Bab 12

30 0 0
                                    

Suasana pagi yang agak suram, kecewa Datuk Riyanna menantu upahan nya itu tidak menunjukkan lagi masa bersalin. Izz makan dengan tempo yang perlahan, ligat kepala Datuk Riyanna memikirkan untuk memulakan perbualan. Sudah beberapa hari tidak berpeluang untuk berbincang dengan Izz Faqih.

"Tak lama lagi kandungan suraya akan memasuki bulan yang ke 9" ujar Datuk Riyanna.

"Suraya dah pasti akan melahirkan anak lelaki, mama rasa mungkin suraya tak boleh terus menetap disini" ujarnya lagi

Terdiam Izz, selera makannya menjadi hilang. Kusut dia memikirkan apa lagi lah rancangan mama nya itu. Izz memandang tepat anak mata mamanya. Izz berasa kecewa.

"Lets not talking while depan rezeki, hormatilah hidangan ni dengan penuh rasa hormat" tegas Izz. Selesai menikmati juadah. Izz bangun meninggalkan ruang makan dan terus menuju taman besar di luar rumahnya. Dia perlu bertenang. Mamanya pasti akan terus memburu dia untuk meneruskan perbualan yang terhenti. Izz melihat kucing jalanan bergaduh yang berlari memasuki kawasan rumah. Terlampau asyik melihat adegan pergaduhan kucing itu, tanpa Izz sedari suraya berada di belakangnya sambil memerhatikan gerak gerinya. Akhirnya suraya memulakan perbualan.

"Saya di belakang awak, mohon jangan berpusing" tegas suraya.

Izz terkejut dan ingin berpusing ke belakang pantas di larang laju berpusing semula ke hadapan jika dilihat bagai askar sedang berkawad.

"Ya saya" jawab Izz dengan nada yang lembut. Rindu sungguh hatinya ingin mendengar suara Suraya. Mengusik suraya. Hampir hampir mengalirkan air mata. Tetapi cepat2 ia tahan.

"Selepas melahirkan, saya ingin sesuatu dari awak, oleh kerana ini adalah sebuah perkahwinan yang dirancang, tanpa dasar atau tujuan yg betul, saya mohon untuk awak melepaskan saya tanpa mengikat saya bagai boneka bila diperlukan" kata suraya.

"Haram apa yang kita buat, tak sanggup untuk saya meneruskan keadaan macam ini, saya tidak pasti realiti sebenar sebuah perkahwinan tetapi saya yakin dan percaya kerana cintalah semuanya halal untuk dilakukan. Atas dasar apa saya dikurung dalam sebuah bilik, atas dasar apa saya perlu menutup muka ini, tidak kisahlah apa pun tujuannya ini tidak selari dengan agama islam" tambah suraya.

"Hati saya ini biarlah menjadi yang terakhir. Tapi anak yang awak nak ni, saya perlukan perjanjian dan kepastian atau satu perjanjian dari awak izz, yang dia tidak akan dijadikan sebagai boneka dalam keluarga atau apa2 yang berkaitan dengan ilmu hitam. Saya mohon carilah pengganti seorang ibu yg sesuai untuk anak ini. Berilah ia kasih dan sayang yang tiada ganti. Ajarlah dan didiklah dia mengikut ajaran islam. Simpankan juga kisah tentang ibu dia. Jangan pernah izinkan dia mencari saya. Saya mohon" tertahan airmata suraya menerangkan. Ini jelah jalan yang dia ada. Anak ini adalah lelaki. Dan jika perlariannya tidak berjaya maka seumur hidupnya perlu bersama dengan dukun salimi.

"saya nak awak yang jadi isteri saya untuk selamanya, suraya mungkin awak tidak tahu, tapi saya perlukan awak untuk disisi saya, kalau perlu pilih antara awak dan anak. Hati saya ini kuat mengatakan awak yang akan saya pilih untuk diselamatkan" terus terang izz tentang perasaanya.

Suraya terkejut, laju jantungnya berdebar. Mukanya pantas berasa panas. Suraya merasakan dirinya lemah seketika. Tidak mahu terus hanyut dalam pujukan Izz. Aneh suraya memikirkan tidak pernah menjalankan tugas suami atau isteri sempat Izz menaruh hati padanya.

"Hahaahah, awak yakin tentang hati? Arif tentang cinta? Umur sendiri hampir 30 tahun tapi seorang perwaris pun tak mampu untuk diberi, perlu di bantu oleh mak sendiri. Awak nak jaga saya? Jadi perlindung untuk saya? Awak kenal ke saya ni siapa? Suka makan apa? Apa cacat ke?" Sindir suraya kepada Izz.

"Izz Faqih, bukalah mata. Jalinan kita ni hanya atas kertas, dan awak akan kalah dengan mama awak sendiri. Satu soalan saya lah pada awak, tak pernah ke awak terfikir anak yang saya kandung ni betul ke anak awak? Saya sendiri tak ingat apa yang berlaku setiap malam ganjil. Pernah tak awak terfikir apa sebenarnya perbuatan mak awak ni?" Soal Suraya.

Berderau hati Izz. Setiap perkataan, sindiran Suraya bagai anak panah yang beribu di pacak. Pedih. Terluka. Merasa bertapa tidak berguna hidup dia. Inilah kali pertama hatinya jatuh cinta. Ya dia akui tidak mahir tentang cinta. Tapi dia tahu manusia semua berhak untuk dilayan dengan baik. Mungkin kerana tidak pernah menjalankan tanggungjawab sebagai suami itu menyebabkan suraya begitu marah padanya. Takut Izz memikirkan jika tiada suraya dalam rumah itu. Ceraikan? Tidak mudah bagi Izz. Tetapi tetap dia tidak ada kemampuan kerana masih terbatas untuk bersama suraya.
Izz diam terus melihat langit dihadapannya. Tiada jawapan untuk dia jawab kepada suraya. Kosong sungguh hidupnya kini.

Datuk Riyanna mendengar perbualan Suraya dan Izz. Sakit hatinya mendengar. Tiap yang dikatakan suraya itu turut mengguriskan ego Datuk Riyanna, jika tidak memikirkan anak yang dikandung itu adalah perwaris Sheikh golding terpaksa menahan amarahnya. Jika dapat pasti sudah di tampar2 , di gayang mulut yang celupar itu. Baginya orang yang lemah lembut ini sebenarnya manusia paling perlu berhati hati. Mereka ini selalunya makan dalam. Mendengar Izz sudah jatuh cinta kepada suraya menjadi satu masalah untuk membuat Izz menceraikan suraya. Kerana suraya perlu diberi kepada dukun salimi. Perjanjianya bersama dukun salimi tidak boleh dibuat main. Kusut kepala. Yang pasti apabila suraya yang minta dilepaskan ianya satu jalan mudah bagi Datuk Riyanna. Hanya Izz sahaja perlu diyakinkan. Datuk Riyanna sekali lagi menangguh untuk berbincang dengan Izz.

Izz selesai menyiapkan beberapa urusan pejabatnya, sejak suraya berlaku pendarahan Izz memilih bekerja dari rumah. Dia perlu memastikan suraya berada dalam keadaan selamat, sekiranya berlaku kecemasan dia berada di rumah. Izz pergi ke dapur mencari kak cuk. Melihat kak cuk dan atam sedang sibuk membelek telefon, dengan muka yang serious sesekali kak cuk mengangguk seperti ianya okay. Izz berdehem barulah kak cuk dan atam perasan akan kehadiran Izz.

"Scroll apa tam?" Tanya Izz pd Atam.

Atam seperti biasa, membisu . Kak cuk lah yang akan menjawab bagi pihak atam.

"Atam dengan kak cuk cari kereta, used car pun rasa okay, alah nak kecik2 ja" ulas kak cuk.

"Haaa, nak yang macam mana? Nanti Izz tanya kawan2 tak pun izz suruh ja minah kepochi Office tu si sofia biar banyak sikit kerja dia" balas Izz.

Kak cuk hanya tersenyum bersetuju, setiap kali datang ke rumah menghantar kerja, pasti akan duduk seperti dia adalah madam di rumah ini, berjalan merata di dalam rumah, siap minta kak cuk mengemas di beberapa bahagian. Sudah siap air dibancuh kak cuk memberi pada Izz. Izz seperti biasa bertanya keadaan Suraya. Ada apa apa yang diperlukan? Ingin makan apa?. Yalah orang hati dah sayang.



Tinta Kecil Kami Bertiga Where stories live. Discover now