Bab 13

25 0 0
                                    

Suraya sibuk mengemas barang2 yang sudah tidak dipakai atau digunakan masuk ke dalam beg. Dilihat satu persatu, tidak banyak barang yang dibawa tetapi makin bertambah kerana  Izz tidak berhenti membelikannya keperluan yang mungkin dia perlukan. Dilihat satu cek yang merupakan hantaran perkahwinannya. Suraya melihat amount yang diberi adalah 6k. Suraya berfikir mungkin cukup untuk digunakan selepas bersalin. Suraya turun ingin ke dapur, bertemu kak cuk dan mendengar Izz turut berada di dapur. Suraya menyorok di tepi pintu dapur risau jika bertemu, malu pun ada jika difikirkan semula pada hari mereka berbincang tentang selepas dia bersalin. Takut nanti apa2 terjadi lebih baik dia menyorok. Izz berjalan naik ke biliknya. Suraya masuk ke dapur.

"Kak cuk, saya ingat nak ke bank lah. Nak deposit kan duit ni tunjuk cek wang hantaran pada kak cuk." Tanya suraya.

"Kamu ada ke account bank?" Soal kak cuk. Suraya menggeleng. Iyalah sebab itu duit itu tidak ditunaikan. Dia baru teringat bahawa dirinya tidak memiliki akaun bank.

"Takpa nanti kak cuk masukkan nama kak cuk dan no akaun sekali. Dah masuk ke bank kak cuk beri ke suraya, kalau kamu percayalah" cadang kak cuk. Suraya mengangguk tanda setuju.

"Barang2 yang kak cuk minta saya kemas, dah selesai ya" kata suraya. Kak cuk mengangguk faham. Dia memberitahu bahawa kereta sudah jumpa, esok atam akan mengambil kereta terpakai yang mereka beli. Kak cuk dan suraya bercadang untuk membiarkan suraya lari dari negeri ini seusai dia bersalin. Kerana itu sahaja jalan yang tinggal selepas difikirkan. Kak cuk yakin suraya pasti akan jumpa hidupnya umur pun masih muda. 19 tahun apalah sangat yang dikenal atas dunia ini. Melihat Izz yang lemah masih dikawal Datuk Riyanna pasti tidak akan dapat melindungi Suraya dari sebarang kejadian.

Selepas Maghrib, kak cuk masuk ke dalam bilik suraya. Kak cuk melihat bilik sudah mula nampak seperti akan ditinggalkan. Suraya memakai yang memakai telekung serba putih memandang kepada kak cuk. Kak cuk meminta izin atam utk masuk ke dalam bilik suraya. Suraya mengizinkan. Dan kak cuk memberitahu apa yang dirancang oleh mereka. Kak cuk memberi 3ribu sebagai pendahuluan dari wang yg perlu di uruskan. Risau sekiranya suraya bersalin awal. Selesai perbincangan. Kak cuk mengambil gambar pertama kali dan terakhir sebagai simpanan dirinya. Suraya menangis akan kebaikan kak cuk dan atam. Dia berjanji akan membalas segala kebaikan pada satu hari. Kak cuk tidak menginginkan pembalasan dari suraya. Dan berpesan agar jangan pernah kembali semula ke rumah ini walau apa pun yang berlaku. Suraya memberi kak cuk telekung yg sering dipakainya.

"Kak cuk, ambil lah harta yang paling saya sayang ini, pemberian arwah mama su. Saya takada apa yang nak diberi, kak cuk nanti jangan lupa solat ya, kak cuk orangnya baik. Sayang kak cuk dekat saya takada tolok bandingnya. Sempurna nanti perjalanan kita kalau solat menjadi keutamaan. Walaupun saya solat tapi Allah tetap uji, itu tanda Allah masih peduli pada saya kak cuk. Paling saya risau kalau Allah memalingkan wajahnya dari saya tanpa diuji" ujar perlahan suraya sambil meneteskan air mata.

Kak cuk peluk telekung dan menangis. Tak pernah jiwa nya segundah ini. Tidak ada yang sukar dalam hidup kak cuk melainkan mewarisi kemiskinan. Kak cuk menerima sebuah nasihat dengan hati yang ikhlas dari anak remaja 19 tahun ini. Baru sahaja menatap dunia tidak berhenti Allah menguji lagi dan lagi.

Jam menunjukkan jam 11.30pm. Suraya merasa air mengalir di paha, bingkas bangun dan mengejutkan kak cuk. Kak cuk berlari mengejutkan atam meminta untuk membawa Suraya ke hospital. Suraya bersiap dan sedia untuk ke hospital.

"Kenapa ni?" Soal Izz yang tiba2 muncul dari tangga. Terkedu Suraya dan kak cuk. Tanpa melengahkan masa kak cuk memberitahu bahawa suraya baru menumpahkan air kemungkinan besar akan bersalin. Izz terkejut dan cepat2 mengambil kunci keretanya dan wallet.

"Lah, jom2 saya hantar. Kenapa kak cuk tak kejut sahaja Izz" bebel Izz.

Kak cuk bingung. Cadangan awal adalah membiarkan suraya pergi bersama atam. Tetapi sekarang sudah menjadi lain. Kak cuk terus memapah suraya menaiki kereta Izz. Kak cuk menghantar pesanan ringkas kepada atam dengan mengatakan bahawa rancangan berubah dan meminta atam menunggu di hospital. Ketika dalam perjalanan Izz meminta Kak cuk menelefon Datuk Riyanna. Kak cuk dan Suraya saling berpandangan risau jika kehadiran Datuk akan merosakkan rancangan mereka. Kak cuk memicit telefon dalam keadaan teragak agak. Antara dua perlu dia lakukan atau tidak.

Tinta Kecil Kami Bertiga Where stories live. Discover now