Bab 9

46 0 0
                                    

Selepas 4 bulan berlalu . Tiada angin tiada ribut. Percutian Puan Ramozan ke Europe selamat 6 bulan menjadi pengakhiran selamanya. Dikhabarkan Puan Ramozan meninggal dunia dalam kemalangan ngeri ketika baru tiba di Heathrow airport begitu pilu sekali selepas pulang dari Jerman dan itali, hanya beberapa cebisan dan tulang yang dapat dibawa pulang ke malaysia. Hancur musnah jasad Puan Ramozan. Sehingga peluang dimandikan sebagai jenazah sempurna tidak mampu dilakukan. Kuasa Allah yang maha Esa. Jenazah Puan Ramozan hilang ketika dibawa untuk solat. Berjam jam mereka mencari tidak berjumpa. Alisah meratapi pemergian Ibunya yang tercinta. Kehilangan sudah cukup perit baginya, kini jenazah juga hilang. Pasti kifarah di atas perbuatan kepada anak yatim suatu ketika dulu.  Alisah bergegas ke kediaman Suraya. Dia tahu hanya di situ pasti Ibunya akan dipertemukan.

"Dik ampunilah dosa ibu, kau ikhlaskan lah pemergian dia. Anggaplah apa yang berlaku selama ini adalah ujian untuk Kita sekeluarga. Jangan lah berterusan menghukum ibu. Mana mungkin jasad nya tiba tiba hilang" Rayu Alisah.

Suraya hanya diam membisu, sedikit pun tidak keluar air mata, hendak bersedih untuk apa? Meratapi untuk apa? Agak terkilan kerana di saat akhir mereka bertemu adalah ketika rayuan dirinya untuk membatalkan pernikahan tetapi tidak diendah malah ditendang ditarik kepalanya lagak bagai hidup seperti raja kini kau terbaring tanpa jasad yang sempurna memang selayaknya untuk kau Ramozan. Bisik suara hati Suraya. anak yang dikandungnya kini harus dijaga. Kerana bayi ini penentuan pembebasan kehidupan yang bagai di penjara. Harus lahir dengan sihat dan sempurna terdetik di hati suraya. Cepat cepat menghilangkan rasa kotor dalam diri.

"Pulang lah ke masjid beri sedikit waktu" kata Suraya. Ia menutup pintu dan masuk ke bilik air, mengambil wudhuk membentang sejadah. Lalu Suraya melakukan solat hajat. Diakhir ia berdoa "Ya Allah Aku redha di atas pemergian wanita yang menyiksa dan merampas kehidupan ku, aku redha atas setiap makan dan minum yang dia ambil bahagian ku, Ya Allah aku maafkan atas segala perbuatan yang terkutuk pernah dia lakukan dalam keadaan arwah terpaksa dan memaksa, dengarkan doa ku ini Ya Allah" seusai solat. Alangkah terkejutnya melihat kak cuk disitu. Berlari kak cuk memeluk suraya. Menangis kak cuk disisi suraya. Sedih, pilu hatinya meronta, seusia semuda ini sudah sudah diuji dengan ujian yang berat dan besar.

"Kak cuk, terima kasih jadi orang yang baik untuk saya" kata Suraya membalas pelukan kak cuk.

"Kak cuk tahu, suraya ini pasti dari keturunan yang baik². Pasti orang tua suraya ini adalah mereka yang berbesar hati kepada orang ramai, jika kak cuk ! Tidak akan memaafkan mereka yang menjual kehormatan diri kita. Tidak mungkin maaf itu akan keluar dari mulut kak cuk" ujarnya lagi.

"Sudah dipaksa berkahwin, kini mengandung dibiar sepi tiada yg peduli, kak cuk akan pastikan suraya makan, mandi, pakai semua yang bagus2. Kak cuk akan carikan. jangan risau ya" kak cuk memeluk erat kepada suraya.

Sebak perasaan suraya, jiwanya meronta. Rindukan kasih. Kasih seorang ibu yang menenangkan anak yang sedang di uji. Suraya membalas pelukan kak cuk dengan erat. Terima Kasih Allah. Ucap suraya dalam hati.

Datuk Riyanna memilih untuk tidak hadir ke pengebumian besan nya. Takut orang tahu dan mengata. Lagi pula sudah berbulan kaki dan tangan Datuk Riyanna sering sakit² , ada ketika tidak dapat digerakkan ke hadapan. Sudah membuat rawatan di hospital pakar masih belum boleh dirawat, banyak sudah wang ringgit dihabiskan. Dukun salimi pun masih tidak mampu untuk merawat kerana perlukan keutuhan badan untuk menyelesaikan tugas penting perwaris Datuk Riyanna. Terpaksalah ia berkorban. Untuk memastikan Ahli politik tanah air itu sering kelihatan bertenaga dan semangat Datuk Riyanna memilih menetap dia hotel ternama. Rumah yang besar gah bagai istana itu sering berasa bahang pada waktu waktu tertentu. Sudah lah bahang, aircond yang mahal pun tidak mampu membuat dia berasa sejuk. Suaminya pula Datuk Sheikh Fareez sering pulang ke Rumah madu atas alasan anak perempuanya diganggu sihir. "Dah aku yang hantar, memang tersiksa lah anak kau, lagi sakit lagi puas hati aku uhuk uhuk " batuk kering juga kerap dialami Datuk Riyanna.

Rutin biasa Suraya keluar mengambil angin di luar duduk di taman mini untuk berehat pada waktu pagi. Jam menunjukkan 8 30am. Matanya memandang susuk tubuh yang dikenali Izz Faqih. Melilau kejap ke depan kejap ke belakang. Harini berbaju kemeja kemas berwarna apple hijau berseluar hitam dan kemas berkasut. Berlari lari masuk ke dalam kereta keluar semula dan mengigit roti di bibir.
"Kak cuk, kan saya kata kalau saya tak sedar gegarkan aja bilik saya tu, Papa sekarang ni asyik berangin aja tau" kata Izz
"Izz tinggal bom ja kak cuk tak pernah cuba, silap silap dengan kak cuk go die sekali" balas kak cuk

Laju mereka berdua berjalan dan kak cuk merapikan Izz Faqih agar tampak lebih kemas.

"Kak cukk! Orang nak gi kerja lah" nada tinggi tetapi masih senada ujar Izz kepada kak cuk yg berada di sebelahnya dalam kereta

"Ehh alahai, kak cuk ngikut kamu dah kenapa" gegas keluar dari kereta.

Kak cuk melihat kereta Izz mengundur keluar dari rumah dengan laju. Begitulah rutin mereka berdua berkelahi bagai anjing dengan kucing.  izz tidak ada istilah awal dalam hidupnya. Suraya berdiri di taman bunga melihat sketsa yang diulang setiap pagi, matanya memandang tepat pada kereta Izz. Tidak ada yang boleh ditafsirkan pada perasaannya kini, benci kah? Tidak. Izz melayaninya dengan baik. Ada ketika kak cuk akan bawa beri beberapa barang atau makanan yang diberi oleh Izz. Cukup dilayani dengan baik, Suraya tetap sahaja merasa bersyukur.

Izz memecut laju mengejar masa berharap masa akan terhenti dan boleh sampai awal waktu, ingatannya kerap bermain bayangan suraya yang berada balkoni atas setiap pagi Suraya akan mengambil angin diluar sekitar 8pagi, pernah Izz keluar 7.30am untuk menunggu Suraya keluar malangnya tidak. Dapat melihat dari atas pun sudah cukup gembira hatinya. Melihatnya sahaja cukup membuatkan debaran jantung mendetik laju.  Tersenyum sendirian itu perkara biasa baginya itu mungkin perubahan kerana bakal menjadi seorang ayah. Ligat kepala Izz memikirkan selepas isterinya bersalin. Ingin mengenali lebih dekat dari hati ke hati. Ingin berbual lebih lama. Ingin menatap wajah suri hatinya itu. Ya Izz akui dia sudah jatuh cinta pada wanita yang itu. Wangian Yang dipakai oleh Suraya pada setiap malam ganjil sering menjadi igauan. Cuma Anehnya Izz merasakan ingatan sedikit terganggu setiap kali malam ganjil itu, puas Izz cuba mengingati wajah Suraya. Baginya itu perkara remeh tidak perlu difikirkan cukup hatinya sudah ditambat wanita yang tidak pernah ia melihat wajahnya.
"Kot keluar muka Ruminah sidek pun aku Redha Hahahaha " kata Izz bermonolog sendirian. Tidak sabar menanti 5 bulan dari sekarang.

Tinta Kecil Kami Bertiga Where stories live. Discover now