, patutlah lapar semacam." Aurelia terus mengemas untuk keluar lunch.

Telefon Aurelia bergetar, menandakan ada panggilan masuk. "Hi Izz, I baru nak keluar lunch ni. Kenapa?" Tanya dia, kepada teman lelakinya yang bernama Izz Firash.

"Hi sayang, jom keluar lunch sekali, kebetulan I nak sampai dekat office you dah ni. You turun, kejap lagi I sampai." Kata Izz.

"Really?! Okay I'm coming." Suara Aurelia kedengaran teruja.

Dia dengan pantas turun ke bawah dan menanti di luar. Izz kemudiannya tiba, dia melangkah masuk ke dalam kereta Mazda milik Izz.

"Hey sayang, I miss you so much." Kata Izz dengan lembut.

"I miss you too, macam mana outstation? Okay?" Tanya Aurelia

"Yup everything was fine. Nak makan apa ni sayang?" Tanya Izz lagi.

"I lapar nasi la, boleh?" Tanya Aurelia sambil mengerdipkan mata kearah Izz.

"Hahaahha anything for you sayang." Tawa Izz.

Setibanya kami di kedai makan nasi campur itu, kami berdua melangkah masuk dan masing-masing mengambil makanan.

Aurelia duduk berhadapan Izz. Izz Firash, teman lelakinya hampir 2 tahun lamanya. Bekerja sebagai arkitek. Walaupun sejak kebelakangan ni dia sibuk mengalahkan Perdana Menteri, tetapi Aurelia tetap sayangkan dia.

"How was your life sepanjang I takda dekat KL ni?" Tanya Izz sambil menjamu selera.

"Umm okay ja, macam biasa, takda apa yang menarik pun." Adu Aurelia kepada Izz.

"Minggu depan I kena outstation lagi tau, ke Pahang pulak, dalam 4 hari macam tu." Kata Izz.

Aurelia mengeluh. "Kerapnya you outstation sekarang ni, bosanlah I weekend you takda."

"I'm sorry sayang, dah kerja kan?" Izz cuba memujuk dia. Padahal dia faham saja skop kerja teman lelakinya itu.

"Yalah." Jawab Aurelia.

Setelah makan, Izz menghantar dia semula ke pejabat. "Take care sayang, kerja elok-elok, jangan biar Encik Zarif dekat-dekat dengan you eh!" Kata Izz.

Izz cukup cemburu dengan Encik Zarif. Padahal hubungan kami berdua hanya atas dasar pekerja dan bos sahaja. Mungkin dia rasa tercabar kot.

"Ya sayang, I tau." Kata Aurelia.

Dia melangkah masuk ke dalam syarikat tersebut. "Aurelia!" Dia terus menoleh terdengar namanya dipanggil.

"Eh Encik Zarif? Cepatnya meeting habis? Kenapa panggil saya?" Tanya Aurelia hairan.

"Haah kejap ja meeting. Tadi tu boyfriend awak kan? Lama rasanya saya tak nampak dia." Kata Encik Zarif.

Aurelia meneruskan langkah untuk ke pejabat, begitu juga dengan Encik Zarif, berjalan bersebelahannya.

"Ya, Izz. Dia outstation seminggu haritu, itu yang lama dia tak datang sini. Macam mana encik boleh kenal dia?" Pelik juga dia.

"Hahah dah dulu dia kerap jemput awak, saya mestilah nampak." Kata Encik Zarif sambil ketawa.

"Ohhh yalah. Encik tak balik awal harini? Dah takda dokumen perlu sign encik, meeting pun takda dah." Tanya Aurelia sambil berjalan ke meja.

"Erm tak kot, duduk office jelah, tak larat ulang alik. Okaylah, saya masuk dulu Aurelia." Jawab Encik Zarif sambil tersenyum manis lalu menapak masuk ke pejabatnya.

Aurelia kembali menyambung tugasnya yang banyak, maklumlah hari Isnin memang selalu macam ni.

"Aureliaaa!!!" Dia terkejut dengar suara Encik Zarif sekuat itu.

Dia melangkah laju ke pejabat bosnya. "Ya encik?" Tanya dia.

"Buatkan kopi boleh?" Tanya Encik Zarif.

"Seriously encik? Terkejut saya dengar encik jerit, ingatkan ada apalah tadi." Geram betul Aurelia.

"Hehehe sorry saja kot awak tak dengar suara saya." Gurau Encik Zarif.

"Yela encik, kejap ya." Dia berlalu ke arah pantri dan terus membuat kopi untuk bos terbaiknya itu. Setelah siap, dia kembali ke pejabat Encik Zarif.

"Nah encik". Dia letak kopi tersebut di atas meja.

"Thankyou so much, you are the best!" Kata Encik Zarif sambil ketawa.

"Sama-sama". Kata dia lalu kembali ke mejanya. 'Ah lagi setengah jam ja cepatlah pukul 5.' Cakap Aurelia seorang diri.

Sedang dia menyelesaikan tugas, dia perasan Encik Zarif keluar dari pejabatnya. Dia terus membelek jam di tangan. 'Eh pukul 5 dah!' Aurelia terus mengemaskan apa yang patut dan turun ke bawah.

Dia berjalan ke arah keretanya dan terus memandu pulang. Lebih kurang 30 minit, dia tiba di kediamannya.

"Assalamualaikum." Aurelia memberi salam lalu masuk ke dalam rumah. Dia terlihat mama dan papa tengah makan.

"Ma, pa, Lia naik atas dulu." Kata Aurelia. Setelah mama dan papa memberi kebenaran, dia terus menuju ke bilik untuk mandi dan rehat.

HIS EVERYTHING (C)Where stories live. Discover now