Bab 44 ♡

2.6K 75 1
                                    

Aurelia mengemaskan semua pakainnya ke dalam luggage miliknya. Hari ini, dia akan berpindah ke rumah suaminya, Arden.

"Kau dah siap?" Tanya Arden yang baru masuk ke bilik.

"Um dah awak. Nak gerak sekarang ka?" Aurelia memerhati suaminya.

"Haah. Jom." Jawab Arden.

Aurelia yang baru ingin menarik begnya terus dihalang Arden.

"Tak payah, berat ni nak turun tangga lagi. Biar aku bawakan." Beg bertukar tangan.

Aurelia berjalan dahulu di hadapan, diikuti Arden. Matanya memerhati mama papanya yang sedang berborak di ruang tamu.

"Mama papa, kami nak gerak dah ni." Arden memulakan bicara, manakala Aurelia hanya diam membisu di sisi suaminya.

"Oh cepatnya?" Puan Zarina melangkah menghampiri anak menantunya diikuti Encik Harith.

"Haah, saja awal boleh berehat lagi dekat sana." Arden melakarkan senyuman buat mama. Dia menunduk menyalam tangan mama dan papa mentuanya.

"Lia?" Panggil Puan Zarina.

Aurelia hanya tersenyum nipis memandang mamanya. Dia melangkah berdiri di hadapan mama papanya.

"Lia pergi dulu ya? Mama papa jaga diri. Terima kasih jaga Lia dari kecil sampai sekarang. Lia minta maaf dah susahkan mama papa, dah malukan mama papa. Lia minta maaf." Lirih suara Aurelia, air matanya mula menitik. Dia mencium tangan mama dan papanya lama.

"Mama papa buat semua ini demi kebaikan Lia. Kami harap Lia faham. Kasih sayang mama tak pernah berkurang untuk Lia. Nanti jangan lupa jenguk kami di sini ya?" Puan Zarina mengusap belakang anaknya.

"Papa pun sayang Lia. Papa cuma kecewa dengan apa yang terjadi. Jaga diri Lia baik-baik. Dan Arden, papa letakkan sepenuh kepercayaan kepada kamu untuk jaga Lia sebaik mungkin." Encik Harith berkata tegas.

"Baik papa." Arden mengangukkan kepalanya. Tangan pula mengusap bahu si isteri.

"Jom Lia." Ajak Arden.

Mereka berdua melangkah ke Porsche Panamera milik Arden. Tangan dilambai ke arah mama dan papa sebaik sahaja kereta bergerak.

Aurelia hanya melemparkan pandangan ke luar tingkap. Papanya masih kecewa dengan dirinya, walaupun itu memang bukan salahnya. Jujur, dia berkecil hati.

"Sayang? Jangan difikirkan sangat. Aku tak suka tengok kau monyok macamni." Arden mengerling isterinya yang diam disebelah.

"Salah saya ka?" Tanya Aurelia.

"No mia stellina. Kau mangsa. Sudah, jangan fikirkan sangat. Kalau kau rindu mama kau, nanti kita baliklah sini. Bukan jauh pun okay?" Arden cuba memujuk isterinya.

"Okay." Aurelia hanya mengiakan.

"Saya nak tanya boleh?" Tanya Aurelia, kepala ditolehkan kearah suaminya.

"What is it?" Arden menyoal isterinya.

"Mana parents awak? Kenapa mereka tak datang kelmarin?" Mata masih merenung suaminya.

"Oh daddy aku tak dapat datang, tapi nanti majlis reception kita dia datanglah." Jawab Arden.

"Your mom?" Tanya Aurelia lagi.

"She passed away when I was 5 years old sayang." Jawab Arden mendatar.

"Maaf, saya tak tahu." Terus Aurelia rasa serba salah.

"It's fine. Kau isteri aku, kau patut tahu." Jawab Arden, memberikan senyuman buat si isteri.

"Okay. So nanti daddy awak datang dari Itali la kan?" Tanya Aurelia lagi.

HIS EVERYTHING (C)Where stories live. Discover now