Bab 56 ♡

2.4K 50 2
                                    

Arden mengurut belakang lehernya yang terasa lenguh. Setelah seminggu bercuti, kerjanya banyak tertangguh, nak harapkan Zarif seorang. Dia sendiri tidak menang tangan untuk menguruskan dua syarikat dalam satu masa.

"Abang lenguh?" Tanya Aurelia yang baru melangkah masuk ke dalam bilik kerja suaminya.

"Hm. Banyak kerjalah." Keluh Arden, mata kembali fokus pada dokumen-dokumen di hadapannya.

Aurelia meletakkan tangannya di leher Arden, lalu mengurut perlahan-lahan. Dari leher, ke bahu diurutnya.

"Thanks sayang." Ucap Arden, kepala didongakkan menghadap isterinya.

"Abang, will you love me, till the day I die?" Tanya Aurelia dengan tiba-tiba.

"No sayang. Much longer than that." Jawab Arden sambil tersenyum manis.

"Aww ini yang makin sayang! Nak makan tak? Lia suapkan?" Aurelia melingkarkan tangan di leher suaminya, tubuh dibongkokkan ke depan.

"Taknak lagi. Kenyang. Nanti petang boleh?" Tanya Arden.

Aurelia hanya mengangukkan kepalanya, lalu melangkah keluar semula. Kaki dibawa ke bilik bacaan.

KRING! KRING!
Bunyi telefon Arden kuat menjengaj telinga.

"Yes?" Sapa Arden.

"It's me. Uncle Aaron." Jawab satu suara di sebalik panggilan.

"Oh. Is there anything I can help?" Tanya Arden dengan hairan.

"Your dad was admitted to the hospital last night." Jawab Aaron.

"Pardon?" Arden terkedu sekejap.

"He fainted last night. Because of a heart attack." Jawab Aaron, mampu membuatkan tubuh Arden terus tegak.

"I'll be there as soon as I can. Please take good care of him." Terus Arden mematikan panggilan.

"Aurelia?!" Laung Arden sambil berjalan ke arah tangga.

"Ya abang? Kenapa?" Aurelia membuka pintu bilik bacaannya, mata menangkap suaminya yang kelihatan cemas.

"Abang kena ke Itali. Daddy sakit. Sayang tinggal dekat sini. Biar abang seorang pergi." Kata Arden sambil menapak ke arah isterinya.

"Sakit? Lia nak ikut. He's my father too." Kata Aurelia.

"No Aurelia. Tolong dengar cakap abang." Arden menegaskan suaranya.

"No! Lia tetap nak ikut. Either Lia ikut, atau Lia pergi sendiri. Abang pilih." Aurelia mencekak pinganggnya.

"Abang risau benda sama akan terjadi." Arden mengendurkan suaranya.

"Tak. Haritu sebab Lia jalan seorang diri. Kalini Lia tak akan kemana-mana seorang diri." Jawab Aurelia.

"Fine! Tolong kemaskan baju abang. Nak mandi kejap. Kita ambil flight yang paling awal." Terus Arden melangkah masuk ke dalam bilik air.

Setibanya di Itali, mereka berdua bergegas ke hospital. Hayden turut bersama mereka, manakala Isaac dan Hans ditinggalkan di Malaysia, bagi menguruskan syarikat.

"Where's my dad?" Tanya Arden kepada pengawal keselamatan peribadi yang sedang berdiri tegak di hadapan kaunter.

"In that room signor." Jari diarahkan ke satu bilik.

Tangan Aurelia digenggam dan ditarik masuk ke dalam bilik.

"Daddy!" Terus Aurelia berkata saat melihat ayah mentuanya terbaring lemah di atas katil.

HIS EVERYTHING (C)Where stories live. Discover now