Bab 10

40 0 0
                                    

Bunyi kanak² bermain keriangan, bayi kecil merengek inginkan pelukan. Suami yang sibuk memimpin isteri yang sedang membawa perut. Nurse yang sentiasa kelihatan mesra dan tersenyum acap kali terpandang. Suraya memandang lama pada nurse yang berada di hadapannya.
"Okay Puan, harini kita akan cek baby ya , boy atau girl" ujar nurse sambil memberi tiket no giliran . Suraya hanya tersenyum nipis. Debaran hatinya makin terasa, mau sahaja dia berlari pulang. Andai ini adalah anak perempuan apa yang harus dilakukan.

"Puan Suraya Balqis" panggil Nurse

Suraya bangun menuju ke pintu bilik No 8 terenjut enjut berjalan memegang pinggang, kandungan sudah hampir mencecah 8bulan. Langkah pun makin perlahan, badan mudah letih, makan  makin bertambah.

"Puan kita timbang dulu" arah nurse sambil tersenyum

"Nurse kita tangguh tengok bayi boleh?" Soal Suraya kepada nurse.

"Maaf Puan,  tadi kami dapat arahan dari doktor untuk pastikan jantina anak Puan" serba salah suara nurse memberitahu

Suraya hanya diam, dan memberi senyuman yang nipis. Selesai menimbang berat dan proses2 biasa, suraya duduk dan baring perlahan lahan di atas katil. Langsir di belakang doktor bergerak gerak menandakan ruangan sebelah ada berpenghuni sesekali dengan suara seorang lelaki memarahi.
"Rayyan Sit Down" ujar seorang lelaki
"Please behave kita dekat hospital" sambung lelaki itu.

Pasti itu adalah ayah kepada kanak2 yang berlari. Doktor bangun meninggalkan suraya bersama nurse di ruangan bilik no 8.

"Harini doktor seorang Puan untuk ibu mengandung, sekejap ya nanti doktor datang semula" ujar Nurse.

Suraya hanya diam membisu. Bunyi ruangan sebelah lebih menarik perhatian suraya. Sesekali dengar suara kanak kanak yang sedang berlawan. "Dush dush haaaaa, now ur turn" ujar kanak kanak tersebut. Patutlah meriah agaknya 1 keluarga berada dalam ruangan di sebelah sana. "Okay Puan dah selesai. Puan tunggu sebentar kami akan reveal result pada yang berkenaan" ujar doktor kepada pesakit tersebut. Pasti pesakit tersebut datang untuk cek jantina bayi. Teka suraya. Doktor muncul disebalik langsir. "Maaf Puan kerana menunggu" ujar doktor. Doktor giat membuat kerjanya, menyapu gel di bahagian perut.

"Puan nak tahu sekarang atau selepas selesai" tanya doktor.

"Humm selepas selesai " jawab Suraya.

Doktor mengarahkan nurse mengambil sekeping kertas untuk diisi nama dan beberapa butiran penting. Siap menulis diletakkan di atas troli klinik berada di situ. Sesekali doktor melihat bayi di dalam screen.  Tersenyum dan bersabar sahaja doktor melayan pesakit seharian. Doktor memberitahu suraya proses sudah pun selesai. Doktor keluar seketika dari ruangan dan Tiba2 pangg! Troli besi di klinik jatuh bertebaran bersama dua anak kecil lelaki kembar turut sama jatuh. Terkejut suraya mujur troli tidak terkena kepada dia dan kandungannya.

"Maaf maaf, Puan tidak apa2" soal ayah kepada kanak² yang nakal itu.

"Takapa saya okay" balas Suraya.

Suraya turun dari katil perlahan lahan dan memakai mask muka. Menunggu di ruangan menunggu.

"Puan Suraya" suara nurse memanggil
"Puan Atina" suara nurse kedua memanggil

"Ini Puan suraya punya keputusan" ujar nurse sambil tersenyum dan berpaling kepada Wanita disebelahnya "Baiklah ini Puan Atina punya" suara yang begitu mesra sekali. Suraya keluar dari pintu klinik mendengar keluarga tersebut mengucap syukur kerana bakal menimang anak Perempuan.

Suraya terbehenti melangkah , jantung laju tiba tiba. Terkejut lelaki dihadapannya itu adalah Izz Faqih. Berbaju kemeja pasti dari pejabatnya, berkaca mata hitam dengan cuaca yang panas tetap tampak kelihatan kemas .  Melihat dirinya berhenti Izz berjalan dan berdiri dihadapan Suraya.

Tinta Kecil Kami Bertiga Where stories live. Discover now