Sudah masuk hari ketiga mereka berlima berada di bumi Itali. Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang.
"Abang, lama lagi ka nak siapkan kerja tu?" Tanya Aurelia, sambil melepaskan keluhan.
"Hm kejap sayang. Ada masalah pula dekat sana." Jawab Arden, mata masih melekat pada komputer ribanya.
"Lia nak jalan-jalan bawah boleh? Bosan la duduk dalam bilik dari tadi." Aurelia meminta izin suaminya.
"Bahaya la sayang. Kalau sesat macam mana?" Arden menoleh sekilas memandang isterinya.
"Ala sesat apanya. Kan Lia bawa telefon. Lagipun dekat bawah hotel ja. Please abang." Aurelia mengusap lengan Arden sambil memujuk.
"Yalah. Tapi pukul 7 sayang kena naik dah. Faham?" Arden berhenti fokus pada kerjanya, kini perhatiannya beralih kepada Aurelia.
"Okay janji! Thankyou abang." Bibir Arden dicium sekilas lalu.
Arden menggelengkan kepalanya perlahan.
"Bye abang!" Laung Aurelia lalu terus kebawah.
Aurelia bernyanyi-nyanyi perlahan sambil melangkah ke bawah. Dia bercadang untuk berjalan sekitar hotel sahaja. Dia suka dengan cuaca di sini.
Banyak gambar yang diambil di telefonnya. Setiap momen pasti dirakam dan disimpan. Aurelia tersenyum sendiri saat teringat akan momen manis bersama suaminya.
Walaupun jam menunjukkan hampir pukul 7, tetapi masih cerah disini. Cumanya tidak ramai orang yang lalu lalang. Mungkin tengah berehat. Fikir Aurelia sendiri.
Sedang dia ralit berjalan, tiba-tiba mulutnya dicekup dengan kain dari belakang.
"UMPHHH!!" Jeritannya dimatikan dengan kain yang ditekup di mulutnya. Dia menggunakan seluruh tenaganya untuk berlawan, tetapi malangnya pandangannya semakin kabur. Lalu dia terus terkulai di dalam pelukan lelaki asing itu.
Manakala di bilik hotel, Arden sedang bersiap-siap untuk keluar makan malam. Jam ditangan dibelek. Dahinya berkerut apabila sudah pukul 7 tetapi isterinya masih belum pulang.
Nombor Aurelia didail, namun tidak diangkat. Beberapa kali dia mencuba, namun masih sama. Arden sudah tidak sedap hati. Kaki terus melangkah keluar dari bilik hotelnya dan ke bilik sahabat-sahabatnya.
Pintu diketuk bertalu-talu.
"Kau apahal gila?" Terus Isaac bertanya.
"Aurelia! Dia keluar tadi. Katanya pukul 7 nak balik tapi sampai sekarang tak balik!" Cemas suara Arden.
"Alah kau ni. Kejap lagi dia baliklah." Celah Hayden sambil bersandar di dinding.
"She didn't pick up any of my calls! Tolong aku cari dia!" Gesa Arden.
"Let's go." Terus mereka melangkah ke bawah.
"Eh wait. Where's Hans?" Tanya Arden apabila baru sedar Hans tidak ada bersama mereka.
"Dia keluar jumpa kawan lama tadi." Jawab Isaac.
Arden hanya mengangukkan kepalanya.
"Split up! Apa-apa call aku." Arah Arden lalu mereka bertiga mencari di kawasan yang berasingan.
Arden tidak putus-putus cuba mendail nombor isterinya. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi ringtone yang sangat dikenali. Terus kakinya laju melangkah ke arah bunyi itu.
"Allah..." Arden terduduk saat melihat telefon isterinya yang sudah retak di atas jalan raya. Dia jatuh melutut di tepi jalan.
PIN!!!!
Bunyi hon menyedarkan Arden semula. Dia beredar dari jalan raya. Wajahnya diraup kasar.
YOU ARE READING
HIS EVERYTHING (C)
Romance"Two souls don't find each other by simple accident." Dia, Aurelia Rose Harith, seorang wanita ceria dan menjadi penyeri orang sekelilingnya, namun semuanya berubah apabila satu kejadian hitam telah yang meragut sekeping hatinya. There's a story beh...