Bab 16 ♡

2.3K 67 2
                                    

Perlahan-lahan Aurelia membuka matanya. Tangannya menggapai telefon di meja lampu sebelah katilnya.

Matanya terbuntang terus melihat waktu sudah hampir pukul 8 pagi, padahal selalunya waktu ini dia sudah terpacak di pejabat.

Ini mesti disebabkan dia terlalu letih menangisi lelaki durjana itu. Itulah Aurelia, setiap kali menangis, dia pasti akan berasa letih yang amat.

Dia bergegas bangun untuk membersihkan diri.

"Oh my god I'm late!" Aurelia berkata sambil melangkah ke bilik airnya. Dia mandi dengan pantas, terus bersiap ala kadar.

Aurelia mengenakan kemeja putih dan seluar slack hitam beserta shawl bercorak floral kemas terlitit di kepalanya.

Dengan laju dia terus ke ruang tamu.

"Lia! Mama ingat kamu cuti?" Tegur Puan Zarina yang tengah memasak di dapur.

"Lia terlewat bangun ma, sorry Lia nak cepat ni. Love you!" Kata Aurelia kuat lalu melangkah keluar lalu memboloskan diri ke dalam kereta Myvi miliknya.

Dia terus menekan pedal sambil tangannya mendail number bosnya itu.

Kringgg... Kringggg!!!

"Aduh tak angkat pula Encik Zarif ni." Keluh Aurelia. Dia membelek jam di tangannya.

"Oh sh*t dah pukul 8:30 pagi. Matilah aku!!!" Bebel Aurelia seorang diri.

Perjalanan yang selalunya memakan masa selama 30 minit kini hanya mengambil masa 20 minit sahaja hari ini. Dia memandu seperti Domenic Toretto dah tadi.

Dia memarkir keretanya, lalu berlari-lari anak ke dalam syarikat itu. Di saat dia berlari itu, dia tersilap langkah di tangga.

Hampir sahaja dia jatuh tersembam, ada tangan yang memaut kemas pinggangnya.

Aurelia tersedar dan terus menstabilkan tubuhnya.

"Ehem." Aurelia berdehem menghilangkan rasa segan kerana pertama kali dirinya dipeluk walaupun itu hanyalah untuk membantu dirinya.

Dia menoleh ke arah tangan yang membantunya. "Em terima kaa..." Percakapan Aurelia terbantut melihat sang jejaka yang membantunya.

"Eh Arden, um terima kasih bantu saya." Aurelia berterima kasih kepada Arden yang kepalanya masih memakai full face helmet itu. Cumanya visornya sahaja diangkat.

"Be careful next time Aurelia, kalau jatuh tadi mau nya gigi awak bersepah." Kata Arden sambil melangkah pergi.

Aurelia terkaku dengan perlian itu. Mukanya merah menahan malu dan geram. "Ergh nasib ja kau banyak tolong aku." Bebel Aurelia seorang diri.

Dia kembali tersedar yang dia sudah terlalu lewat. Kakinya laju melangkah ke arah lif yang baru dibuka. Dia memasuki lif tersebut bersama Arden.

"Kau nangis lagi semalam?" Tanya Arden mendatar.

Aurelia hanya mengangguk perlahan.

"I told you..." Tidak sempat Arden menghabiskan ayatnya, Aurelia terus memotong.

"Habis awak ingat saya kayu takda perasaan ka apa? Of course saya akan menangis. Bukannya senang untuk saya terus lupa dan abaikan apa yang dah jadi." Kata Aurelia dengan perasaan sendu.

"I'm sorry, it just that I......" Arden tidak menghabiskan kata-katanya.

"I what?" Tanya Aurelia hairan. Lif ini pun apa yang rasa lama sangat.

"Nothing important." Jawab Arden dengan muka bekunya.

Aurelia hanya mengabaikan dan terus keluar menuju ke bilik Encik Zarif sebaik sahaja pintu lif itu terbuka.

HIS EVERYTHING (C)Where stories live. Discover now