Bab 16

37 0 0
                                    

Sharifah Leia Khairina berjalan memasuki bangunan Sheikh Holding menuju terus ke tingkat 42 bilik mesyuarat bersama pemegang2 saham terbesar bagi lantikan pertamanya sebagai pengarah No 1 di sheikh Holding , selepas beliau berjaya mendapatkan perwaris lelaki. Semua yang berada di situ tepukan kuat bagi meraikan lantikannya itu . Mata leia ligat melihat semua insan yang disayangi berada dalam ruangan mesyuarat pada haritu. Melihat mummynya cukup sebak kerana wanita itu tabah menghadapai perangai madunya yang gila . Matanya beralih kepada suami dan anak2nya, kelihatan sungguh gembira dan bahagia Sheikh Haznan kerana berbangga anak perempuannya berjaya membuktikan wanita juga mampu menjadi hebat. Matanya beralih ke susuk lelaki yang dikenalinya dia membisu di tempat duduknya, setelah diturunkan jawatan atas desakan pemegang saham syarikat Izz kini hanya menjadi sebagai pembantu excutive di Sheikh Holding. Kes berkahwin sembunyi pada 6 tahun lalu masih belum dapat di tutup rapi, masih akan ada gosip tersebar luas. Khabarnya perkahwinanya itu berlandaskan ilmu hitam. Kematian Datuk Riyanna juga ditutup sebagai kes bunuh diri. Mayatnya dijumpai terapung di sungai perlis bersama nota di dalam poket mengatakan dia memilih mengakhiri hidup atas tidak tahan kecaman dan kutukan dari rakyat malaysia. Leia hanya melihat izz dari jauh ia tahu izz tidak pernah berminat akan Sheikh Holding . Akan tetapi tetap leia merasakan kedudukan akan tergugat selagi Izz masih berada dalam SH ini. Leia memandang Izz dengan penuh rasa benci dan jengkel. Dia sentiasa mencari ruang dan peluang untuk membalas dendam atas sihir yang dihantar oleh mama Izz menyebabkan dia sukar untuk mendapatkan anak.

"Papa, whats wrong with Izz, dia cuba nak memalukan leia ke? Orang semua applause for me but him just sit like a dumb" mengadu leia kepada Datuk haznan. Datuk haznan hanya meminta leia untuk bersabar.

Jauh di hati seorang ayah amat kecewalah apabila satu2 anak lelakinya kelihatan muram dan tidak seperti izz yang dikenali. Sheikh Haznan sedar sebagai ayah kepada Izz faqih dia terlampau sibuk untuk mengambil berat tentang Izz dan Menyerahkan bulat2 kepada Arwah Datuk Riyanna. Kasih sayang pun pasti tidak secukup Leia. Kerana itu Datuk Haznan hanya membiarkan Izz berada di dalam SH itu. Kini mamanya sudah tiada pasti kehidupan anak lelakinya itu tidak terurus. 2 tahun Izz menghilangkan diri mencari wanita bernama suraya. Dikatanya itu adalah isterinya. Datuk Haznan turut mencari bersama tetapi malangnya rekod yang mereka jumpa hanyalah rekod kematian. Izz tidak mampu menerima takdir dan menuduh mamanya yang menyorok wanita itu bersama dukun salimi. Tetap juga berusaha mencari kedudukan dukun salimi pada tahun isterinya meninggal dunia. Kelam dan hampir2 SH yang dibina terkubur dipertengahan kejayaan memuncak. Tidak mahu difikirkan perjalanan gelap itu. Jika dikira sudah 4 tahun isteri pertamanya meninggal dunia.

"Nanti minta Izz datang bilik saya ya jam 11pagi tepat!" pesan Leia kepada Setiausahanya sofia. Sengaja dia mengambil pembantu Izz dahulu agar Izz sedar kedudukan dia SH. Kini semuanya sudah berubah dahulu sofia sebagai orang bawahannya kini sofia lebih tinggi statusnya dari Izz Faqih. Begitulah manusia memilih dendam berbanding memaafkan. Memilih untuk menjadi tuhan.

"Baik Puan" balas sofia. Makin aneh melihat keluarga mereka ini. Yang ini dinaikkan. Yang itu diturunkan. Keturunan saka lah. Semua perkara2 yang negative.

Telefon berbunyi berkali kali...

Izz hanya menaip tanpa mempedulikan gangguan bunyi telefon yang berdering. Kakitangan yang lain merasakan tidak selesa. Mereka berpandangan sesama sendiri sambil mengankat kening. Mencebik sesama sendiri. Hendak ditegur bekas bos sendiri malah anak Penasihat SH pula. Semua memandang ke arah ketua jabatan meminta agar dia menegur Izz yang membiarkan telefon tidak diangkat. Ketua jabatan bangun dan bergerak menuju ke Izz dengan rasa takut2 . Baru sahaja hendak menegur. Tangan laju Izz menutup power utama telefon tersebut. Dan Izz menyandarkan badan mencari ruang selesa untuk tidur, tetapi mata izz dan ketua jabatan bertentangan.

"Tuan zamir?" Tegur izz.

"Ahaaa!" Terkedu Ketua Jabatan En Zamir.

"Senaman, tua2 ni kita kena rajin En Izz" sambung En Zamir ketua jabatan, berpusing2 seperti sedang senaman menuju ke tempat duduknya muka kelat menahan malu. Sudah 2 tahun Izz berada di jabatannya kerjanya jika tidak makan, pasti bermain game, atau tidur dan aktiviti wajib termenung di hadapan dekstop. Kakitangan lain hanya cuba menahan agar tidak ketawa.

------------------------------------------------

Sofia mula merasa bahang panas dari dirinya. Telefon tidak berangkat. Dari tidak berangkat kepada terus tidak dapat dihubungi. Ketua jabatan hanya menjawab Izz sedang tidur. Dan minta dia untuk turun sendiri dan maklumkan. Atas alasan mereka sedang bermesyuarat. Sofia berjalan laju menuju ke ke lif sudah dari satu kerja menjadi 6 7 kerja. Jam menunjukkan 10.45am tinggal 15min lagi. Sofia perlu menjaga imejnya. Menjadi setiausaha No 1 ini dipandang mereka sekeliling. Sampai di jabatan Izz bekerja. Dia memasukkan kad imbas masuk. Terus menuju ke meja Izz. Melihatnya tidur membuat Sofia memaki dalam hati. Sofia menarik nafas dan mengejutkan Izz.

"En Izz, En Izz" panggil sofia. Tidak berjawab.
"En Izzzzzz, Izz Faqih!" Tinggi suaranya. Tetap Izz mempekakan telinga nya. Sofia mengetuk meja berkali dengan kuat. Izz bangun seolah2 tidur yang tadi teramatlah lena sehingga tidak dengar dia dipanggil.

"Good morning En Izz. Please meet Vice President Puan Leia Khairina on 11am. Tq" sofia menyindir berbunyi tegas memberitahu kepada Izz.

"Ohh 11am? Cant make it, cause u know sofia SH ni nampak ja gah. Tapi nak memerut pun jamban kotor. U tau kan yang i ni OCD, So that time i need to go home lah memerut first then baru jumpa ur boss" ulas Izz. Sambil mengenyitkan mata.

Sofia menjengilkan matanya. Iya! nak dimarah bekas boss sendiri dan anak boss pula. Tapi memang sofia tidak boleh tahan sikap biadap bersama mamat ini. Melihat Izz bangun membawa cawan menuju ke pantry. Sofia cuba menghalangnya menarik lengan Izz dan hendak menyambung bercakap tetapi air kopi Izz tumpah dan terkena pada seluar dan baju Sofia. Cawan dan piring jatuh di atas kakinya. Sakit dia menyebabkan ia menjeritt. Sofia merasakan Todayy is a bad day. Izz melihat hanya mengatakan sorry dan terus berlalu pergi membiarkan cawan dan piringnya itu di atas lantai. Sofia sudah lupa apa yang perlu dilakukan dia terus sibuk menyelesaikan badi yang bari diterimanya itu. Ada beberapa kakitangan lain datang membantu Sofia .

"Im forgot" laju kaki sofia melangkah apabila melihat jam sudah menunjukkan 11.15am. Baru teringat yang dia perlu memberitahu Puan Leia yang Izz tidak boleh hadir jam 11am. Sampai di pintu pejabat sofia terus masuk melulu tanpa mengetuk.
"Puan im sorry late inform, yang En Izz cant make it on 11am. I just ...." dalam sibuk menerangkan ketidakhadiran Izz, tiba keluar seorang lelaki yang berada di satu sudut tepi sambil membawa fail. Yang sedang menuju dan Tersenyum ke arahnya.
"I yang lambat or you. Be a good staff sofia. hujung tahun enjoy maldives" sindir Izz Faqih. Sofia hanya memandangnya. Berani dia. Bermain dengan cara macam ni.

Ya! Izz faqih kini bukan yang dikenalinya seperti 6tahun lalu. Dia kini lebih suka membuat orang sekelilingnya berasa menyampah atas kelakuannya.


Tinta Kecil Kami Bertiga Where stories live. Discover now