Bab 7

47 0 0
                                    

Izz masuk ke ruang dapur. Mencari cari makanan yang untuk dimakan "Kak cuk tenonetttt" kejut Izz kepada kak cuk "Tenonettttt Tenonettttt" latah kak cuk. "Kamu ni Izz" Marah kak cuk.
"Kak cukk lapar ayam bakaq, siakap senohongg, letih lah hari hari macam ni" ujar Izz.
"Sabar sikit harini kak cuk masak ketam rebus boleh makan dengan sayur kamu dengan kambing atam tu takada beza dah sama aja dua dua makan sayur" gelak kak cuk
"Izz isteri kamu sampai harini kan, Datuk suruh kak cuk masak sekali ketam ni untuk dia, pergilah mandi wangi wangi nak sambut lufly wipeee kan" seloroh kak cuk.
"Dia datang harini ke? Dah seminggu lah kan, menyampah pula rasa bila terfikir kak cuk, Izz rasa kan family perempuan tu dah mandrem mama" ujar izz.
"Tapi kan kak cuk, mata ja nampak semua habis ditutupnya macam wanita arab tapi dengar dia jawab melayu lah lepastu orang duk kecoh² dalam tu dia senyap aja" sambung Izz
"Izz kamu dapatkan waris pertama dulu, lepastu terserah lah apa kamu nak buat, nak dimadukan ke, nak di geyeh² kan ke" seloroh Kak cuk
"Tutupp macam tu boleh ke dapat anak nanti kak cuk, Esok malam kak cuk dulu lah masuk ya takut perempuan tu berubah jadi bigfoot" Gelak Izz
"Kita pula yang kena, diowg yang sibuk berpaksikan kepercayaan lain. Ber ritual2 . Aku Masuk kang lain yang dirasuk" menggeleng kepala kak cuk memikirkan.

Atam yang mencuci ketam hanya diam membisu mendengar, atam mengambil bahan² yang untuk dimasak mengambil satu persatu untuk diletakkan di dalam periuk. "Atam ni serbuk bungkus kecik ni kau jangan lupa masukkan dalam sup ketam tu ya" lama atam termenung teringatkan pesanan kak cuk tadi. Di ambil serbuk yang dipesan diletakkan dalam almari kabinet bahagian atas agar takada sesiapa yang melihat. Atam memilih untuk tidak membuat seperti diminta.

Suraya terpana melihat rumah yang begitu tersergam indah, lampu yang di dekorasi menghidupkan istana besar ini dengan tampak lebih mewah. Taman bunga yang jauh tetapu masih kelihatan cantik membuatkan bibir  suraya tersenyum. Perlahan lahan suraya membawa beg yang penuh diisi pakaian dan keperluan sepanjang berada di istana baru nya ini. PANGGGG! Petir menyambar. Alangkah terkejutnya Suraya mendengar kilat sebegitu rupa, la haw la wala quwwata illa billahil'aliyil 'adzhim ucap Suraya. Cepat cepat suraya melajukan berteduh dibawah kanopi estetik yg bertemakan English.

"Mana pintu masuk ni, tadi pak cik tu cakap dekat sini ada Ahhhhhhhhh!" Jerit suraya.

Ouh Ahhhhh jembalang jembalang Datuk! AIhh jembalang datuk pula" Latah kak cuk.

"Kamu ni apa? Terpekik pekik dekat rumah orang, isteri Tuan Izz Faqih ke?"

"Ummm ......... ya kot saya suraya" teragak agak suraya menjawabnya

"Sudah, seorang tak tahu nama, seorang lagi tak boleh tengok muka sah ke nikah macam koboi macam ni, akhir zaman" bebel Kak cuk.

Suraya tergelak kecil melihat keletah kak cuk, tubuhnya yang kecil tetapi berisi, kakinya yang rendah tetapi langkahnya masih lincah menyebabkan  suraya merasa geli hati dan ia meneka pasti ini ketua pengurusan rumah.
"Maaf, akak ni siapa ya. Saya nak  kemana ya sekarang. Risau2 sesat pula nanti" ujar Suraya.

"Kamu ikut saya, sekarang kamu ditempatkan di ruangan ini, sehingga Puan Suraya bersalin, setiap 1,3,5,7,9 banyak pula tarikhnya atau senang cerita tiap2 haribulan ganjil lah saya akan hantar Puan Suraya ke ruangan di sebelah sana" suraya melihat arah yang ditunjuk kak cuk ia melihat satu pintu bilik berdekatan sebuah tangga.

Sambung kak cuk "Hanya disini sahaja dibenarkan dibahagian belakang rumah sehingga taman kebun untuk Puan Suraya melihat tanaman dan mengambil angin. Puan Suraya sama sekali tidak dibenarkan berada di ruangan Utama. Ruangan legar, Ruangan membaca terutama bilik bilik utama di rumah ini, aihh  Senang cerita semua dokleh hakni ja boleh" Suraya mengangguk faham. Hati nya lega tidak perlu menghadap mereka mereka yang zalim itu, cukuplah dapat melihat angin tanaman bunga pun sudah memadai.

"Saya Puan panggil kak cuk sahaja, apa sahaja yang ada dalam rumah ini semua kak cuk tahu dan Puan Suraya tidak boleh mendedahkan identiti kepada pembantu pembantu yang lain" tambah kak cuk dengan serious.

"Baik, Kak cuk" Lembut Suraya menjawab.

"Berehat dahulu masa makan saya atau pembantu lain bernama atam akan panggil Puan untuk bersama sama makan dengan Tuan Izz" tambah kak cuk sambil memandang Suraya, dilihatnya anak gadis ini jauh di hati berasa amat kasihan. Dari awal tiba sehingga kini tidak ada permintaan atau keinginan malah bantahan yang keluar dari mulutnya

"Terima Kasih Ya kak cuk" ujar Suraya.

Kak cuk berlalu pergi tanpa berpaling. Hanya mata suraya yang dilihat. Tangannya yang kecil sudah berkedut, kakinya berkedut kedut akibat hujan pasti dia dalam kesejukan tadi. Takada seorang pun diizinkan melihat wajah suraya. Tidak mahu dijadikan suatu isu itu pasti kerana Datuk Riyanna sangat terkenal dengan sifat keperihatinan sebagai Ahli Adun yang sangat mementingkan Rakyat.

Jam menunjukkan 8.30pm. Mahupun Tuan Izz atau Puan Suraya kedua duanya tidak turun makan. Izz memilih untuk makan di dalam bilik. Suraya memberitahu bahawa dia tidak makan ketam kerana mengalami alergic yang tinggi. Cukup beri buah2 han dan air kosong pun sudah memadai. Kak cuk memberi peluang kepada mereka berdua kerana Arahan Datuk Riyanna mereka berdua perlu makan bersama tetapi ditutup dibalik tirai dan Bunga mawar perlu dibakar ketika mereka berdua sedang menjamu selera. Kak cuk akan lebih tegas pada keesokan hari. Tiada kompromi.




Tinta Kecil Kami Bertiga Where stories live. Discover now