Bab 15

25 0 0
                                    

"ALLAHUAKBARrrrrrrr" jerit Suraya. Yang kuat memegang anaknya. Suraya merasakan hentakan yang kuat, sebelum memejam mata. Bunyi besi menyeret dan dentuman yang kuat dalam 6 saat. Semuanya berlaku dalam tempoh yang sangat sekejap. Suraya cuba bangun perlahan lahan mendengar ketukan yang perlahan tapi jelas untuk didengari. Suraya bersyukur kerana masih memegang anaknya, seusai berusaha cuba bangun dan berdiri suraya melihat keadaan yang sangat  gelap, kepalanya terluka menitik darah yang tidak berhenti, tangannya juga luka dan merata2 sakit di semua badan. Suraya cuba mencari atam dalam keadaan gelap itu.

"Atam, tam" panggil suraya. Terdengar ketukan yang sama tetapi kalini lebih perlahan, pasti itu atam suraya cuba mencari dan alangkah terkejutnya suraya melihat atam ditindih dengan kereta. Suraya meletakkan anaknya yang sedang menangis  ditepi cuba membantu atam, tetapi tidak berdaya. Perlahan atam cuba bercakap, suraya mendekatkan telinga ke mulut atam.
"Peh ..... per gi" ucap atam. Suraya tidak sanggup lagi meninggalkan atam di situ cukuplah kak cuk yang tidak tahu khabarnya. Kini atam juga harus ditinggalkan. Tidak mungkin dia akan berbuat begitu. Suraya mencuba cari jalan untuk mendaki ke atas jalan raya memandangkan mereka jatuh di persisir hutan tapi masih bersebelahan di tepi jalan raya yang besar. Melihat laluan yang mereka tempuh itu pasti ada ruang untuk di daki. Suraya menaiki bersama anaknya diikat di badannya. Sampai dia di atas suraya segera berjalan agar dia dapat berjumpa kereta atau motor di hadapan untuk meminta bantuan. Suraya berdoa agar atam bertahan untuk seketika. Terenjut enjut suraya  berjalan akhirnya sebuah kereta dari jauh yang bergerak perlahan menyusuri laluan itu, ingin sahaja dia menangis. Suraya menghayun tangan ke atas melambai2 meminta tolong. Dan kereta itu memperlahankan kenderaannya, seorang lelaki turun dari kereta itu. Terbeliak mata suraya yang turun itu adalah azman dengan muka bengis. Suraya tidak berfikir panjang berpusing dan terus melintas untuk ke seberang.

Dalam keadaan cemas suraya berpusing dan berlari ketakutan yang teramat sangat, kini dia seorang diri dan bersama bayi nya. "PINNNNNNNNNNN" Bunyi Hon mengejutkan suraya yang ketika itu tergesa gesa sedang melintas jalan jelas matanya bertentang dengan lampu depan sebuah kereta dan tidak sempat untuk berlari , suraya terasa seperti dilambung tinggi, tanganya terlepas gangangan anaknya yang sedang menangis. Lambungan itu membuatkan mata suraya jelas melihat langit. Baru dia sedar bahawa langit yang gelap juga turut kelihatan cantik, cahaya bintang sangat jelas dan begitu indah. Airmatanya mengalir kerana mengenangkan perjalanan hidupnya yang gelap tidak bercahaya seperti bintang2 itu. Akhirnya suraya menutup mata untuk selamanya.

           ------------------------------------------

Bunyi bayi menangis kuat, makin perlahan kedengaran. Bunyi suara lelaki perempuan yang sedang di dalam kekalutan, seorang lelaki sedang menelefon ambulance kecemasan. Wanita yang sedang mengigil ketakutan berkata "saya sudah pesan pada abang, perlahan ini waktu malam" kata wanita itu yang memarahi suaminya itu.
"Kesian anak ini kehilangan ibunya" sambung sebak wanita itu mengenangkan kehidupan bayi itu selepas mereka terlanggar ibunya.

Azman yang melihat dari jauh menelefon Datuk Riyanna. Memberitahu apa yang berlaku. Azman meletak telefon dan diarahkan terus sambung melihat. Dari jauh Azman nampak tubuh kaku di tengah jalan raya, lambungan Suraya tadi benar2 mengejutkannya. Kali ini masalah keluarga Sheikh agar besar untuk diselesaikan dan ditutup. Malah video Datuk Riyanna menampar dan membelasah kak cuk sehingga berdarah dan lembik tidak mampu bangun sudah tersebar di ruangan media sosial seperti muka buku, twitter. Yang bertajuk 'Ahli politik kesayangan tanah air menjadi brutal kepada orang tua di sebuah lobi hospital kerajaan' orang ramai yang melihatnya rata rata terkejut dengan sikap yang ditonjolkan. Begitu palsu selama ini watak yang dimainkan.  Datuk Riyanna sedang meniti kemusnahan kariernya selama 25tahun bergelar Ahli Politik. Bukan itu yang dirisaukannya, dia melempiaskan kemarahan sehingga tidak terkawal. Datuk Riyanna sendiri sudah hilang punca apakah yang dikejarnya. Jika perkara ini sudah tersebar pasti dirinya tidak diperlukan oleh suaminya dan ini akan menyebabkan peluang mengekalkan Izz sebagai Ceo akan menjadi susah. Datuk Riyanna mengamuk dan memecahkan apa sahaja yang ada di rumah. Kini yang dirancang hancur dan musnah hanya kerana suraya. Deringan telefon berbunyi dan terus berbunyi. Izz yang berada di situ hanya melihat dan tiada daya untuk memujuk. Baginya biarlah mamanya memilih hidup jahil ini selama yang dia inginkan.

Tinta Kecil Kami Bertiga Where stories live. Discover now