"Lia, balik jom?" Ajak Natalia dengan lembut sambil tangannya mengusap lengan Aurelia.
Aurelia hanya abaikan sahabatnya dan kelima-lima lelaki itu, dia terus bangun, kaki melangkah ke arah Izz yang sedang galak ketawa.
"Lia! Kau nak buat apa?!" Tinggi suara Talia kedengaran, langkah kakinya laju cuba menghampiri langkah Aurelia.
"Shut up Talia, aku nak settlekan sekarang juga." Kata Aurelia sambil kakinya terus melangkah.
"Zarif! Do something! Macam mana kalau Izz buat apa-apa dekat Lia?" Cemas suara Talia berkata. Dia risaukan sahabatnya itu.
"Hey rileks, kita tak ada hak untuk masuk campur lebih. Kita tengok dari sini, kalau lebih teruk, then I terpaksa masuk campur." Kata Zarif dengan muka tegang.
"Eh eh Arden kau nak kemana?" Tanya Hans melihat Arden melangkah menghampir Aurelia.
"It's fine, aku cuma nak dekat dengan dorang incase something jadi nanti." Kata Arden lalu melangkah.
"Ehem seronok nampak?" Keras suara Aurelia menegur Izz dan wanita itu. Dia sedaya upaya menahan air matanya dari jatuh, tidak mahu kelihatan lemah di hadapan lelaki bodoh ini.
Izz Firash yang tengah ralit berbual sambil berpeluk di hadapan kelab itu menolehkan kepalanya ke suara itu. Matanya terbuntang, tangan yang dililit kemas di pinggang wanita itu terus dilepaskan, malah dia siap menolak wanita itu menjauhinya.
"Au...Aurelia, it's not what you think it is sayang. Kita orang cuma berborak ja ha." Izz tergagap cuba menutup perbuatannya yang terang-terang salah itu.
"Really? Habis yang bercium tadi tu apa Izz Firash?! I call you tadi, you cakap you ada kerja? Ni la kerja you selama ni? Outstation tu entah betul entah tidak kan?" Kata Aurelia sambil mengetap gigi.
"No sayang no, I can explain please, jangan terburu-buru. Kita bercakap somewhere else, sini bising please." Pujuk Izz.
"Fine!" Aurelia bersetuju memandangkan betul apa yang Izz katakan, dia tidak mahu membuat drama free tengah-tengah alam ni.
Mereka berjalan ke satu kawasan yang sunyi, tiada siapa lalu lalang.
Sementara itu Natalia cemas melihat sahabatnya ke arah lain. "Zarif, dorang kemana tu?"
"Talia, kan Arden ada, jangan risau please." Kata Zarif lembut cuba menenangkan hati kawan kepada setiausahanya itu.
"Cakap apa you nak cakap, explain everything Izz." Kata Aurelia setelah mereka tiba di kawasan yang lebih sunyi itu.
"Perempuan tu, she's just a friend Lia. I've known her for a long time." Kata Izz.
"Kawan? Sampai berkiss tu apa? Berpeluk? Oh yes, 3 days ago I saw you Izz, dekat Bukit Bintang, berjalan pegang tangan perempuan tu. Itu kawan juga ka? Macam tu ka cara you berkawan Izz Firash?!" Tengking Aurelia di hujung ayat.
"Jangan tengking I Lia, I cakap dengan you baik-baik kan? I'm sorry okay? Please bagi I peluang, I janji I ubah." Pujuk Izz lagi.
"Peluang? Maaf? Awak bergurau ka Izz. You weren't sorry when you did it, you're only sorry now because I find out Izz." Kata Aurelia dengan suara perlahan. Tangannya menggigil, sungguh dia kecewa.
"No I am sorry sayang. Jangan buat macamni please, jangan tinggalkan I." Izz cuba menggapai tangan Aurelia tetapi Aurelia pantas menarik balik.
"Don't touch me! Saya jijik dengan awak! Penipu! How can you hurt me when all I did was love and understand you all the time?!" Aurelia menepis tangan Izz sambil berkata. Dia dapat merasakan air matanya mula bergenang di tubir mata.
"THIS IS WHY I CHEATED ON YOU LIA! I nak sentuh tangan you pun you tolak. That woman, dia tak pernah halang I Lia." Kata Izz.
Aurelia terpanar.
"What do you mean Izz? You curang dengan I hanya sebab you tak boleh sentuh I? Itu bukan cinta Izz, itu nafsu! You bodoh ke apa?! Kenapa you cakap macam takda agama?" Tengking Aurelia.
"This isn't fair Izz, all I ever did was love you. Why? Why did you throw my love away? I thought that we loved each other.." Air mata Aurelia mengalir di pipinya.
"I lelaki Lia, you kena faham. And that woman, dia cuma peneman I saja. Tolonglah faham I." Rayu Izz.
"Peneman? Apa maksud you? Did you...sleep with her Izz?" Bergetar suara Aurelia bertanya.
"Lia please." Kata Izz.
"Answer me! Did you or did you not?!" Aurelia meninggikan suaranya.
Perlahan sahaja kepala Izz mengangguk. Remuk hati Aurelia, sungguh dia tidak sangka. Air matanya menitis.
"Berapa kali?" Tanya Aurelia sambil merenung ke bawah.
"More than once." Mendatar sahaja kata Izz.
Aurelia terus berpegang pada dinding di sebelahnya. Jantungnya berdetak kuat, hatinya remuk.
"Apa dah jadi dengan you Izz? Why... would you this to me? Like how....how could you do this? I trusted you." Bibir Aurelia bergetar saat menuturkan kata.
"It was a mistake sayang, please forgive me." Pujuk Izz lagi.
"A mistake repeated more than once is a decision Izz!" Aurelia meninggikan suara.
"I janji takkan ulang benda sama Lia, I sumpah. Please forgive me. I boleh bahagiakan you semula." Rayu Izz lagi.
"Stop it Izz! I jijik dengan you. You lelaki jijik! You bertuhankan nafsu! Don't ever show your face in front of me again!" Tengking Aurelia.
"You jangan biadap dengan I Lia! I bukan lelaki yang jijik, you jaga sikit mulut you sebelum..."
Belum sempat Izz menghabiskan ayatnya, Aurelia memotong terus percakapannya. "Sebelum apa Izz Firash!?"
Izz terus mengangkat tangannya ingin melempang Aurelia. Aurelia terus menutup mata.
"Tak cukup curang, sekarang kau nak jadi jantan pengecut pula pukul perempuan?" Satu suara mencelah.
Aurelia membuka mata, dia terkejut melihat Arden di tepinya, tangan mengenggam lengan Izz yang ingin melempangnya tadi.
"Who the hell are you? Lepaskan aku!" Marah Izz.
"You better walk away before I break your hand." Ugut Arden sambil tangannya memulas sedikit lengan Izz.
"Fine! You jaga Lia, you're gonna regret this!" Terus Izz melangkah pergi.
"Kau okay?" Arden bertanya perlahan sambil merenung Aurelia.
"Terima kasih." Aurelia berkata perlahan.
"Dry your tears stellina, jangan bazirkan air mata kau untuk lelaki sampah macam tu." Arden cuba memujuk Aurelia.
"Stellina?" Tanya Aurelia hairan, sambil matanya mengesat air mata.
"Jom, kawan kau dah tunggu lama tu." Ajak Arden. Dia menghiraukan soalan Aurelia.
"Macam mana awak boleh ada sini? And awak.. dengar semua?" Tanya Aurelia sambil bermain dengan jarinya.
"Aku ikut kau, lepas ni jangan sesuka hati masuk tempat sunyi macam ni, jadi apa-apa bahaya. And yes, aku dengar semua. Now jom balik." Jawab Arden
YOU ARE READING
HIS EVERYTHING (C)
Romance"Two souls don't find each other by simple accident." Dia, Aurelia Rose Harith, seorang wanita ceria dan menjadi penyeri orang sekelilingnya, namun semuanya berubah apabila satu kejadian hitam telah yang meragut sekeping hatinya. There's a story beh...