6 tahun kemudian...
"Zaeem! Jangan jauh sangat!" Marah Aurelia kepada anak lelaki sulungnya.
"Hehe sorry mummy." Terkedek-kedek Zaeem berlari kearah Aurelia.
"Abang! Makan! Panggil yang lain sekali." Laung Aurelia lagi.
"Meh duduk tepi mummy. Zaeem nak makan apa? Nasi lemak? Sandwich? Spagetti?" Tangan mengibas-ngibas pasir pantai di punggung anaknya.
"Erm nasi lemak lah mummy." Zaeem melabuhkan duduk di sebelah Aurelia.
Zaeem Aahil, kini sudah pun berusia 5 tahun. Dia membesar dengan sihat, menjadi anak yang baik. Dan ya, sangat kacak. Rupa parasnya banyak mewarisi Aurelia, tetapi perangai serupa daddynya. Kuat menyakat.
"Hai sayang." Pipi Aurelia dikucup sekilas lalu, dia melabuhkan duduk di atas tikar yang dibentang. "Zaeem ketepilah, daddy nak duduk sebelah mummy."
"Eee mummy tengok daddy ni!!" Rengek Zaeem Aahil.
"Meh duduk dengan uncle." Tubuh Zaeem diangkat, diletakkan di atas ribanya. Hayden memang uncle kesayangan Zaeem, dia rajin melayan kehendak Zaeem.
"Lia, you tak letih ka?" Tanya Isaac.
"Kenapa nak letih pula?" Tanya Aurelia hairan.
"Yalah, dah memboyot perut tu, tapi rajin lagi ajak kita orang ke sini." Jawab Isaac.
Aurelia Rose memegang perutnya yang sudah besar. Kini dia sedang menimang cahaya mata kedua, lagi 3 bulan, dia bakal melahirkan.
"Alah tak ada apa pun. Benda kecil ja." Aurelia tersenyum manis.
Pagi ini, mereka berlapan berpiknik di pantai, cadangan Aurelia. Dia sudah bosan terperap di dalam rumah.
"Kau orang dah ada nama tak untuk baby kedua?" Tanya Hans.
Aurelia menoleh memandang suaminya, dia tersenyum.
"I serahkan dekat Arden, memandangkan nama Zaeem I yang pilih, so anak kedua, biarlah dia pilih." Kata Aurelia.
"Aralyn Nadeera." Arden berkata, matanya lunak merenung wajah isterinya.
"Sedap abang pilih." Aurelia meletakkan kepala di bahu Arden.
"Ahhh aku nak kahwin!" Jerit Isaac.
"Kau ni, dah tersedak Zaeem." Hayden menepuk-nepuk belakang badan Zaeem.
"Dahtu kahwinlah. Sampai bila nak membujang?" Tanya Talia.
"Eleh, mentang-mentang korang dah kahwin. Nak perli aku pula." Isaac menjeling ke arah Zarif dan Natalia.
Zarif dan Natalia juga sudah berjaya mendirikan rumah tangga mereka 2 tahun lalu. Kini, Natalia baru sahaja disahkan mengandung 3 bulan.
"I tak sabar nak tunggu you kahwin." Ucap Aurelia sambil tergelak kecil.
"Dah kenapa?" Tanya Isaac.
"Yalah, nak tengok siapalah yang nasib malang jadi isteri you nanti." Aurelia menyembunyikan ketawanya.
"Arden, kau tengok jap isteri kau. Sebelum aku rejam dia dalam laut baik suruh dia diam eh." Panas betul hati Isaac dengan usikan Aurelia. Tahulah dia single pun!
"Sebelum kau rejam dia, aku rejam kau dulu." Arden menayangkan muka selambanya.
"Dahlah. Zaeem, jom mandi laut!" Ajak Isaac.
"Jom!!!" Terus Zaeem turun dari riba Hayden.
"ISAAC! ZAEEM! MAKAN DULU!" Tempik Aurelia. Boleh darah tinggi kalau macamni.
YOU ARE READING
HIS EVERYTHING (C)
Romance"Two souls don't find each other by simple accident." Dia, Aurelia Rose Harith, seorang wanita ceria dan menjadi penyeri orang sekelilingnya, namun semuanya berubah apabila satu kejadian hitam telah yang meragut sekeping hatinya. There's a story beh...