Matanya dibuka perlahan-lahan. Silauan matahari jelas dilihatnya. Tubuhnya didudukkan perlahan-perlahan.
"Lia?" Satu suara menjengah telinganya. Kepala ditolehkan ke arah suara itu.
"You pengsan. I bawa you ke hospital." Terang Isaac tanpa disuruh. Hayden pula hanya tertunduk disebelah.
Aurelia cuba memproses keadaan, jantungnya terus berdetak laju.
"Mana Arden?" Aurelia memerhatikan wajah Isaac dan Hayden bersilih ganti.
"Lia.." Isaac merapati katil.
"Answer me Isaac! Where's my husband?" Aurelia menegakkan tubuhnya.
"He's gone Aurelia. He's gone. Dalam letupan tu." Jawab Hayden yang diam sedari tadi.
Aurelia terus terduduk. Kepalanya digelengkan berkali-kali.
"Tak Hayden. Tak. I nak jumpa suami I. Tolong bawa I ke sana." Aurelia berkata dengan cemas. Dia tidak percaya dengan apa yang dikatakan.
"You need rest Lia." Kata Isaac perlahan.
"No!" Tengking Aurelia.
"You're pregnant! You mengandung Lia. Baru 2 bulan. Keadaan you yang macamni boleh membahayakan kandungan you Aurelia." Dengan satu nafas, Isaac berkata.
Nafas Aurelia terhenti, laju mata menoleh ke arah Isaac.
"Apa?? I mengandung?" Suaranya terus dikendurkan.
Melihat anggukan Hayden dan Isaac, membuatkan dia terduduk semula. Tangan dibawa ke perut. Air matanya diseka.
"I... tak percaya. I need him. I tak boleh buat semua ini seorang diri Isaac, Hayden. I need my husband. Tolong." Aurelia tertunduk menahan esakannya.
Hayden dan Isaac sedaya upaya menahan air mata mereka dari jatuh. Kalaulah mereka boleh peluk dan tenangkan Aurelia, sudah lama mereka lakukan.
"I nak ke rumah lama tu. Tolong bawakan I." Rayu Aurelia.
"Okay." Jawab Hayden. Dia melangkah keluar diikuti Aurelia dan Isaac.
Kereta diparkir, mata Aurelia memerhatikan sekeliling. Api telah dipadamkan, telah pun menjadi kawasan polis. Dia menapak perlahan-lahan ke dalam rumah lama itu. Berharap matanya menangkap tubuh suaminya yang masih hidup.
"He's not here Lia." Kata Isaac dari belakang.
"Tak. Dia masih hidup!" Marah Aurelia.
Lengan Aurelia terus ditarik Hayden, tubuhnya dihadapkan Hayden.
"Listen to me. He's gone! Arden dah tak ada. The police found nothing except for cebisan mayat Lia. Seluruh tempat ni sudah digeledah. He's gone for real." Mata Hayden tajam menikam wajah Aurelia yang sudah basah dengan air mata.
"He's my friend Lia. Bukan setakat kawan. He's like a brother to us. Kami pun sakit. So do you. Tapi tolong terima kenyataan. Jangan seksa diri you macamni. Remember, you sedang bawa satu lagi nyawa Lia. Nyawa you, nyawa Arden. Your baby." Sambung Hayden, suaranya dilembutkan.
Aurelia hanya tertunduk, bahunya bergetar.
"I tak sempat pun hidup lama dengan suami I Hayden. I miss him. I need him. Baby ni perlukan daddy dia. I can't do this alone. I tak kuat." Jawab Aurelia.
"You won't be alone. I'm here, Hayden pun ada, Zarif, Natalia. Kami semua ada untuk you Lia." Celah Isaac.
"I nak balik Malaysia." Kata Aurelia, lalu melangkah keluar. Buat kali terakhir, kepalanya ditolehkan melihat rumah lama itu.
"Lia tak dapat pun tengok tubuh abang buat kali terakhir, tapi Lia doakan abang tenang disana. Terima kasih lindungi dan sayang Lia selama ni. Tunggu Lia." Tutur Aurelia bersama air matanya.
Aurelia melangkah kedalam airport bersama Hayden dan Isaac.
"Lia!" Laung Natalia dari jauh. Dia berlari ke arah tubuh sahabatnya yang terkaku lalu terus ditarik kedalam pelukan.
"I'm sorry for your lost Lia. I'm so sorry." Talia mengusap tubuh Aurelia yang sedang tersedu-sedan.
"Aku rindu dia.." Kata Aurelia bersama esakannya.
"Shhh tak apa. Kau berdoa banyak-banyak untuk dia ya?" Talia masih cuba memujuk sahabatnya.
Tangan Aurelia ditarik ke dalam kereta. Rumah ibu bapa Aurelia dituju.
"Lia anak mama." Terus tubuh Aurelia dipeluk Puan Zarina. Encik Harith hanya memandang dari tepi.
Aurelia menangis semahu-mahunya di dalam pelukan mamanya. Dia perlukan kekuatan.
"Lia tinggal dengan mama ya?" Pipi Aurelia dipegang.
"Lia nak balik rumah Arden." Jawab Aurelia.
"Tapi bahaya, Lia seorang diri. Tengah berbadan dua pula tu. Kalau apa-apa jadi macam mana?" Puan Zarina menayangkan wajah risaunya.
"Lia tahu jaga diri. Mama jangan risau. Lia nak tinggal dekat rumah kami." Tegas Aurelia.
"Kalau macamtu yalah. Kalau ada apa-apa bagitahu papa." Kata Encik Harith.
Aurelia terus masuk ke dalam kereta semula, Hayden membawa menuju ke rumah Arden.
"You pasti ni? Tinggal sini seorang diri?" Tanya Isaac.
"Ya Isaac. Jangan risaulah." Senyuman tawar dihadiahkan. "I masuk dulu. Terima kasih."
Pintu rumah dibuka, namun kakinya terpaku di luar rumah. Bayangan suaminya berada di mana-mana. Dia tersenyum nipis. Pintu ditutup.
"Hey sayang! Sudah cukup abang dah letih berlari!" Kata Arden, terbaring di sofa.
"Alah, pepatung pun takut eh? Lemah!" Bayangannya menjelir lidah jelas kelihatan di kornea matanya.
"Meh sini!" Tubuhnya terus ditarik jatuh ke sofa, dipeluk erat suaminya.
"Abang!!!!" Terjerit Aurelia.
Air matanya menitik, terbayang-bayang memori bersama suaminya.
"I miss you so much abang. Lia perlukan abang. Ya Allah, jagakan dia untukku di sana." Suaranya kembali lirih.
"It hurts so much to know that I'll never see you again. I miss your smile, your laugh, your hugs. I miss hearing your voice, and I miss being with you abang. I feel lost without you by my side. I will love you forever, and I will miss you even more." Dia terduduk di lantai.
Setelah beberapa minit menangisi apa yang terjadi, nafasnya ditarik dalam. Kaki menapak ke bilik.
Dia melepaskan keluhan, setiap pelosok rumah, pasti ada memori bersama Arden. Mampukan dia kuat? Dia tidak tahu.
Tubuh dibaringkan diatas katil, telefon dikeluarkan apabila deringan berbunyi.
"Kau okay?" Tanya Natalia.
"Ya." Jawab Aurelia, matanya dipejamkan.
"Kau nak aku temankan kau tak?" Talia risau akan keadaan sahabatnya.
"Tak perlu. Aku okay. Cuma itulah... Aku...rindukan dia sangat Talia. Kejap sangat Allah berikan aku masa untuk rasa bahagia dengan dia. Tapi bagi aku, tak cukup." Luah Aurelia, matanya masih dipejam rapat, menghalang air mata dari mengalir.
"Kau kena sabar, kau kena kuat. Untuk diri kau, dan untuk anak kau berdua. Itu bukti cinta kau dengan Arden, jadi jaga baik-baik ya? Aku akan sentiasa ada untuk kau. Jangan pernah putus doa." Nasihat Talia dengan lembut.
Automatik tangannya diletakkan di atas perut yang masih kempis. Kerap kali dia terlupa akan nyawa yang berada di dalam tubuhnya.
"Terima kasih Talia." Terus panggilan ditamatkan.
"Mummy lupa baby ada dalam ni. Mummy minta maaf ya. Daddy dah tak ada. Sekarang hanya tinggal kita berdua. Sekarang mummy jaga baby, lepas baby dah besar nanti. Baby jaga mummy pula ya?" Dia mengurut lembut perutnya.
"Mummy minta maaf, mummy gagal adakan keluarga yang sempurna dan lengkap." Air matanya diseka.
Terlalu layan perasaan, akhirnya dia terlelap bersama linangan air mata.
YOU ARE READING
HIS EVERYTHING (C)
Romance"Two souls don't find each other by simple accident." Dia, Aurelia Rose Harith, seorang wanita ceria dan menjadi penyeri orang sekelilingnya, namun semuanya berubah apabila satu kejadian hitam telah yang meragut sekeping hatinya. There's a story beh...