Bab 59 ♡

2.6K 66 3
                                    

Jam di dinding menunjukkan pukul 7.00 pagi. Aurelia terduduk di atas katil, mengusap perutnya yang sudah membesar, kandungannya sudah cecah 7 bulan. Dia termenung.

No more good morning wishes
No more goodnight wishes
No more I love you
No more stay safe
No more reminders
No more listening to your rants
No more compliments
No more notifications from you
No more us...
I miss you so much, Arden Nolan.

Hatinya yang pilu itu hanya mampu berbisik pada diri sendiri.

Dia melangkah perlahan untuk menunaikan solat subuhnya.

Ting tong! Loceng rumahnya berbunyi. Jam menunjukkan pada pukul 1 tengahari. Dia baru sahaja selesai masak.

"Lia! Waa besar dah perut you!" Isaac terjerit kecil, teruja melihat perubahan Aurelia.

"Lah kau pehal? Baru 2 hari lepas kot jumpa. Tak payah acah terkejut sangat." Kepala Isaac disekeh Hayden.

Aurelia hanya tergelak kecil. "Masuklah. Kejap I buatkan air."

"Eh tak payah. Kita orang dah bawakan makanan minuman siap-siap." Halang Zarif.

Lengan Aurelia ditarik Natalia. Mereka berlima melabuhkan duduk di ruang tamu. Berkotak-kotak pizza dibuka.

"Barang baby dah cukup?" Tanya Hayden sambil mengunyah kepingan pizza.

"Hm rasanya dah kot. Tapi I ingat nanti nak beli lagi lah. Senang sikit. Temankan I macam biasa boleh?" Tanya Aurelia sambil tersenyum manis.

"Mestilah boleh!" Kata Isaac sambik tersengih. "Apa lagi yang you nak beli?"

"Baju sikit lagi ja." Jawab Aurelia.

"Habis bersalin nanti, siapa jaga awak berpantang? Your mom?" Tanya Zarif.

"Yalah kot. Tak fikir lagi." Jawab Aurelia.

"Kalau awak nak orang yang jagakan, just tell me. Saya boleh cari dan bayarkan." Kata Zarif sambil mengambil sepotong pizza dihadapannya.

"Eh takpayah. Duit saya banyak lagi tu." Kata Aurelia. Dia sendiri tidak pasti, bila suaminya masukkan duit sebanyak itu ke dalam akaunnya. Dia tidak sedar. Namun dia bersyukur, lebih dari cukup untuk menampung dirinya dan anak mereka.

Dengan adanya mereka berlima, sekurang-kurangnya, tidaklah dia terkesan sangat. Walaupun, jelas di matanya, Hayden dan Isaac juga turut berubah sedikit. Yang dulunya terkenal dengan perangai tak semenggah mereka, kini menjadi seseorang yang lebih serius. Kehilangan Arden turut memberikan kesan yang mendalam buat mereka. Pengkhianatan yang dilakukan Hans juga turut memberi kesan luar biasa, mana taknya. Mereka sudah seperti keluarga, namun siapa sangka? Ada gunting dalam lipatan.

"Aku nak mandi pool! Siapa nak ikut?" Tanya Isaac.

"Jom!" Terus ketiga-tiga jejaka itu berlari keluar dan melompat ke dalam kolam.

"Hey! Dengan baju seluar tak bertukar. You semua basahkan lantai I kejap lagi siap eh!" Laung Aurelia sambil menggelengkan kepalanya.

"Kau okay?" Celah Natalia, matanya memerhatikan wajah Aurelia.

"Okay." Jawab Aurelia.

"Mata kau sembap." Kata Natalia lagi.

Aurelia melepaskan keluhan. "I am okay. Cuma rindu kau tahu?"

"Belajar untuk redha, things happened for a reason. Semua ada sebab tersendiri. Always look at everything in a positive way. Learn how to let go of people we deeply care about, memories that are close to our hearts and things that we couldn't afford to lose. It makes us stronger." Tangan Aurelia diusap perlahan.

"I know that. Cuma hati ni, tak pernah berhenti rindukan dia Talia. I miss him today. No. I miss him everyday Talia. It never seems to stop." Aurelia termenung kosong.

"Tak apa. Cuma jangan terlalu ikutkan perasaan ya. Eh kau dah fikir nama baby?" Tanya Natalia, menukar tajuk perbualan.

"Zaeem Aahil bin Arden Noah." Tersenyum lebar saat dia menyebutkan nama itu. Dia bakal menimang anak lelaki.

"Sedap nama kau pilih!" Tersengih Natalia. Tangan Aurelia ditarik menuju ke kolam.

"Guys! Lia dah ada nama untuk baby!" Laung Natalia.

"Sumpahlah?! Nama apa!" Terus ketiga-tiga mereka melangkah keluar dari kolam.

"Zaeem Aahil." Jawab Aurelia.

"Wow! Nama dia nampak handsome! Mesti dia handsome juga nanti!" Kata Hayden sambil meraup rambutnya yang basah ke belakang.

"Mestilah handsome. Arden pun handsome. Lia pun cantik." Celah Zarif.

"ZARIF! KAN BASAH TU. HABISLAH LANTAI SAYA NANTI." Terus Aurelia jerit saat matanya menangkap tubuh Zarif yang menghampiri ruang tamu rumahnya.

"Habistu? Nak tukar baju macam mana?" Tanya Isaac pula.

"Ada I kisah? I dah cakap kan tadi tukar siap-siap. Sekarang korang bertiga berdiri tengah panas sampai kering baju." Terus Aurelia menoleh masuk ke dalam.

"Ergh nasib ja you pregnant. Kalau tak I dah ajak bergusti tau." Laung Hayden.

Sudah dua jam mereka berjalan-jalan di mall ini. Katanya Aurelia mahu cari baju lagi.

"You tak letih ka?" Keluh Isaac.

"Kejap. Nak bayar dah ni." Kata Aurelia. Baru sahaja kadnya ingin menyentuh mesin itu, ada satu kad menyelit.

"Hayden!" Marah Aurelia.

"Tak apalah. Untuk Zaeem. Kalau untuk you, I pun malas bayar." Kata Hayden dengan selamba.

"Terima kasih." Malas Aurelia mahu bertekak.

Selesai solat Isyak, Aurelia meluangkan masanya di gazebo luar rumah. Tubuhnya dibaringkan, mata memerhatikan bintang-bintang yang berkelipan di langit.

"Abang mesti tengah bahagia kan? Lia selalu harap ni semua hanya mimpi. Lia selalu bayangkan, bila Lia bangun tidur, akhirnya abang ada sebelah Lia. Tapi tu semua hanyalah angan-angan Lia." Dia menarik nafas dalam.

"Abang suka panggil Lia little star dulu. Dulu Lia pelik, tapi sekarang, Lia rindu. Hanya abang saja boleh panggil Lia macamtu."

"I miss you more than words can ever describe. Setiap hari Lia terfikirkan abang. I still hear your voice in my head. I still see you in every memory. You were my world, and you still hold a place in my heart that will never be filled by anyone else. Lia cintakan abang, Lia rindukan abang. Eventhough you're gone, I hold onto the hope that we will be together again one day. Kita jumpa nanti ya?" Air mata yang bergenang di tubir mata akhirnya jatuh membasahi pipi.

"I've been waiting for you everyday since you've been gone. I just want it back the way it was before." Tubuhnya didudukkan. Tangan mengusap perut yang bergerak perlahan.

"Baby tendang mummy eh? Rindu daddy ya? Mummy minta maaf, daddy dah tak ada." Ucap Aurelia perlahan, mata memandang perutnya yang membulat.

Tubuhnya dipeluk, cuaca semakin sejuk. Akhirnya dia melangkah ke dalam rumah semula. Gallery di dalam telefon dibuka. Dia memerhatikan setiap gambar, terlalu banyak wajah suaminya yang diambil secara sembunyi. Senyuman tawar menghiasi wajahnya. Tubuh dibaringkan di sofa, akhirnya terlelap di situ. Dia kerap berasa letih sejak-sejak ini.

Tok Tok! Ketukan pintu rumahnya menyedarkan Aurelia dari tidur. Belakangnya yang sakit diurut sekejap, dia terlelap pula. Tanpa memikirkan apa-apa, terus pintu rumahnya.

Saat pintu terbuka, terpampamg tubuh yang dia sangka, tidak lagi dia akan temui. Dia terkaku.

"Am i dreaming?" Dia berbisik sendiri.



HIS EVERYTHING (C)Where stories live. Discover now