Bab 1

181 0 0
                                    

Suraya Balqis Seorang gadis berketurunan berada, memiliki darah diraja, gadis yang mempunyai adab sopan santun yang tinggi, kepintaran suraya di sekolah tidak boleh disangkal lagi ketika berusia 15 tahun telah diterima memasuki kolej khas untuk pelajar pintar. Tapi malang bagi hidup seorang suraya apabila ibunya meninggal segala aturan hidup ditentukan oleh ibu tiri Puan Ramazon dan kakak tiri Alisah Aisah yang dibaratkan bagai menarik rambut dalam tepung, ketika Suraya berumur 17 tahun ayahnya pula meninggal dunia. Ketika itu juga Puan Ramazon memberhentikan Suraya dari kolej pintar di ibukota. Kini suraya bagaikan di penjara apabila tidak dibenarkan keluar atau kemana2 dan sentiasa berada di dalam rumah. Puan Ramazon tidak sabar untuk menunggu wasiat Suraya apabila sudah meningkat 18tahun. Bermacam² dalam fikiran yg ingin beliau lakukan.

Izz Faqih seorang lelaki sudah menginjak usia 28tahun tetapi masih belum berkahwin. Bakal mewarisi Sheikh Group sekiranya berjaya memiliki perwaris lelaki dari keturunan yang mulia. IZZ juga dikenali sebagai lelaki yang penuh sambil lewa, tidak mementingkan keluarga. Tidak mempunyai cita² yang tinggi. Ibu Izz DATUK Sharifah Riyanna sangat risau melihat keadaan Izz yang tidak memperdulikan harta warisan. Datuk Riyanna berasa risau sekiranya madu beliau mempunyai warisan awal sebelum Izz berjaya memiliki seorang anak.


(Jangan lupa untuk meneruskan pembacaan pasti tidak akan kecewa. Teruskan membaca. Dan terimaa kasihhh)

Tinta Kecil Kami Bertiga Where stories live. Discover now