Bab 13 ♡

2.3K 84 6
                                    

Selepas selesai solat Isyak, Aurelia terus bersiap untuk keluar bersama sahabatnya, Natalia itu.

Dia mengenakan blouse bercorak bunga dan seluar slack hitam. Tudung bawal kemas dikepala.

Dia melangkah keluar dan meloloskan diri ke dalam keretanya. Belum sempat dia menukar gear, telefonnya bergetar.

"Hello Lia, kau kat mana?" Tanya Talia.

"Baru sangat nak keluar rumah, kenapa? Kau dah sampai ka?" Tanya Aurelia sambil memulakan pemanduannya.

"Otw ni, jumpa dekat sana lah macam biasa." Kata Talia lalu terus menamatkan panggilan.

Aurelia tenang memandu atas jalan raya, sambil-sambil itu dia mendail number teman lelakinya, sudah hampir 3 hari langsung tidak berhubung.

Aurelia juga tidak berani bertanya, dia masih takut dengan kenyataan.
Tetapi sudah tiba masanya dia perlukan penjelasan.

"Hi Assalamualaikum Izz, you tengah buat apa?" Tanya Aurelia dengan lembut, cuba sembunyikan perasaan gugupnya.

"I tengah siapkan kerja ni, ada apa?" Tanya Izz Firash dengan mendatar.

Aurelia mengerutkan keningnya dengan jawapan Izz, kata tengah siapkan kerja, tetapi kenapa dia terdengar suara orang ramai.

"We need to talk, about us." Aurelia berterus-terang.

"Esok boleh? Harini I memang tak sempat. Esok ya?" Jawab Izz lalu terus menamatkan panggilan.

Aurelia yang tengah memandu itu terus berasa sakit hati, sebelah tangannya mengenggam stereng kuat.

'Sabar jalah.' Kata Aurelia sendiri.

Dia kembali meneruskan pemanduannya, tibanya dia di sana, matanya memerhatikan sekeliling.

"Ya Allah ramainya harini, nak park mana pun entah." Bebel Aurelia.

Matanya kemudian menangkap satu tempat letak kenderaan kosong, dengan pantas dia menghalakan keretanya ke situ.

Selesai memarkir, dia kembali menelefon sahabatnya. "Talia, aku dah sampai ni, kau mana?"

"Sama lah, jumpa depan Starbucks, aku tunggu sini." Kata Talia.

Aurelia terus berjalan melangkah ke arah yang ditetapkan. Nasib dekat sini tak crowded sangat, kalau tidak memang potong moodnya.

"Lia!" Kepala Aurelia terus tertoleh ke arah suara yang memanggil namanya. Terlihat sahabatnya sedang melambaikan tangan.

Aurelia melangkah menghampiri. "Sebelum kau kata apa-apa, jom kita makan dulu, lapar ni." Kata Aurelia.

"Hahahahah tak menyabar kau ni, jom 4 fingers."  Ajak Talia.

Aurelia hanya mengangguk, mereka berdua melangkah bersama-sama.

"Aku sebenarnya ada benda nak cerita dekat kau." Kata Aurelia secara tiba-tiba.

Kepala Natalia laju menoleh, kakinya terus berhenti melangkah. "Apadia! Baik cakap cepat! Kau nak kahwin ka?!"

"Ish kau ni, takpayah sampai ke situ, lambat lagi." Jawab Aurelia dengan muka muramnya.

"Dah kenapa kau ni?" Talia mengjongketkan keningnya sambil bertanya.

"Jap, order dulu." Kata Aurelia setelah mereka tiba di restoran itu. Setelah melabuhkan pinggul dan memesan makan. Aurelia kembali menyambung ceritanya.

"Actually, 3 days ago, aku ternampak Izz dengan perempuan lain." Kata Aurelia senafas.

"WHAT?!" Natalia terjerit.

HIS EVERYTHING (C)Where stories live. Discover now