Genap seminggu, keadaan Aurelia masih sama. Tiada apa yang berubah. Malah lebih teruk apabila ramai yang menegur berat badannya susut secara drastik.
Aurelia berdiri di hadapan cermin biliknya. Tangan dibawa mengusap wajah sendiri. Ya, wajahnya sangat cengkung. Lingkaran hitam bawa mata pula semakin hari semakin jelas kelihatan.
"Ya Allah, I'm tired. A little of everything.." Perlahan suara Aurelia berkata. Setitis air mata yang menitik, diseka dengan laju. Sudah terlalu banyak air matanya dibazirkan.
Dia menarik nafas dalam, dan keluar dari biliknya, menuju ke ruang tamu. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 7:30 pagi. Mata beralih pula ke dapur, dia ternampak mama dan papanya sedang bergelak ketawa.
Dia hanya merenung mereka. Hatinya mengeluh. Sudah seminggu juga tiada apa yang berubah, kedinginan papanya masih utuh. Mamanya? Hanya layannya apabila perlu.
Dia menghampiri mereka, tangan disuakan untuk menyalam mereka. Salam disambut, dia terus menoleh keluar. Tiada kata-kata yang diucapkan kerana dia tahu, balasannya hanya akan menyakitkan hatinya yang sudah retak sejuta kali.
Setibanya di Zander's, dia melangkah keluar kereta. Kaki menapak masuk dan terus menuju ke tingkat 11 seperti biasa. Dia meneruskan harinya seperti sebelum ini. Tiada apa yang baru, tiada apa yang menarik tentang kehidupannya saat ini.
"How are you feeling today?" Tanya Encik Zarif yang baru tiba kepadanya.
Aurelia mengukirkan senyuman nipis dan mengangguk.
"Saya okay encik." Jawab Aurelia.
"Kejap lagi saya nak keluar lunch dengan lelaki berempat tu. Awak nak ikut? Ajaklah Talia sekali." Pelawa Encik Zarif. Dia tumpang kasihan melihat wanita yang dahulunya banyak mulut, namun kini bertukar 360 darjah. Hanya bercakap apabila perlu.
"Tak apa lah encik. Saya makan sini ja. Terima kasih." Aurelia menolak pelawaan Zarif dengan baik. Dia tahu bosnya mempunyai niat baik, tetapi dia masih takut, apatah lagi dikelilingi ramai lelaki.
Encik Zarif hanya tersenyum dengan penolakan Aurelia, seperti yang dia sudah agak. Dia menapak ke pejabatnya.
Sementara itu, fikiran Aurelia terbang memikirkan sesuatu. Sudah seminggu juga batang hidung Arden dia tidak nampak. Entah ke mana lelaki itu pergi. Lain pula dengan sahabatnya yang lain, kerap menjenguk dia di sini. Kejap bawa makanan, kejap bawa coklat.
Ada hari Isaac pernah bawa bunga. Katanya dia petik dekat bawah. Begitu juga dengan sahabatnya, Natalia. Aurelia tersenyum kecil saat mengingati gelagat mereka. Dia nampak dengan jelas, usaha mereka untuk memulihkannya.
Bukan dia tidak berusaha sendiri, dia sudah cuba. Tetapi dia tidak mampu. Bayangan hitam, mimpi buruk, sentuhan itu setiap kali menjengah mimpinya.
Dia menggelengkan kepalanya perlahan. Kembali fokus pada kerjanya.
~~~~~
Zarif melangkah keluar dari pejabatnya. Sudah pukul 12, dia taknak terlewat untuk solat Jumaat sebentar lagi, jadi kali ini dia keluar makan awal sedikit.
Dia berhenti melangkah saat dia tiba di meja Aurelia.
"Saya keluar dulu ya?" Kata Zarif. Mata merenung wajah kusam milik Aurelia.
Hanya anggukan sebagai jawapan yang diterimanya. Dia terus melangkah ke lif dan terus ke keretanya.
Dia memandu ke Kedai Makanan Kampung kegemarannya. Kereta diparkir dan terus dia melangkah masuk ke dalam kedai itu.
Matanya terus menangkap sahabatnya yang lain.
"Yo Rif!" Tegur Isaac.
"Dia tak ikut?" Tanya Arden tanpa sempat Zarif melabuhkan duduk.
"Tak. She's getting worst. Aku risau tengok dia." Jawab Zarif, keluhan dilepaskan.
Arden hanya terdiam, matanya merenung kenderaan yang lalu-lalang. Bahunya tiba-tiba ditepuk, dia lantas menoleh.
"Cepatlah orang tanya kau mengelamun! Nak makan apa?" Geram betul Hayden, dah 4 kali dia memanggil Arden tapi langsung tidak dijawab.
"Nasi goreng kampung 1, teh ais 1." Kata Arden mendatar.
"Kau nak pergi solat Jumaat kan kejap lagi?" Tanya Arden kepada Zarif.
"Haah, kenapa?" Zarif mengajukan soalan.
"Aku nak ikut." Jawab Arden sambil jari bermain di telefonnya.
"Hah?! Ikut buat apa?" Terkejut Zarif dengan kata-kata Arden.
"Nak solat. I'm a muslim now." Ringkas jawapan Arden, tapi membuatkan keempat-empat sahabatnya terkejut, terdiam dan ternganga.
"Kau... tak main-main kan?" Tanya Hans dengan mata yang terbuntang.
Arden menggelengkan kepalanya.
"Dah 4 hari." Mata Arden merenung wajah mereka yang seperti beruk terkejut.
Hayden, Isaac dan Hans terdiam sepenuhnya. Mereka yang serumah pun boleh tidak tahu apa-apa.
Zarif terus bangun dari duduknya, dia menghampiri Arden lalu terus dipeluk erat tubuh itu.
"Welcome saudara baru ku! I'm so happy for you!" Tangan Zarif menepuk belakang Arden.
Arden hanya tersenyum nipis.
"So lepas ni kau tak boleh bergaduh, membunuh dahla." Celah Isaac yang baru hilang terkejut.
"Memamg dia dah stop pun kan?" Tanya Zarif.
"Oh kau tak tahu la kan." Kata Hayden pula.
"Eh sebelum aku hempuk korang karang, baik cakap apa benda." Marah Zarif.
"Arden kurung Izz dekat bilik bawah tanah rumah kita orang. Dia siap pukul mamat tu woo haritu." Bersungguh-sungguh Isaac bercerita.
"Kau biar betul?!" Terkejut Zarif mendengarnya.
"Habistu? He's an evil kot. Aku simpan ja mamat tu dulu. Nanti lah aku pikir nak buat apa." Tenang sahaja Arden menjawab.
"Kau takkan bunuh dia kan?" Tanya Zarif lagi.
"Aku nak hantar ke balai, tapi Aurelia kan taknak? Nanti lah aku lepaskan mamat tu." Jawab Arden.
Mereka yang lain hanya mendiamkan diri setelah makanan tiba.
"Kau taknak jumpa Lia ka?" Tanya Hans secara mengejut.
Arden yang sedang mengunyah makanan itu terhenti seketika.
"Kenapa?" Arden menjawab dengan bertanya.
"She must be waiting for you Arden. Kita orang semua dah banyak kali jumpa dia, except for you." Hayden menjawab bagi pihak Hans.
"I'll meet her soon." Jawab Arden, lalu sambung makan. Memandangkan sudah hampir masuk waktu azan, Arden dan Zarif menghabiskan makanan dengan cepat.
"Kita orang gerak dulu." Kata Zarif lalu melangkah pergi. Diikuti Arden di belakang.
Setibanya di masjid, dia sedikit kaku. Selalunya dia solat di masjid taman perumahannya, bilik tidurnya dan surau di syarikatnya sahaja. Dia melangkah perlahan ke bahagian mengambil air wuduk dan terus berwuduk.
Zarif yang sedang memerhatikannya tanpa dia sedar itu sedang tersenyum bangga. Siapa sangka, baru 4 hari menjadi seorang muslim, dia mampu berwuduk dengan baik.
Setelah selesai, dia melangkah masuk ke dalam saf. Berdiri bersebelahan Zarif. Dia menghela nafas dalam, cuba mengingati semua yang diajar oleh pakcik di masjid kawasan perumahannya.
Selesai solat Jumaat, mereka berdua melangkah keluar.
"You're fast learner huh?" Kata Zarif sambil berjalan ke kereta.
"Kenapa kau cakap macamtu?" Arden menoleh ke arah Zarif.
"Kau ambil wuduk dengan baik, kau tak kekok pun. I'm proud of you dude." Bahu Arden dipeluk.
"Ish! Apa ni lepaslah. Dah elok-elok baru lepas solat, tak sia-sia orang ingat kita gay?" Marah Arden.
"Hahahahaha alah kau ni! Peluk sikit pun kedekut!" Zarif tertawa sambil mulut membebel.
"Diam lah." Jeling Arden lalu melangkah masuk ke bahagian penumpang kereta.
YOU ARE READING
HIS EVERYTHING (C)
Romance"Two souls don't find each other by simple accident." Dia, Aurelia Rose Harith, seorang wanita ceria dan menjadi penyeri orang sekelilingnya, namun semuanya berubah apabila satu kejadian hitam telah yang meragut sekeping hatinya. There's a story beh...