Bab 6

52 0 0
                                    

"Eh Izz dah buang tabiat ke? Pakailah elok sikit, nanti kalau perlu bergambar nak tunjuk bukti takkan seorang berbaju putih seorang berbaju tshirt. Jangan nak menjatuhkan air muka mama" Celoteh Datuk Riyanna memarahi satu satu anak terunanya itu. Izz berlalu masuk semula ke dalam bilik. Menyarung baju melayu putih, elok terletak pada badan. "Kalau kamu kuat senaman mesti lagi Fit" ujar Kak cuk pembantu rumah yang setia sudah 3 generasi keluarga kak cuk bekerja dengan keluarga Datuk Riyanna segala rahsia semua dalam poket kak cuk katanya sambil bergurau dengan pembantu indonesia di sebelah rumah. Kak cuk memakaikan songkok kepada Izz, sebak hatinya. "Kamu ni kalau jadi manusia normal kan bagus, apa lah berkahwin sorok² begini macam tangkap basah" bebel kak cuk. "Kak cuk tahulah mama tu semua kena diikut telunjuk dia, sekarang dah tahun 2014 pun masih kena kahwin paksa macam ni, cerita dengan member pun mau tergelak" ujar Izz. Kak cuk dan Izz bersama2 menuruni tangga, tersenyum indah Datuk Riyanna melihat puteranya segak bergaya. Kak cuk pula menangis sedih bagai anak dia yang akan berkahwin. "Enough Cuk, pening i rasa" jeling Datuk Riyanna.

"Tam ko rasa kita boleh ke tengok pengantin perempuan tu, cantik sangat agaknya sampai tak nak bagi si Izz tu tengok, jenis macam datuk kot cucuk jerami penuh 1 muka" ulas kak cuk kepada tukang masak atam. Atam hanya diam dan malas untuk memikiirkan janji selesai kerja dapat balik, cukup bulan terima gaji. Mereka nak terus menjadi pendosa silakan.

Setelah tiba kedua dua belah pihak pejabat agama, Datuk Riyanna menegaskan dia tidak akan turun dari kereta demi menjaga air muka dan reputasi berniay Hanya menunggu di dalam kereta.

Puan Ramozan berkata kepada Alisah "Alisah tunggu di sini, banyak jembalang dekat sini, karang kau pula kena sampuk" jawab Alisah "Dah la tu ibu, cepatlah kesian Suraya menunggu" . Suraya duduk di hadapan pintu pejabat agama, bertudung putih dan dikenakan purdah berwarna putih. Matanya hanya memanda satu arah, hendak lari pasti ditarik, hendak turuti jiwa yang tidak terhuni. Lama menunggu akhirnya Suraya dipanggil masuk, ditanya beberapa soalan dan diasingkan di tepi tirai. Suraya terkejut apabila disapa salah seorang pejabat agama. "Nak tengok muka pengantin lelaki?" Suraya hanya menggeleng dan sambung termenung. Tiba² kedengaran SAH! SAH! Syukur Alhamdullillah. Suraya hanya diam membisu tanpa reaksi. Suraya sah menjadi isteri kepada Izz . "Dah jom balik!" Puan Ramozan mengajak kasar. "Kau suraya jangan nak kemana² ya, kalau aku tahu ada benda yang bukan bukan, tengoklah pusat bakti mak kau tu aku kerjakan" bisik Puan Ramozan kepada Suraya.

"Congtratulations Boy, Tq sayang Mama. Boy cari ja mana mana wanita yang Izz nak selepas Budak tu bagi kita perwaris, ok?, tapi Izz kena follow apa yang mama nak buat jangan pernah langgar pantang ya, ingat taknak makan benda berdarah selama 2 bulan ni" tersenyum gembira Datuk Riyanna. Apa yang diiginkan akan terjadi tahun depan, dan masatulah madu akan di buang sepenuhnya dari perwaris ternama. Izz hanya tersenyum memandang ke luar kereta masih terngiang ngiang kata kak cuk kalau dia  hidup seperti orang lain, boleh memilih kerjaya yang diinginkan, boleh hidup tanpa dikawal.

Suraya merayu kepada Puan Ramozan untuk membatalkan pernikahannya, "Ibu tolonglah su batalkan lah apa idea ibu ni, su janji akan bekerja dekat luar bagi apa sahaja yang ibu nak, gelang emas? Kereta ? Apa sahaja su sanggup ibu, tapi tidak yang ini ibu" rayu suraya melutut di kaki Puan ramozan. "AHHHH dah nikah baru nak melalak! Apa yang kau tak inginkan elok aja si izz tu, kau nak jantan yang macam mana? Hah? Kau nak malukan aku ke? Okay boleh tapi dengan satu syarat serahkan rumah kebajikan mak kau dekat aku!!" Membungkang mata Puan Ramozan sambil menarik tudung suraya, dibiarkan rambut yang sudah terkeluar bagaikan anak tadika yang baru masuk sekolah. "Su takkan serah pusat kebajikan Tu sampai bila2, ibu ingatlah Allah tu ada! Doa orang teraniaya ni Allahhh dengarr ibuuu Allah dengar!" Suraya hilang sabar memberi satu pandangan yang jelas tidak dapat Puan Ramozan menafikan terus ia bangun berlalu dari situ. Tekad hatinya untuk mengakhiri derita ini setelah mendapat zuriat Lelaki. "Ya Allah serahkan tengkuk dan seluruh jasad mereka  yang berbuat dan berniat jahat ke atas diriku, ke atas maruahku, ke atas arwah Umi dan Ayah ku, Aku serahkan kepada mu Ya Allah". Doa yang diulang² suraya entah berapa kali sehingga terlena malam dalam tangisan.

Tinta Kecil Kami Bertiga Where stories live. Discover now