Bab 8

51 1 0
                                    

"Tuan Izz, Nanti minta cek semula bajet bajet untuk progres rumah² bakti di sekitar perak ya. Datuk Riyanna nak tahu keseluruhan bajet untuk digunakan tour Perak nanti". Izz mengangguk faham. Masih sibuk menatang kerja kerja yang lain.

"Tuan Izz, Already 1oclock need a break. Okay" beritahu sofia sambil menunjukkan jam di tangannya.

"U go ahead Sof, cause i still have a few documents yang perlu diselesaikan, after break please bawa file² petrol pum Sheikh Holding ya with white coffee fill with love" Izz memberi arahan sambil mengenyitkan mata.

Sofia senyum tersipu sipu dihadapan Izz Faqih. Berpusing dan berlalu pergi dengan langkah laju "Biadap anak mak ni ingat aku tea lady ke, ehh pergi order dekat tea lady lah. Adoii. fill with love konon! Umur 28tahun pun mak masih control. Urghh so pityyy with laugh" gelak sofia sendirian mengajuk kata Izz sebentar tadi.

"Sorang ja sofia, bodyguard kau mana?" Seloroh rakan sepejabatnya.

"Busy lah weh, berapa hari ni mana masuk office, ni bapa segala bapa dia dah mengamuk macam singa lapar bini tiga, kelam kabut lah apa lagi" jawab sofia. Tergelak mereka beramai ramai meraikan sindiran panas sofia.

"Kau ni, silap silap kau yang jadi isteri no 3, dapat anak tiri lah kau nanti ya! Dari bodyguard naik pangkat jadi anak tiri" tambah rakan sepejabat. Seronok semua dapat mengata anak bos. Begitulah hakikat seorang Izz Faqih bukan lah anak boss yang digilakan seperti dalam drama² korea.

Hujan lebat turun membasahi jalan raya, Izz melihat jam tangan sudah menunjukkan jam 7.45pm. "Habislah harini Kak cuk dah pesan, mama pun ada" telefon berdering, Izz memandang ketakutan "Yes mama otw. Im sorry okay". Berlari Izz meninggalkan pejabatnya terus masuk ke dalam kereta sport yang baru dibeli dan pecut selaju yang termampu. Seusai sampai di rumah Izz melihat kak cuk sudah menunggu di ruangan pintu guard sambil memegang tuala dan kain pelikat.
"Cepat Izz Faqih, kau sengaja mengejutkan kemarahan mama, silap karang dengan kak cuk kena mandi air herba ni, udah tadi dibagitahu bakponya lambat juga, di watsep tidak dibalas. Aihh lah" bebel kak cuk sambil berjalan menuju ke bilik mandi.

Digodek godek air sambil memakai mask. Kata Datuk Riyanna bau herba tersebut tidak boleh dihidu sembarangan. Atam menabur bunga dan asap yang dipasang. Perlahan lahan Izz masuk ke dalam tab mandi herba, atam menjirus ke atas tubuh Izz sebanyak 7 kali sambil membaca mentera yang dibekalkan dukun salimi. Kak cuk keluar menunggu di luar, berdebar debar hatinya setiap kali perlu menyediakan ramuan ini. Apalah agaknya kegunaan. Tetapi lebih baik didiamkan dari sibuk ingin mengambil tahu. Barulah majikan sayang pesan Datuk Riyanna. Selesai Izz mandi mandian Herba, Datuk Rinyanna pun muncul.
"U ni cuk cubalah jangan sorok perangai Izz ni, i kan tadi menunggu dekat ruang atas punya lama rupanya dah siap mandi" marah Datuk Riyanna.
"Maaf Datuk" jawab Kak cuk.
"Tq kak cuk lufff you" ujar Izz sambil membuat mini love.

Selesai semua berada di meja makan, Datuk Riyanna menerima panggilan kecemasan. Bergegas meninggalkan meja makan. Izz dan kak cuk saling berpandangan. Seolah olah itu adalah rutin biasa mereka. Tiap kali di meja makan pasti akan ada gangguan. Tiba2 bau wangi yang sangat halus menghampiri ruang makan. Kak cuk memberi isyarat kepada Atam untuk memakai mask. Izz hanya terdiam dia balik tirai. Baunya sangat wangi, sehingga juadah dihadapannya tidak dapat di beri perhatian. Seketika baunya hilang, kak cuk melihat wajah Izz sudah berubah terus membuka mask.
"Puan Suraya dah bersedia untuk makan" tanya Kak cuk.
"Ya" jawab suraya perlahan.
Lama terdiam masing masing sibuk dengan makanan sendiri. Izz masih berada dibawa pengaruh wangi sebentar tadi. Jantungnya laju. Berdebar debar yang tidak tahu pucuk pangkalnya. Rasa ingin makan pun membuat hatinya terlayang2. Sesekali Izz memandang di balik tirai untuk melihat Suraya. Belum ada kesempatan. Setiap kali Izz mendengar suara suraya pasti hatinya menjadi tidak menentu.

"Kak Cuk, saya dah selesai makan. Boleh saya minta diri" tanya Suraya.

"Puan perlu Menunggu sehingga Tuan Izz selesai makan. Tuan Izz masih belum makan dari tadi" jawab Kak cuk sambil menjengil mata kepada Izz.

Izz sambung makan menjamah satu persatu yang pasti niatnya adalah untuk melambat suraya masuk ke ruangan istirehatnya. Suraya masih diam membisu di tempat duduknya. Acap kali terdengar bunyi sudu dan garfu yang digunakan yang sesekali berlaga dengan pinggan. Kak cuk sudah mula panas hati, ingin sahaja ia meyuapkan makan disumbat sumbat kedalam mulut Izz lagaknya bagai kanak2 masih tadika. Sesekali kak cuk bertanya kepada suraya.

"Okay ke Puan Suraya makan malam ini?" Tanya Kak cuk.

"Alhamdullillah" jawab Suraya.

"Puan tak biasa menggunakan sudu garfu ke?" Tanya kak cuk lagi

"Saya selesa menggunakan tangan, sunnah Rasul, makanan akan lebih mudah dan cepat dicerna menggunakan tangan" ringkas tapi tepat jawapan Suraya.

Kak Cuk mengangguk selesa. Izz terpinga pinga melihat tangannya. Dalam pemikiran . Tidak ke berbau tangan dengan makanan ini semua nanti. Sedar tak sedar. Izz sudah menghabiskan makanannya dalam mendengar perbualan Suraya dan kak cuk.

"Tuan Izz dan Puan Suraya, Datuk Riyanna mengatakan minggu depan 15hb adalah tarikh yang baik. Saya akan mengiringi Puan Suraya pada jam 1030 malam ya" kata Kak cuk.

Suraya hanya diam. Ligat pemikirannya berfikir. Tidak kah berdosa dalam hal hal sebegini. Apakah yang akan berlaku sekiranya pantang benar benar dilanggar. Apakah betul ketentuan menentukan perwaris lelaki akan dilahirkan? Mereka bukan tuhan.

"Lama betul termenungnya, soalan kak cuk pun tidak dijawan" tegur Izz.

"Uhh..." perlahan suaranya menjawab.

Kak cuk hanya memerhatikan. Jiwa kecilnya tahu. Mereka menjadi mangsa manusia yang bertuhankan harta wang ringgit. Jika berkahwin secara benar dan Datuk Riyanna tidak mempercayakan tilik salimi itu pasti mereka berdua ini akan menjadi pasangan yang saling melengkapi. Sebak hati kak Cuk memikirkan.

Tinta Kecil Kami Bertiga Where stories live. Discover now