Bab 21 ♡

2.4K 78 2
                                    

"Lia, kejap lagi ikut saya meeting dekat luar." Arah Encik Zarif yang sedang berdiri di hadapan pintu pejabatnya.

"Okay encik, pukul berapa?" Tanya Aurelia.

"11 japgi." Jawab Encik Zarif lalu melangkah masuk ke dalam pejabatnya semula.

Aurelia kembali menyambung kerjanya. Matanya tertancap pada luka di pergelangan tangannya itu.

Fikirannya masih teringat akan kata-kata Izz. Dia agak risau dengan ugutan tersebut. Siapa yang akan sangka dengan manusia?

Kadang-kadang yang baik itulah akhirnya yang menjadi sangat kejam. Namun pada waktu ini, dia hanya mampu berdoa supaya Izz redha dengan semuanya.

Lagipun, ini bukan salahnya. Dia hanya mangsa penipuan laki itu sendiri juga.

Aurelia mengeluh perlahan tanpa sedar. Dia mengurut sedikit pergelangan tangannya.

"Apalah yang mamat tu makan malam semalam? Sampai digenggamnya tangan aku macam nak putus haih." Adu Aurelia seorang diri.

"Lia, jom." Aurelia tersentak terus apabila dia dikejutkan dengan suara bosnya yang sedang menapak ke arahnya.

"Eh kejap saya kemaskan barang." Kata Aurelia lalu tangan tangkas mengemas barangnya.

Mereka berdua kemudian melangkah keluar.

"Meeting dengan Zan's Corporation kan encik?" Tanya Aurelia untuk kepastian.

"Ya Lia, kenapa?" Tanya Encik Zarif lembut.

"Hehe sajalah. So dengan Arden la kan?" Tanya Aurelia sambil tersengih.

"Haah, kenapa? Suka lah tu kan?" Encik Zarif tersenyum mengusik setiausahanya itu sambil kaki mereka melangkah ke kereta.

"Ishh mana ada! Orang tanya ja pun." Dengus Aurelia sambil menjeling bosnya.

Encik Zarif hanya ketawa sahaja. Dia memulakan pemanduan ke Zan's.

"So macam mana? Masih single ka awak?" Tanya Encik Zarif secara tiba-tiba.

Aurelia tersentak dengan soalan itu.
Dia menoleh dengan keningnya berkerut merenung bosnya.

"Encik biar betul? Saya ni baru sangat lepas putus tau. Ada gila tiba-tiba nak bercinta balik?" Bebel Aurelia seorang diri.

"Manalah saya tahu kot ada yang masuk line ka." Kata Encik Zarif sambil tersenyum.

"Kalau ada pun entah saya nak terima atau tak. Susah untuk saya percayakan orang lagi lepas apa yang jadi." Perlahan sahaja suara Aurelia saat menuturkan ayat.

Encik Zarif terdiam seketika.

"Saya minta maaf, niat saya nak bergurau dengan awak saja. Tak mengapa Lia, awak pun muda lagi. Nanti adalah tu yang terbaik." Kata Encik Zarif sambil matanya mengerling ke arah Aurelia.

"Ya takpa, saya tak ambil hati pun. Terima kasih encik." Tersenyum Aurelia memandang Encik Zarif.

Mereka akhirnya tiba di Zan's, perjalanan hanya memakan masa 10 minit sahaja.

Aurelia tergamam melihat syarikat itu. Seni bina yang sangat menakjubkan. Kakinya perlahan menapak ke dalam.

"Jom Lia, jangan nak ternganga sangat." Kata Encik Zarif sambil tergelak kecil.

Aurelia tersedar, dia menjeling bosnya itu. Kaki turut melangkah mengikuti bosnya. Mereka menapak masuk ke dalam lif.

"Tingkat 30?!" Terkejut Aurelia saat Encik Zarif menekan butang pada lif.

"Kenapa kalau tingkat 30 pun?" Hairan Encik Zarif.

"Er takda lah, saya gayat sikit orangnya hehe." Jawab Aurelia.

HIS EVERYTHING (C)Where stories live. Discover now