Bab 18

21 0 0
                                    

Izz menunggu di ruangan mesyuarat bersama rakan kerja yang lain, sudah beberapa hari Izz tidak berjumpa dengan leia kerana insiden lepas. Kebiasaan mesyuarat diadakan pada Isnin atau Jumaat tapi harini diadakan pada khamis. Izz duduk di ruangan paling tepi dan belakang. Menyandarkan badan ke belakang dan bermain telefon sepanjang masa. Sofia masuk dan memberi isyarat kepada rakan kerja yang lain untuk bersedia. Semua berdiri apabila Puan leia dan hana masuk ke dalam bilik mesyuarat. Hanya Izz yang memilih bermain telefon.

"En Izz, izzzzz" panggil Tuan Zamir. Memanggil Izz sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Susahnya yang seorang ini untuk dinasihatkan.

"Seperti biasa, Puan Hana akan menjadi wakil syarikat kita juga untuk kalini bersama dengan produk beliau sendiri iaitu blue teal, jadi saya berharap anda semua boleh memberikan kerjasama yang baik, terutama Izz" ujar Leia. Izz yang masih leka bermain telefon terkejut namanya disebut. Izz melihat semua mata memandang kepadanya. Izz bangun berdiri dan menganguk memberi respon.

Hana melihatnya dengan mata yang kosong tanpa senyuman. Jika lelaki itu berada di tempat terhujung pastilah pekerja biasa, bagaimana pekerja biasa boleh membawa kereta mewah. Hana memandang Izz begitu lama. Izz hanya memberikan senyuman yang kekok kepada hana.

"Btw Hana, itu adik saya Izz Faqih baru pindah from perak after kilang di sana tutup sepenuhnya and umur sahaja 37 but he was not like 37 unfortunately dia akan handle project kalini" jelas Leia kepada Hana. Ditepek kepada izz dihadapan orang ramai. Hana hanya mengangguk faham dan secara tidak langsung dia mendapat jawapan dari persoalannya.  Dia hanya tersenyum kelat berasa kekok sesi perkenalan.

Tiba2 hatinya merasa kasihan. Bagaimana insan yang dikata seorang adik duduk dibahagian terendah dalam sebuah syarikat. Macam² ragam dalam industri bisnes. Hana hanya membiarkan persoalan itu bermain dalam minda. Dia mempunyai abang ipar dan kakak yang cukup menyanyaginya serta memberikan kasih sayang cukup lengkap serba serbi semua disediakan.

                  .....................................

Hana dan Leia berjalan menuju ke ruangan pejabat leia. Bukan kali pertama bagi hana dan suasana di Sheikh Holding sudah amat serasi bersamanya setelah hampir 3 tahun menjalinkan hubungan perniagaan. Kakak dan abangnya yang bersungguh sungguh memintanya menjadi wakil syarikat mereka atas sebab nama Sheikh Holding sudah cukup hebat dikenali di serata Asia. Mendapat Forbess Under 40 dan award Jenama dikenali. Sudah cukup Membuatkan Blue tee berdiri sama hebat dengan Sheikh Holding.

"Panggil Izz" pesan leia kepada Sofia. Dia mengangguk faham dan terus ke meja untuk membuat panggilan.

"En Zamri, nanti suruh anak buah kesayangan yang seorang tu naik ke pejabat ya, Puan Leia nak jumpa. Sekarang tau" ujar Sofia.

Zamri menerima Arahan dan terus memaklumkan kepada Izz. Izz menaiki lif dengan perlahan. Hatinya masih panas dengan perlakuan leia dalam bilik mesyuarat sebentar tadi. Rata rata mereka yang ada di ibu pejabat Sheikh Holding ini juga adalah antara pekerja bawahan Izz sendiri. Lama mereka bekerja bersamanya dan pasti situasi tadi memberikan tamparan yang hebat kepadanya. Izz hanya menarik nafas dan menghembuskan perlahan.

Izz berdiri lama dihadapan pintu ingin  mengetuk tetapi hatinya berat. Menunduk memandang ke bawah. Mengeluh dalam hatinya. Sofia datang berdiri di sebelahnya dan terus mengetukkan pintu.
"En Izz pintu ni lutsinar, orang dalam boleh nampak orang luar tau" sofia memberi pesan dn terus masuk ke dalam berjumpa leia. Izz hanya tersenyum sinis. Bertimpa timpa malu izz pada harini. Lepas satu, satu yang jadi. Izz masuk ke dalam dan berdiri depan leia yang masih sibuk dengan sofia.

"Duduk Izz, i rasa u mesti ada something nak cakap dengan hana kan" leia memandang ke arah Izz. Izz ingin menjawab tetapi hana terlebih dahulu memberikan kad nama Izz. Lama izz melihat dan baru dia teringat kad itu diberikan kepada 2 wanita yang di terkena lopak air dek kerana keretanya yang laju. Izz laju bangun dan membongkok meminta maaf.

"As along u minta maaf i okay" ujar ringkas Hana. Memandang Izz dengan penuh tanda tanya. Hana keliru bagaimana lelaki ini boleh jadi seperti ini. Pasif, aura yang negatif, tidak kemas. Hana memandang ke arah leia. Dan leia hanya tersenyum ke arah hana.

                ..................................

Idham menjemput hana di bangunan Sheikh Holding. Menuju ke tempat makan malam. Hana diam seribu bahasa. Kepalanya masih ligat memikirkan. Susah  hendak melupakan tentang Izz Faqih. Tertanya2 dalam dirinya apa yang membuatkan Izz seperti dibuang, diejek, diketepikan. Masih segar bagaimana Izz berdiri di hadapan pintu bilik Puan Leia harini, mengambil hampir 10 ke 15 minit untuk mengetuk pintu masuk.

"Maybe weekend ni i nak kena pergi China, tengok stok dekat sana" celah idham memecahkan suasana yang sunyi.

"Again? I think last weekend u dah pergi langkawi, joint bicyle run lah apa lah. Tak sampai seminggu kita jumpa u dah nak pergi china pula?" Soal Hana. Dia memandang wajah tunangnya itu. Idham bekas pelumba motor Gp malaysia. 3 tahun mengikat tali pertunangan masih belum mampu untuk memperisterikannya. Ada sahaja alasan yang diberikan Idham. Bagi Hana dia juga masih belum terbuka untuk berkahwin. Jadi hana sentiasa bersetuju dengan kehendak Idham tetapi makin dibiarkan makin melampau jadinya . Hana mengikat rambutnya ke atas. Mukanya masam mencuka. Hana sambung berkata.
"This time i Follow lah, susah sangat nak spend time together. Alang2 i nak cari barang kahwin sekali". Idham senyap tidak bersuara. Ligat memikirkan jawapan tertangkas untuk dicantas.

"Ikutlah kalau u okay, sebab 4 5 orang juga member i follow, if u okay trip lelaki i on. Satu syarat jangan nak menggeleser ajak i balik hotel awal. But i think, sayang If u ada takada lah i rindu separuh mati dekat sana nanti"  idham memujuk Hana. Perlahan2 tangan hana ditarik. Hana cepat2 menepis tangan Idham.

"Idham please, banyak kali i pesan. Jangan buat i ni mcm murah sangat, suka2 u nak pegang sana sini" tegas Hana.

"Okay, nanti u belikan i tiket okay" sambung sambil memberikan senyuman. Idham mengangguk setuju.

Sampai di Restoran Cheff Zubir. Hana dan Idham masuk ke dalam dan duduk di tempat yang biasa mereka makan. Hana kelihatan gembira berbual bersama Idham. Ada sahaja yang diusik Idham kepada hana. Ketika menunggu makanan Hana bangun untuk ke tandas.

Dalam perjalanan ke tandas. Hana bertembung dengan Izz. Kelihatan izz berbaju gym, kain lap berada di leher, dan tangan memegang botol air yang dibawa. Izz memandang Hana dan terus berlalu dari pandangannya. Hana bagai mati kata terkedu baru disebut² dalam kepala terus muncul.

Izz duduk membaca kertas kerja, dan melihat pengiraan bajet. Bagi Izz kertas kerja yang dibuat ini tidak kemas dan perlu diperbaiki lagi. Tetapi malas untuk ambil tahu masih menebal dalam dirinya. Sesekali matanya menangkap pasangan di depan jauh tetapi masih jelas kegembiraan mereka berdua. Izz memandang senyuman itu dalam samar² teringat tentang cerita yang harus dilupakan. Izz bangun terus menuju ke parkir untuk pulang. Setiap kali teringat kisah itu hatinya terasa sakit hingga susah untuk bernafas.

Tinta Kecil Kami Bertiga Where stories live. Discover now