Arden jatuh ke tanah, sambil berlutut. Tubuhnya masih erat dipeluk Aurelia.
"Abang, tolong kuat. Jangan biar dorang ambil Lia." Air mata yang mengalir diabaikan. Tumpuannya lebih kepada suaminya.
"I'm sorry stellina. I failed.. again." Lemah suara Arden berkata. Kepalanya yang berpinar dengan darah yang mengalir, beserta luka tembakan di dadanya, membuatkan dia jatuh akhirnya.
Tanpa sempat dia merangkul tubuh isterinya, musuhnya membawa isterinya pergi.
"LEPASLAH! Abang tolong!" Rayu Aurelia, dia sedaya upaya cuba meloloskan diri dari cengkaman lelaki itu.
Kaki Hayden yang berlari ke arah Aurelia juga turut ditembak saat itu. Membuatkan Aurelia terdiam.
"I'm gonna save you stellina. Tunggu abang." Lirih suara Arden, tiada siapa yang mampu mendengarnya kecuali diri sendiri.
Dia cuba bangkit, mengejar isterinya yang telah diseret masuk ke dalam kereta. Mata menumpukan pada Aurelia, yang sedang mengetuk cermin kereta, memanggilnya.
"Arden! You're bleeding!" Jerit Hayden dari belakang.
"Tolong isteri aku Hayden! Tolong." Arden akhirnya rebah ke tanah. Matanya terpejam.
Aurelia yang semakin jauh hanya mampu memerhatikan suaminya. Air matanya tidak henti mengalir.
"Arden?! Wake up!" Tubuh Arden digoncang Hayden. Tiada pergerakan langsung. Dia membuat keputusan untuk menghubungi yang lain.
Arden terpisat-pisat membuka matanya. Diperhatikan keadaan sekeliling. Saat teringatkan isterinya, terus tubuhnya cuba ditegakkan.
"Hey kau masih luka tu." Kata Isaac.
"Mana Aurelia?" Tanpa menghiraukan arahan Isaac, matanya meliar mencari isterinya.
"Arden. Kau tak ingat?" Celah Hayden.
"No Hayden. I need my wife! Mana dia? Tolong aku. Tolong aku Hayden!" Dia terus melangkah ke arah Hayden yang sedang duduk bersama komputer riba.
"I know Arden. I'm trying to track her down. Kau doa banyak-banyak." Jawab Hayden.
"Macam mana kalau dia bunuh isteri aku? I can't live without her. I can't.." Suara Arden kembali lirih.
"Hey! Sejak bila Arden yang aku kenal, Arden yang tegas, kejam, beku, tak pernah putus asa akhirnya jadi Arden yang selemah ini? Buka mata bro. She needs you. Kalau kau macam ni, macam mana kau nak cari Lia? Macam mana kau nak selamatkan dia?" Lengan Arden dicengkam Hans.
Wajahnya diraup kasar. Keluhan dilepaskan.
"Aku takut." Hanya itu yang terluah.
"Aku faham. Tapi kau kena rasional sekarang. Fikirkan strategi untuk selamatkan Lia." Celah Isaac. Bahu Arden ditepuknya.
"Thank you." Terus tubuh Hans dan Isaac dipeluk.
"I FOUND HER!" Kata Hayden, dia terus bangun dan berjalan ke arah mereka.
"Rumah lama? Hutan pula tu? Apa benda orang tua tu fikir?" Kata Isaac setelah melihat lokasi itu.
"Macam mana kau jumpa dia?" Tanya Arden.
"Jejak telefon dia." Jawab Hayden.
"We need a plan." Kata Arden.
Mereka berempat terus mengatur strategi. Berlawan dengan The Luciano's bukan hal yang dipandang remeh. Mereka juga berkuasa. Kini, mereka berada di markas, tempat mereka dibesarkan. Segala senjata telah diambil dan disimpan.
YOU ARE READING
HIS EVERYTHING (C)
Romance"Two souls don't find each other by simple accident." Dia, Aurelia Rose Harith, seorang wanita ceria dan menjadi penyeri orang sekelilingnya, namun semuanya berubah apabila satu kejadian hitam telah yang meragut sekeping hatinya. There's a story beh...