"I said what I said, kalau I tak dapat you, then no one can sayang. You are mine!" Kata Izz sambil ketawa yang kedengaran sangat sinis di hujung ayatnya.
"What is wrong with you Izz? You ni mental ka apa? You yang curang, then you expect I nak terus jadi bodoh stay dengan lelaki macam you ka?!" Tengking Aurelia.
"I dah janji I akan berubah, tapi you yang degil kan? You're gonna regret your decision Aurelia sayang. Don't you ever underestimate me." Sambung Izz lagi.
"Apa maksud you? I tak faham. Please Izz, kita dah tak ada apa-apa. You need to move on." Kata Aurelia dengan perlahan. Dia letih bercakap dengan lelaki seperti ini.
"You akan faham nanti." Jawab Izz mudah sahaja.
"You memang gila. Are you stalking me Izz? Mana you dapat semua gambar tu?" Tanya Aurelia, dia risau jika Izz memang benar mengikutinya selama ini.
"Mestilah, I risaukan keselamatan you tau." Jawab Izz sambil ketawa manja.
"You memang gila! I lagi rasa tak selamat dengan you lah!" Marah Aurelia.
"It's okay sayang, jangan marah-marah. See you soon." Kata Izz lalu terus menamatkan panggilan telefon.
Aurelia hanya terdiam, fikirannya menerawang jauh memikirkan kata-kata bekas teman lelakinya.
"Arghhhh serabutlah!" Jerit Aurelia dalam biliknya. Dia terus baring atas katilnya dan melelapkan mata sekejap. Kepalanya sakit memikirkan kata-kata itu.
Aurelia kemudiannya bergerak ke bilik air untuk mengambil wuduk memandangkan waktu magrib sudah pun masuk. Setelah selesai, dia kembali ke katil. Telefonnya berdering lagi. Aurelia terus mengangkat panggilan.
"Apa lagi you nak ni?!" Marah Aurelia tanpa melihat pemanggil.
"Eh awak kenapa?" Suara di panggilan menegurnya.
"Eh Encik Zarif! Ya Allah maaf. Ingatkan orang lain tadi." Aurelia berkata seraya menepuk dahinya. Itulah main serbu tanpa helmet lagi.
"Kenapa? Awak marahkan siapa?" Tanya Encik Zarif.
"Takda apalah, ni kenapa encik call?" Tanya Aurelia terus.
"Oh lupa pula, nak tanya awak nak gerak dah ka?" Tanya Encik Zarif.
Mata Aurelia terus terbuntang. Jam dibelek, jarum menunjukkan hampir pukul 8.
"Ya ya nak gerak dah ni. Jumpa sana ya." Tipu Aurelia lalu terus menamatkan panggilan.
Dia bingkas bangun dan bersiap. Aurelia hanya mengenakan blouse dan baggy jeans, tudung bawal hanya diselempang. Dia sudah lewat!
Terus kakinya melangkah laju ke luar, memboloskan diri ke dalam keretanya. Dia memandu dengan laju. Takut terlewat sampai, kesian pada sahabatnya itu.
Hampir 20 minit, dia tiba di restoran yang menyediakan makan jenis western itu. Kakinya melangkah masuk. Matanya meliar mencari Talia dan yang lain.
"Lia! Sini!" Terdengar satu suara memanggilnya. Dia lantas menoleh ke arah itu dan matanya tertancap pada keenam-enam tubuh itu.
YOU ARE READING
HIS EVERYTHING (C)
Romance"Two souls don't find each other by simple accident." Dia, Aurelia Rose Harith, seorang wanita ceria dan menjadi penyeri orang sekelilingnya, namun semuanya berubah apabila satu kejadian hitam telah yang meragut sekeping hatinya. There's a story beh...