Bab 17

24 0 0
                                    

"Untuk mendapat kesan yang cepat boleh gunakan produk blue tea ini dan kesan akan dapat dilihat dalam tempoh seawal 7 hari, before kita nak end live and tamat promo make sure semua cepat2 checkout okay" ucap hana di hadapan kamera telefonnya. Sejak pekerja live bersalin hana yang mengambil tugas sebagai penjual maya. Melayan kerenah pembeli maya ini haruslah banyak bertahan, yang dijual produk kecantikan tapi yang ditanya, mana beli warna kening, mana buat rambut, pusat kecantikan yang mana. Runsing hana memikirkan. Tapi kerana itulah penyokong tegar HANA TEE. Hana bersabar melayan pertanyaan² mereka.

"Kak Hana pleaseee, jangan lupa okay harini kita nak kena juga visit kilang" ujar farina. Pembantu setia hana merangkap kawan baik dari zaman belajar. Cuma hana tua 2 tahun dari Farina.

"Beb, aku rasa macam stuck sekarang kepala. Dah dapat ke ganti Norli?" Soal Hana. Farina hanya menggeleng dan terus menunjukkan jam di tangan menandakan mereka harus cepat.

Hana dan Farina laju berjalan menuju ke kilang hujan yang lebat sebentar tadi menyebabkan banyak lopak di atas jalan. Mereka berjalan berhati2 risau blouse yang berwarna nude putih itu akan dikotori. Sesekali kereta lalu pasti mereka berdua akan menjerit kecil dan gelak sesama mereka.

Zassssss. Kereta mewah laju melalui di hadapan mereka dan memijak lopak lalu terkena tepat di muka hana. Terlajak berangin di hati hana dia melemparkan barang di tangan nya dan terkena kereta mewah tadi. Kereta itu berhenti . Keluar Izz Faqih dengan menunjukkan rasa marah.

"HELLO?" Soal Izz Faqih.

"Eh before u nak hello tu ada nampak tak manusia depan ni" marah hana yang keseluruhan muka dan baju kini kotor kerana lopak yang dilanggar Izz Faqih. Hampir tergelak izz melihat keadaan wanita di hadapannya tinggal mata dan gigi putih yang kelihatan.

"Im sorry this is my card please contact saya. Saya perlu cepat" gegas Izz. Terus masuk kedalam kereta dan meninggalkan wanita berdua dalam keadaan tercenggang.

"Farinaaaa, apa orang tua tu merepek, biadapp" hana lempar kad nama di atas lantai.

"Make sure u nampak no plate okay" tegas hana. Farina hanya mengangguk sambil membersihkan hana yang sedang berangin dek perbuatan lelaki itu.

............................

"Im sorry david, ada drama pula otw ke sini tadi" ujar Izz kepada pengurus kilang Di Shah Alam.

"We still waiting our boss, office dia pun around area sini ma" ujar David. Izz mengangguk Faham. Mujur dia sampai lebih awal. Jika tidak pasti balik ke pejabat leia akan mencari jalan untuk mengenakannya. Izz setia menunggu di waiting area. Bunyi bising yang tidak dapat didengari dengan jelas yany Izz pasti suara wanita berkenaan pasti menunjukkan bos kilang tersebut sedang dalam keadaan mood yang tidak baik.

"Sorry ya, take a minute. Hujan tadi my lady nak tukar baju, sudah habis hujan jatuh tadi" terang david kepada Izz. Izz menganggu juga menandakan faham.

"David im very sorry, yang datang tu Puan leia ke? Oh mai god, habis rosak  barang2 dan kertas2 yang i bawa. Manusia harini biadap" marah hana. Laju hana membetulkan rambutnya sambil dengan mengikat menjadi seperti ekor kuda. dia  ingin menyorokkan rambutnya yang basah. David belum sempat menjawab soalan hana yang keluar bertubi tubu bagai popcorn yang sudah masak. Hana meluncur masuk ke dalam bilik menunggu.

"Puan leia, im sorry......" hana terkedu melihat lelaki di hadapannya. Mulutnya ternganga bagai buaya menunggu mangsa untuk dibaham.
"I takkan sign kontrak apa pun dengan u, u boleh balik dan get lose from my sight" pekik Hana. Izz membeliakkan mata dan terpinga pinga.

"Puan, Puan Hana, at least dengar from our side. PUAN!" Cubaan Izz memujuk Hana. Hana laju meninggalkan Ruangan menunggu. Izz berlari mendapatkan David terus bertanya situasi yang terjadi.

"Eh apa ni, saya sampai punctual. Your boss yang lewat then i yang kena. Kalau rude macam ni pun Ingat sheikh Holding nak colabrate ke" marah Izz. David hanya mampu menenangkan Izz dan meminta Izz pulang ke pejabat. Izz terus keluar dari kilang, pasti masak dia kena dengan leia. Belum sempat tengok kertas kerja dah reject. Woahh Izz berasa sangat marah.

Hana masuk ke dalam pejabatnya dan duduk memandang ke bawah. Hana dan farina saling berpandangan.
"Dia memang tak perasan aku ke?" Soal Hana.

"Yalah kak, aku rasa dia tak perasan tu, yelah tadi muka kau habis, dengan baju pun dah tukar mana dia nak ingat. Farina menyokong hana atas tindakannya tadi.

              .............................................

"Apa benda ni?" Marah Leia kepada Izz.

"Aku dah buat and minah tu yang tiba2 saiko blah macam tu ja" terang Izz.

"Hana tu bukan kali pertama dia bekerjasama dengan kita, more than twice Izz. Ni mesti datang dari attitude you sendiri" ujar leia. Berang sungguh hatinya tadi. Selepas kertas kerja yang dibawa tidak menghasilkan apa apa.

"Keluar" ujar leia. Pelik leia memikirkan. Dia tahu hana sangat profesional dalam kerjanya. Selama ini bekerjasama tidak pernah ada masalah yang timbul. Leia ingin membuat panggilan tetapi tidak diangkat. Sudah lah Sekarang Sheikh Holding masih perlu banyak diperbaiki. Dengan kewangan lagi yang tidak menentu. Ekonomi dunia lagi yang sama tidak menentu.

Tinta Kecil Kami Bertiga Where stories live. Discover now