Bab 5

60 0 0
                                    

Suraya terpinga pinga apabila disuruh untuk mencuba baju serba warna putih, disarung dengan lemah, menatap wajahnya yang sugul di cermin. Suraya tahu apakah episod seterusnya pasti tidak bebas sehingga bila2. Suraya akur dengan perjalanan yang ditetapkan akan tetapi ruang atau peluang untuk melepaskan diri pasti akan dicarinya. Suraya diberitahu oleh kakak tirinya harini adalah hari pernikahan dengan seorang lelaki yang tidak dikenali. Alisha memujuk suraya dengan mengatakan sekiranya berjaya mendapatkan zuriat lelaki kehidupan suraya akan berubah. Suraya akan menjadi seperti rama rama yang ingin terbang tinggi. Puan Ramozan memanggil suraya dari bawah dengan nada yang lembut, penuh emas di tangan pasti sudah dapat apa yang diinginkan, suraya mendiamkan diri. Tidak berkata apa. Apa yang dia tahu dirinya tidak ingin dijualkan. Melihat gunting di atas meja , meronta2 hati ingin mengambil, perlahan2 suraya mendekati hatinya turut bertukar kata "Ambil sahaja gunting ini, akhirkan semuanya" keluar kata yang lain "Jangan Allah sygkan kau dia uji kau banyal, Allah janji syurga untuk mereka yang bersabar" . Menangis Suraya memekik "Allahhhhhhhhhhhhh" Puan Ramozan terkejut mendengar pekikan Suraya berlari sehingga hampir tersandung di atas tangga risau² jika suraya mengambil langkah mudah. "Habislah aku, duit dah ambil, siap kau suraya". Puan ramozan pucat apabila tangisan suraya terhenti pintu terkunci. Tangan mengigil mencuba buka pintu terlerai semua kunci² yang ada di tangan Puan Ramozan. Alisha juga turut panik "bu kesian suraya bu, buka lah cepat" apa yang harus aku lakukan jika suraya benar2 mengakhiri hidupnya. Akhirnya pintu terbuka suraya hanya terdiam di atas katil matanya sembab, bengkak menandakan baru lepas menangis. Puan Ramozan Ingin memarahinya tetapi mengambil langkah berkata dengan lebih lembut. "Allahu sayangku, kenapa ni, kenapa ni nak?" Suraya memberitahu bahawa dia tidak ingin berkahwin. Apatahlagi dengan lelaki yang tidak dikenali. Puas Puan Ramozan memikirkan idea "Suraya ingat tak, lelaki yang datang ke rumah kita tahun lepas, yg ingin membeli kediaman ini? Anak dia lah yang suraya akan berkahwin, Ibu tahu suraya pasti tidak bersetuju tapi apakan daya demi mengambil semula pajak geran rumah ini Suraya perlu bernikah, rumah ini lah satu² nya harta peninggalan ibu bapa Suraya. Hutang kolej suraya ibu perlu bayar dengan meletakkan geran rumah ini. Suraya, lahirkan seorang zuriat yang cantik elok selepas itu tugas suraya akan selesai" Kata Puan ramozan meyakinkan Suraya.

Tinta Kecil Kami Bertiga Where stories live. Discover now