Bab 8 ♡

2.2K 67 3
                                    

"Haih perlu tak aku tanya?" Keluh Aurelia seorang diri.

"Ah tanya jelah." Aurelia terus menekan punat di telefon bimbitnya lalu meletakkan telefonnnya di telinga.

"Izz? You free harini?" Tanya Aurelia sambil mengigit bibir.

"Ya sayang, kenapa?" Jawab Izz disebalik panggilan itu.

"Boleh kita jumpa harini? I ada benda nak bincang dengan you." Kata Aurelia dengan gugup.

"Um okay, you bersiaplah, 30 minit lagi I sampai." Kata Izz lalu meletakkan panggilan.

Aurelia hanya mengenakan kemeja hitam beserta baggy jeans berwarna biru laut. Selendangnya dililit kemas di kepala.

Dia berlalu keluar lalu meloloskan diri ke dalam kereta Izz.

"Kita nak kemana ni Lia? Makan dulu?" Tanya Izz tanpa memandang kearah Aurelia.

"Ya makan dulu, mana-mana pun okay." Kata Aurelia.

Kereta Izz kemudiannya berhenti di sebuah restoran. Mereka berjalan di samping masing-masing.

Setelah memesan makanan, Aurelia hanya diam di tempat duduknya. Dia risau akan reaksi Izz dengan soalan yang akan ditanyakan nanti.

"So apa yang you nak bincangkan tadi? Macam urgent ja." Tanya Izz sambil mata melekat di skrin telefonnya.

Aurelia hanya merenung Izz, dia sedar Izz banyak berubah.

"Kita memang akan macamni saja ka? You takda perancangan nak halalkan I?" Aurelia bertanya sambil bermain dengan jarinya kerana gugup.

"What? I muda lagi Lia, baru 26. Kita bercinta ja dulu. Macam ni pun okay kan?" Jawab Izz seperti tiada rasa bersalah.

"Tapi mama papa I dah bising, kita dh 4 tahun bercinta Izz, kalau bertunang dulu pun okay kan?" Aurelia memberikan cadangan.

"Ish you ni, I dahla baru balik outstation stress kerja, you nak tambahkan serabut I lagi ka apa ni?!" Izz meninggikan suara di akhir ayatnya.

Aurelia terkaku memandang Izz, dia menunduk ke bawah sambil bermain jarinya.

"I'm sorry, I cuma nak tahu hala tuju relationship kita. Maaf I serabutkan you." Aurelia menahan air matanya dari menitis.

Izz Firash hanya diam sambil bermain telefon bimbitnya. "Makanan dah sampai, kita makan dulu." Izz berkata dengan suara yang mendatar tanpa sedikit pun memandang ke arah Aurelia.

Setelah selesai, mereka berdua masuk ke dalam kereta.

"Where are we going?" Tanya Izz.

"Um tak kemana dah, lagipun esok I kerja. Hantar I balik ajalah." Aurelia menuturkan kata.

Izz hanya mengangguk. Aurelia pula melemparkan pandangan ke luar tingkap.

'Aku ada buat salah ka? Kenapa dia dah lain?' Aurelia menyoal diri sendiri.

"Terima kasih Izz, apa-apa call I." Kata Aurelia lalu menutup pintu kereta. Izz pula hanya mengangguk dan berlalu pergi.

Aurelia hanya merenung kereta itu berlalu pergi.

Dia kemudian masuk ke dalam rumah dan terus ke biliknya. Sebaik sahaja dia menutup pintu, terus air mata yang ditahan sedari tadi mengalir membasahi pipinya.

"Takpa Lia, Izz kan sibuk, dia stress kerja. Nanti mesti dia okay." Aurelia memujuk hatinya sendiri.

Dia terlelap setelah berasa letih menangis.

"Liaa, kamu tidur ka?" Kedengaran suara Puan Zarina di sebalik pintu.

"Kenapa ma?" Aurelia menjawab setelah dia terjaga dari tidurnya.

"Mari turun makan, mama dengan papa nak tidur dah ni. Makan tau!" Kata Puan Zarina dengan lembut.

"Okay ma." Aurelia terus melihat jam di telefonnya. "Ya Allah aku terlelap sampai pukul 10 malam dah haih." Keluh dia seorang diri.

Dia berlalu ke bilik air untuk mandi, setelah selesai membersihkan diri, dia ke dapur. Dia mengambil makanan dan melabuhkan duduk di kerusi dapur.

"I should call him, minta maaf dekat dia kan?" Kata Aurelia seorang diri.

Dia mendail number telefon teman lelakinya. "Hi Izz, you dah tidur?" Tanya Aurelia dengan lembut.

"Baru sangat nak tidur, ada apa ni?" Kata Izz tanpa nada.

"Um I nak minta maaf, I tahu salah I, I tak patut desak you untuk hubungan ni. I cuma risau mama dengan papa saja." Aurelia dengan lembut menuturkan kata maaf.

"Hm yalah. I memamg stress pun." Kasar sekali kata-kata Izz pada Aurelia. Seperti tidak ada secebis perasaan pun.

"I'm sorry sayang. Maafkan I ya?" Aurelia cuba mengambil hati Izz semula.

"Okay, I nak tidur ni. Dah lewat. Goodnight." Izz terus meletakkan panggilan. Aurelia pula terdiam disitu.

Air matanya kembali menitis. 'Takpa Aurelia, kau cuma emosi saja ni.' Aurelia meyakinkan hatinya.

Keesokan harinya di pejabat, Aurelia mengemaskan barangnya untuk pulang.

"Ai Lia, laju harini, ada date ka?" Usik Encik Zarif.

"Haah, nak jumpa kawan kejap. Saya balik dulu ya." Pamit Aurelia.

Setibanya di Mid Valley, dia terus mencari sahabatnya itu.

"Oi Lia! Lama nyaaaa kau ni!" Lengan Aurelia ditampar.

"Hi Natalia ku sayang. Maafla jam, kan waktu orang balik kerja. Maafkan aku yeee." Aurela mengerdipkan matanya yang berwarna coklat cair itu.

"Kau ingat aku jantan kau nak kejip mata macam tu? Geli lah." Talia menjeling Aurelia yang tengah ketawa itu.

"Ish jomlah masuk, panas lah sini.  Aku belanja kau wayang okay?" Pujuk Aurelia lagi.

"Haaa macam ni lah yang aku nak!" Natalia mengekek ketawa.

"Mata duitan betul kau ni huh. Nak makan mana ni?" Tanya Aurelia.

"Um Sushi King jom? Kau okay tak?" Talia prihatin dengan cita rasa Aurelia.

"Okay ja, jom lah."

Mereka berdua bergerak menuju ke Sushi King. Mereka mengambil meja yang agak tersorok.

"Macam mana kerja kau?" Tanya Aurelia kepada teman baiknya itu.

"Macam tulah Lia, aku rasa nak cari kerja lain lah. Company kau kerja tu kalau ada kosong informlah aku ye." Kata Talia sambil tersengih.

"Eleh kau ni tukar kerja manjang. Yalah nanti aku inform kau." Lia hanya ketawa. Sahabatnya ini bukannya orang biasa, anak orang kaya. Dia kerja ni pun hanya disebabkan bosan. Sebab itulah dia tidak kisah tukar kerja sepuluh kali pun.

Tengah mereka berborak, makanan mereka pun tiba.

"Kau dengan Izz macam mana?" Talia bertanya tiba-tiba. Aurelia pula hanya terdiam.

"Macam tu lah, dia okay ja. Cuma sekarang kerap outstation." Tipu Aurelia. Dia tidak mahu sahabatnya itu memikirkan yang bukan-bukan.

"Outstation? Dia arkitek ja pun. Apa yang macam perdana menterinya outstation dia tu?" Talia berasa jengkel. Natalia memang dari dahulu agak kurang senang dengan Izz Firash, mereka bagaikan musuh. Tidak tahu kenapa.

"Entahla Talia, aku tak tanya lebih, janji dia setia, sayang aku dah cukup." Kata Aurelia mendatar.

Natalia hanya menangguk. Mereka menghabiskan makanan lalu bergerak ke wayang.

"Kau nak tengok movie apa ni? Yang sedih ka hantu ka action?" Tanya Aurelia.

"Action lah, Mission Impossible jom." Kata Natalia dengan teruja. Natalia memang peminat number 1 si Tom Cruise.

"On, kejap aku belikan tiket." Aurelia berlalu pergi ke kaunter tiket. Setelah siap, mereka berdua masuk ke dalam panggung yang ditetapkan.

HIS EVERYTHING (C)Where stories live. Discover now