Bab 11

27 0 0
                                    

Datuk Riyanna menahan marah. Di kuak pintu begitu kuat sekali. "Izz Faqih!" jerit Datuk Riyanna.
Izz bangun berdiri masih menanti keadaan Suraya. Laju Mamanya berjalan menuju ke arahnya. Pang! Izz terpinga pinga apabila di tampar oleh mamanya.
"Ma" ujar Izz
"Apa yang susahnya Izz? Mama pesan tapi still macam curah air ke daun keladi, this is a important task! suraya tu kunci harta keluarga kita, kau faham tidak?  Tapi KAU ni macam BENGAP tak faham2 apa yang aku cakap" ditunjal tunjal kepala Izz di hadapan pembantu2 yang ada. Kak cuk hanya mampu melihat dari jauh. Baran Datuk Riyanna takada siapa boleh tegah. Syaitan pun kalau ada tak perlu susah datang dah ada yang sangup untuk mengganti. Datuk Riyanna mencampak gelas, pasu ke atas lantai. Menggila sehingga tangan terluka terkena serpihan kaca yang dibaling. Izz terdiam tanpa kata. Laju jantungnya berdetak. Inilah pertama kali Izz melihat mama yang disayangi bagai bukan diri yang dia kenali. Dari seorang mama yang penyayang berubah menjadi raksasa.

"Kak cuk sakit sangat ni, kenapa ni" soal Suraya. Perut Suraya digelek ke kiri digelek ke kanan tiap kali pusingan pasti suraya akan meronta sakit. Di tekan perut sambil terkumat kamit mulut dukun salimi. Sesekali dia meludah ke luar tingkap dia angkat buah kelapa tinggi melangit bagai anak kecil  meminta makan dari ibunya. Dikunyah2 sireh di ludah ke perut suraya. Menjerit suraya kesakitan.
"Herba aku bagi kau bagi tak?" Soal dukun.
"Ba ba bagi" terketar2 kak cuk menjawabnya.
"Datuk Riyanna apa ada pantang yang dilanggar ke?" Soal dukun.

Datuk Riyanna memandang Kak cuk, memberi isyarat mata untuk menjawab. "Harini Izz ada berjumpa dengan Suraya, tapi sumpah takada mereka buat apa2" tegas kak cuk.
"Pantang jangan suka suka dilanggar, kau dah mengikat janji harus tepati" ujar dukun .

Suraya mula beransur pulih, darah yang banyak tadi tiba2 hilang bagai ada yang membersihkannya. Suraya lemah terbaring di atas katil. Matanya memandang lemah kepada kak cuk. Bagai tidak keluar kata kata dari mulut.
Kak cuk melihat keadaan suraya sebak di dadanya. Kak cuk bertanya pada suraya.
"Nak air". Suraya mengangguk perlahan. Kak cuk mendekati suraya dan memberinya minum air. Dipangku suraya. Diusap muka suraya yang berpeluh. Di sisir rambutnya ketepi bagi wajah suraya selesa untuk bernafas. Suraya masih ditemani oleh dukun salimi. Matanya tertutup rapat seolah olah sedang tidur. Suraya berasa letih dan perutnya masih berasa sakit. Datuk Riyanna masuk dan berbincang sesuatu bersama dukum salimi.

Dukun salimi berpesan sekiranya masih sakit dan darah tetap keluar terus bawa ke hospital. Kemungkinan proses kelahiran akan tiba dalam masa terdekat. Mendengar apa yang dipesan oleh dukun. Datuk Riyanna menelefon kaum kerabatnya bahawa Izz bakal menimang anak tidak lama lagi. Dan anak yang dilahirkan adalah bayi lelaki. Penuh yakin Datuk Riyanna memberitahu pada semua. Selesai membuat panggilan. Datuk Riyanna imgin menyerahkan bayaran yang perlu dilunaskan.

"Tunggu sehingga dia melahirkan" ujar Dukun.

"Ingat jika anak lelaki yang dilahirkan Suraya harus kau serahkan. Jika itu adalah bayi perempuan anak itu yang aku mahu!" Sambung dukun tapi kalini nadanya agak tegas.

"Ya i ingat" jawab Datuk Riyanna tanpa bersalah.

Suraya mengemam mulut menahan sebak, apalagi Ya Allah! Untuk apa pula aku diserahkan. Kenapa bayi ni perlu menjadi mangsa. Apa sudah habis manusia yang baik atas dunia ini. Keluh suraya dalam hati. Kepalanya berpusing. Hatinya sakit. Sakit yang tidak ada tandingannya. Lupa kah mereka Allah yang mentadbir semesta alam ini. Kenapa mesti ada syirik kepada Allah. Yang pasti suraya harus berdiam diri sebelum anak dilahirkan. Suraya terus berpura tidur. Menahan sakit yang tiada ubat.

Datuk Riyanna berjalan ke bilik Izz. Diketuk sepi tidak berjawab. Dikuak perlahan mencari anaknya. Pasti merajuk lagi . Teka Datuk Riyanna. Alangkah terkejutnya apabila melihat Izz sedang berdiri di atas kain yang dibentang menjadi seperti sejadah. Lama ia berdiri di belakang Izz. Tiba tiba Izz bersuara.

"Ma, izz tak tahu nak baca apa" ujar Izz dalam keadaan menangis

"Umm mama rasa" jawab Mamanya gagap untuk memberikan jawapan.

"Try google maybe ada, i just umm . Im sorry izz, mama tak tahu izz. I dont know how to pray" sambung Datuk Riyanna. Pening Untuk dijawab. Datuk Riyanna perlu mencari ruang kerana ada perkara yang harus dibincangkan.

"Sokay dear, u just take ur time. Mama try cari buku yang ada dapat as a gift. Haha maybe ada" ujarnya kekok. Datuk Riyanna keluar dari bilik Izz. Cepat2 turun ke bawah mencari kak cuk. Ditanya kak cuk bermacam macam. Runsing kak cuk hendak menjawab. Sudah lah jam menunjukkan 3pagi. Seorang menunggu masa. Seorang masa inilah nak belajar solat. Yang seorang lagi ni masih dengan dunianya sendiri. Dah tua bangka perasan muda. Ejek kak cuk dalam hati.

Kak cuk bercadang untuk tidur dalam bilik suraya. Risau2 jika ada apa apa yang berlaku. Perlahan sahaja dikuak pintu bilik, melihat suraya bersiap bersama beg. Kak cuk terkesima.

"Puan nak kemana ni?" Tanya kak cuk

"Kak cuk su tak boleh duduk sini, su tak faham, su takut kak cuk. Apa yang Datuk dan Izz cuba nak buat pada anak yang saya kandungkan ni, bukan ke nk cari perwaris sahaja" soal Suraya bertubi2.

Kelam kabut kak cuk nak menjawab. Suraya masih kelihatan lemah, rambutnya kusut masai. Tudung hanya diselempang di bahunya. Kak cuk cuba menenangkan suraya. Merayu rayu suraya meminta kak cuk jujur. Dia perlu buat sesuatu sebelum apa apa terjadi. Kak cuk membuka cerita satu demi satu. Suraya tidak dapat menahan rasa. Sungguh apa yang diteka selama ini adalah benar2 belaka. Mainan dengan iblis ini bagai tiada jalan keluar jika sudah menjadi ketagihan. Anak yang terhasil dari bantuan Iblis? Suraya menekup mulutnya kerana terkejut yang teramat sangat. Hanya kerana harta?

Suraya bertanya "jika anak perempuan kenapa perlu diserahkan"
Kak cuk beritahu "Dukun salimi perlu mencari penyambung ilmu, tetapi anak itu mestilah hasil dari bacaan2 yang dibaca, dari makan dan minuman yg diberi. Dan anak itu mestilah perempuan berserta dengan uri". Kak cuk memandang dinding rumah. Malu kerana bersengkongkol dengan mereka yang syirik.

"Dan kenapa saya pula ditukar taruhan dengan anak lelaki saya sendiri" soal suraya.
"Kak cuk rasa mungkin dia perlukan byrn yang tinggi untuk memulihkan ilmu yang dia gunakan dalam proses ini tersangatlah banyak, dan juga pasti kamu juga adalah pilihan untuk melahirkan sehingga dapat anak perempuan" ujar kak cuk menangis.
Suraya terkedu. Membayangkan lari disini masih ditangkap. Lari disana masih ditangkap.

"Kak cuk tahu, ini anak lelaki. Kamu bersalin sahaja terus keluar dari sini. Jika perlu kak cuk akan cari tempat tinggal baru" ujar kak cuk memberi cadangan.

"Kak cuk, pasti anak ini yang akan menjadi mangsa kalau mama dia larikan diri, anak yang tidak berdosa ini nanti akan dihina dan dibiarkan" sebak suraya memikirkan. Jika dulu hanya dirinya sendiri kini sudah menjadi dua.

Kak cuk dan Suraya berpandangan seolah olah tahu apa yang perlu dibuat oleh mereka.





Tinta Kecil Kami Bertiga Where stories live. Discover now