Aurelia meneruskan hidup seperti biasa keesokan harinya. Pergi ke kerja walaupun dia diarahkan untuk berehat di rumah.
Dia takut tidak mampu menghadap kebencian papanya lagi.Kereta diparkir, kaki menapak keluar dari kereta. Aurelia kemudian berdiri kaku di luar keretanya. Nafas ditarik dalam seperti yang diarahkan Doktor Reana.
Dia melangkah masuk dan terus menuju ke lif, mata-mata yang memerhatikannya dihiraukan. Pasti kerana kejadian kelmarin.
"Lia? Awak masuk kerja juga?" Encik Zarif yang baru tiba menegurnya.
Aurelia terus menapak ke belakang sedikit. Dia mengangukkan kepala sahaja.
"Maaf, saya tak berniat nak terkejutkan awak." Encik Zarif merenung wajah yang telah suram. Senyuman yang sering menghiasi wajah itu telah tiada.
Lif akhirnya tiba, Encik Zarif melangkah dahulu, pintu lif ditahan.
"Lia? Awak taknak naik ka?" Tanya Encik Zarif.
"Tak apalah. Encik naik dulu." Perlahan suaranya.
Encik Zarif kemudian menepuk dahinya. Pasti Aurelia takut untuk berdua-duaan dengan lelaki. Dia melangkah keluar dari lif.
"Awak pergilah naik dulu." Kata Encik Zarif.
Aurelia tidak berkata apa-apa, dia hanya menganggukkan kepala dan melangkah ke dalam lif. Jantung yang berdetak hebat dihiraukan sahaja.
Setelah tiba di tingkat 11, dia melangkah ke mejanya. Memulakan tugas seperti biasa. Sisi matanya sedar akan kelibat Encik Zarif yang melintasi mejanya.
Dia menarik nafas, tangan yang menggigil digenggam dan dibawa ke mulut. Hampir 10 minit dia mengambil masa untuk menghilangkan rasa takutnya, dia akhirnya bangun menuju ke bilik bosnya.
Pintu diketuk, setelah diberi kebenaran, dia menapak masuk.
"Ehem.. Harini en..encik ada meeting dengan Union company pukul 3 nanti." Dia jeda seketika, nafas ditarik, lalu menyambung bicaranya.
"Nanti Puan Dania akan datang l...lebih kurang pukul 11 nanti, untuk discuss tentang proposal yang kita hantar baru-baru ini. Itu saja." Dia menghela nafas. Mata langsung tidak memandang bosnya.
"Okay terima kasih Lia. You can go now." Kata Encik Zarif.
Aurelia terus melangkah keluar selaju mungkin. Berduaan dengan lelaki dalam satu bilik sangat menyesakkan dadanya.
Mata kembali fokus pada komputer. Jari menari-nari di atas papan kekunci. Tetapi fikirannya jauh melayang, dalam kesunyian ini, mindanya mudah sangat mengimbas kembali kejadian hitam itu.
Selepas apa yang terjadi, langsung tiada khabar dari Izz. Mungkin kerana lelaki itu sudah puas, dendamnya sudah terbalas. Mata Aurelia berair, hatinya hancur. Dia pernah sayang dan cintakan lelaki itu sepenuh hatinya, dia meletakkan sepenuh kepercayaan ke atas lelaki itu.
Namun sekarang ini, semuanya hancur, hatinya disakiti, maruahnya diragut begitu sahaja oleh lelaki itu. Air mata yang menitik diseka, dia cuba memberi sepenuh tumpuan pada kerjanya. Nafas ditarik, dia beristighfar.
"Be strong Aurelia, jangan biar dia ragut seluruh diri kau." Aurelia berkata seorang diri.
Tepat pukul 12, Encik Zarif keluar dari pejabatnya dan berjalan menuju ke meja Aurelia.
"Lia, awak taknak keluar makan?" Lembut bosnya bertanya.
Aurelia hanya menggelengkan kepala sebagai jawapan. Dia masih takut untuk kemana-mana seorang diri. Jadi pagi ini, dia hanya bawa bekal roti coklat yang dibeli pagi tadi.
"Kalau nak pesan makan, bagitahu saya. Saya keluar dulu." Kata Encik Zarif lalu bergerak pergi.
Aurelia mengeluarkan bungkusan roti yang dibeli dari beg. Dia meletakkan roti di atas meja. Sudah 2 hari dia tidak menjamah nasi. Dia lapar, tetapi seleranya mati.
TING!
Bunyi lif menjamah telinga Aurelia. Dia memanggungkan kepalanya. Seorang penghantar makanan melangkah ke mejanya."Boleh saya tahu Cik Aurelia punya tempat dekat mana?" Tanya penghantar makanan itu.
"Saya Aurelia. Tapi saya tak ada pesan apa-apa?" Tanya Aurelia perlahan.
"Ya, tuan oder ni minta saya hantarkan ke sini. Saya letak sini ya?" Bungkusan makanan itu diletakkan di atas meja Aurelia.
"Terima kasih..." Aurelia hanya merenung bungkusan itu. Tangan mencapai dan membuka plastik. Hidungnya menangkap bau yang enak.
Tangan membuka bungkusan.
"Spagetti carbonara?" Hairan Aurelia. Ini makanan kegemarannya. Dia mengeluarkan bungkusan itu dari plastik dan sehelai kertas terjatuh dari bawah bungkusan itu.
Tangan mengutip kertas, lalu dibuka. Matanya membaca setiap patah perkataan yang ditulis.
'Aku tahu kau takkan keluar makan, jadi aku belikan ni. Makanlah sampai habis, tak baik buang rezeki. I won't be there for you buat sementara waktu ini, jadi jaga diri kau baik-baik.
-ARDEN-Bibir Aurelia tanpa sedar membentukkan senyuman nipis. Kertas itu dilipat dan disimpan di dalam dompetnya.
Dia menyuap sesudu spagetti ke dalam mulut, mengunyah perlahan-lahan. Dia memaksa dirinya makan sehingga habis. Bak kata Arden, rezeki.
Setelah selesai makan, dia mengemaskan mejanya dan melangkah ke tandas. Mulut dan tangan dicuci. Saat kepalanya diangkat menghadap cermin, bayangan Izz yang sedang tersenyum sinis kelihatan di belakangnya melalui pantulan cermin.
Laju kepala Aurelia menoleh, dadanya berdegup kencang. Nafasnya laju tidak teratur. Tangan terus menggigil.
Terus dia berlari keluar, dia terduduk di bawah lantai. Nafas sedaya upaya ditarik, rasa sesak dadanya. Tangan mengurut dadanya perlahan. Mulutnya tidak henti beristighfar.
Setelah semuanya reda, dia bangkit dan kembali ke mejanya. Dia menghembuskan nafas perlahan. Matanya letih, dia tidak dapat tidur dengan baik semalam. Setiap kali mata dipejam, dia seolah-olah terasa sentuhan kasar lelaki itu.
Kini, dia tidak lagi tidur dalam kegelapan. Dia takut. Lampu biliknya sentiasa dibuka sepanjang malam. Padahal dulu, dia lah orang yang paling benci tidur dalam keadaan cerah. Tapi semuanya telah berubah sekarang.
Jam ditangan dibelek, masa tinggal lebih kurang 35 minit lagi sebelum waktu lunch tamat. Akhirnya dia meletakkan kepala di atas meja, mata dipejam. Dia perlukan rehat buat sementara waktu. Tidak lama kemudian, terus dia terlelap.
"Aurelia?" Panggil Hans. Dia hanya merenung Aurelia yang sedang tidur.
"Ehem! Aurelia??" Panggil dia lagi. Dia menggaru kepalanya apabila Aurelia tidak menyahut. Akhirnya dia menepuk bahu Aurelia perlahan.
"No no!" Aurelia yang terkejut saat merasa sentuhan itu, terus terjerit.
"Hey hey! It's me. Hans." Kalut Hans menenangkan Aurelia yang kelihatan sangat takut.
Aurelia terdiam.
"Maaf, saya terkejut." Kata Aurelia perlahan.
"Tak apa. Saya cuma nak tanya Zarif kemana?" Tanya Hans.
"Dia ada meeting dekat Union company. You ada apa-apa penting ka nak jumpa dia?" Tanya Aurelia sambil meraup wajahnya.
"Ya, tapi tak apalah I tunggu dia balik. I'm sorry. I tak sengaja nak takutkan you." Kata Hans, mata merenung wajah muram Aurelia.
"It's okay." Itu sahaja balasan Aurelia. Dia menyembunyikan rasa takutnya.
Hans berlalu pergi. Aurelia menyandarkan tubuhnya ke kerusi, kemudian dia bangun dan membasuh mukanya. Kali ini, matanya langsung tidak memandang cermin.
YOU ARE READING
HIS EVERYTHING (C)
Romansa"Two souls don't find each other by simple accident." Dia, Aurelia Rose Harith, seorang wanita ceria dan menjadi penyeri orang sekelilingnya, namun semuanya berubah apabila satu kejadian hitam telah yang meragut sekeping hatinya. There's a story beh...