Bab 4

63 0 0
                                    

*Bab 4*

Datuk Riyanna menunggu jam 1am untuk menerima panggilan dari dukun salimi. Seuasai bersembang dengan dukun salimi, Datuk riyanna menyatakan keinginan berjumpa dengan Puan Ramozan.

Puan Ramozan bersiap bagaikan pengantin tua, riang hatinya apabila Ahli politik tanah air berhasrat ingin meminang Suraya, bagaikan mimpi di siang hari, tetap juga Puan Ramozan tertanya2 bagaimana Ahli politik ini mengenali Anak tirinya. Tidak usah difikirkan Dapat 5Juta pun dikira okay. Angan2 untuk ke europe 6 bulan bakal tercapai. Akhirnya Mereka berdua bertentangan mata. Datuk Riyanna mengatakan ingin mencari calon isteri untuk anak beliau Izz Faqih tetapi hanya utk melahirkan zuriat lelaki, beliau menegaskan inginkan keturunan yang mulia, keluarga darah diraja, anak sulong dan seorang anak dara. Lega hati Puan Ramozan semuanya cukup seperti yang diminta. Mereka terus berbincang soal harga, akan dibayar separuh seusai bernikah, melahirkan zuriat sempurna adalah baki selepas itu. Datuk Riyanna menegaskan bahawa Wanita tersebut tidak dibenarkan melihat anak lelakinya. Termangu seketika Puan Ramozan, inginkan zuriat tapi tidak diizinkan melihat. Biarlah difikirkan sendiri janji duit dapat. Datuk Riyanna meminta agar Suraya hadir ke pejabat pada waktu yang ditetapkan.

Puan Ramozan sampai sahaja di rumah melihat suraya tidak bekerja, terus diterjah bilik Suraya, suraya terbaring kesakitan. Puan Ramozan memaksa agar Suraya bangun dan bersiap kerana sebentar lagi akan ada kereta datang menjemputnya. Suraya mengatakan beliau kurang sihat dan tidak mampu untuk bangun. Puan Ramozan panas hati mendengarnya terus mengambil air sejuk satu baldi dan menyimbah pada suraya, mengigil sejuk dan teekejut suraya bergegas bangun dan bersiap. Alisah memarahi ibunya kerana bersikap kejam pada suraya.
Suraya dalam keadaan lemah, pucat lesi gigih memakai tudung bawal sarung di muka. Berjalan menunggu di luar. Menangis suraya tersedu² bila lah akan keluar dari neraka dunia ini. Kata suraya di dalam hati. Sebuah kereta mewah sampai di rumahnya. Beliau diarakan menaiki kereta tersebut sepanjang perjalanan beliau diberi maklum tingkat dan nama yang akn berjumpa. Tidak keluar sepatah dari mulut suraya hanya mengangguk tanda faham. Sampai di sebuah pejabat Parti Politik suraya agak terkejut kenapa dia sampai disini dan disuruh masuk. Akhirnya suraya berjumpa dengan Datuk Riyanna. Bermacam2 soalan yang ditanya, dari bermacam² subjek semua dijawab dengan baik. Sudah la demam ditambah disiram makin mengigil dan pening kepala suraya, akhirnya beliau diminta utk pergi, berjalan lemah suraya melangkah matanya mula kabur, tangan ingin mencapai tombol pintu tiba2 pintu teebuka sendiri tidak dapat suraya mengimbangi badan suraya redha dirinya akan jatuh dihadapan orang ramai. Tiba2 tubuhnya berasa terpusing Kaki tiba2 menaik ke atas berpusing² lagi seperti tarian hindustan. Tiba2 dengar suara lelaki samar². "Ni siapa ni, terpusiing pusing, imbang badan kau betul² boleh tak?, kita nak selamatkan dia ehh jadi tarian bollywood pula". Kerana malu yang termata suraya hanya tunduk dan meminta maaf dan terus menuju ke lif sekali lagi difikirkan pintunya terbuka rupanya tertutup kerana pintu lif sangat lutsinar. Terhantuk kedegang kepala suraya. Bala apa lah harini Ya Allah. Omel suraya. Kini matanya yg kabur tadi sudah pulih sepenuhnya.

Izz bertanya kepada Pembantu mamanya, siapa tadi tu. Budak baru ke? Mama ambil budak mabuk ke? Tertunduk2. Macam mana untuk bajet kampung seniawan perlukan lagi ke? Sbb saya tak terima lagi bajet dari mama. Hujung bulan ni dah kena tutup. Hantar cepat ya. Izz sambung tanpa sempat untuk dicelah. Izz berlalu dan terus berjumpa dengan Datuk Riyanna.

Datuk riyanna memaklumkan sudah berjumpa calon yang sesuai, Datuk riyanna mengikut apa yg diminta oleh Izz. Nikah akan dilakukan secara tertutup dan tarikh nikah akan ditipu bagi memastikan semua share holder percaya bahawa pernikahan Izz Sudah lama berlangsung. Bagi mengaburi mata mereka yg akan berkata kerana terdesak mereka mengahwinkan Izz dengan wanita jalanan. Yang penting keturunan mulia. Ada sijil kira lengkaplah omel Datuk Riyanna.

Tinta Kecil Kami Bertiga Where stories live. Discover now