Bab 3

91 0 0
                                    

Duduk dirumah yang besar tetapi tidak ada duit untuk makan udang atau apa sahaja selain dari ayam dan ikan sudah cukup membuat hati Puan Ramozan membara. 1 hari pasti akan ada sahaja yang diperintah untuk suraya terus bekerja. Sakit hati melihat anak itu berada dalam rumah. Cukup 20 tahun aku jual bunglow ini kau duduk sahaja di rumah anak yatim mak kau Suraya kata Puan Ramozan memekik kepada suraya. Suraya sudah lali, hanya memandang kosong kepada wanita tua dihadapannya. Kakak tiri Suraya Alisah Aisah sering memujuk agar bersabar dengan kerenah ibunya. Alisah berkata ibunya seorang yang tidak mengenang jasa. Suraya berasa terharu. Ketika nama suraya dipanggil sempat alisah memesan untuk mengasingkan baju putih dan baju warna kerana risau akan bercampur dn menjadi buruk untuk ke kolej. Suraya mengangguk akur.
Hari petang hujan yang turun lebat bagaikan memahami hati Puan Ramozan yang ingin keluar dari kancah kemiskinan. Sudah berbulan tidak bersosial pasti mereka tahu aku sudah tidak berduit rungut dalam hati Puan Ramozan. *Ting!* idea datang dalam kepala, kalau aku kahwin kan Suraya dengan hantaran yang tinggi pasti akan laku, ramai sahaja lelaki tua di luar sana yang dahaga anak dara yang cantik seperti suraya. 5juta ke 3 juta Okay juga ligat kepala Puan ramozan berfikir. SURAYA! SURAYA! Siap ikut aku ke pekan jerit Puan Ramozan. Tersenyum² Puan Ramozan memikirkan idea bernasnya. Dibawa suraya membeli baju kurung yang baru bunga² merah bertanahkan oren sekali pandang macam Mak cik² di pasar siti khadijah yang sedang berniaga dipadankan dengan tudung kelabu dibawa ke salun mencantikkan muka Suraya, memuji2 warga salun mengatakan tidak banyak yang perlu di repair wajah suraya ini kerana cantiknya sudah cukup semulajadi akhir sekali dibawa suraya mengambil gambar. Hati suraya sudah berdebar2. Ingin ditanya pasti dimarahi tapi situasi ini tidak pernah berlaku. Untuk apa? Ada apa? Doa suraya agar dirinya tidak di apa2 kan. Suraya yakin ibu tirinya tidak begitu jahat.

Sementara di Villa Casablanca meriah menyambut kedatangan mempelai, Datuk Riyanna mencebik melihat madunya begitu seronok menerima menantu. Sementara semua sedang sibuk Datuk riyanna menyuruh pembantunya agar meletakkan mentera proses pembuntingan. Tergelak halus Datuk Riyanna kerana berjaya untuk menghalang mereka dari berjaya mendapat perwaris. Melihat ramai wartwan yang mula datang, Datuk Riyanna dan madunya berpura2 manis dan baik di hadapan khalayak ramai. Mereka digelar sebagai vestie vorefever apabila hubungan sebagai madu bagaikan adik beradik yang lahir dari rahim yang sama. Melihat Izz yang berlagak seperti tidak ada apa². Datuk Riyanna mengugut untuk mengahwinkan beliau dengan Sri Raia yang berbadan besar dan sering makan apabila berjumpa. Tambah Sri Raia juga sangat menyukai Izz Faqih. Izz terbeliak mata mendengar ugutan Mamanya, izz tahu kalini mamanya sangat serious. Izz mengatakan siapa sahaja akan izz terima tapi dengan syarat hanya utk menghasilkan perwaris. Datuk riyanna tahu yang izz sudah bersetuju tetapi bagaimana dengan calonnya. Lama Datuk Riyanna mengelamun tiba2 Pemandu menegur dan mengatakan sudah sampai di rumah dukun salimi. Datuk riyanna mengatakan tidak ada pertemuan harini Dukun salimi sangat pantang jika pertemuan tidak dibuat janji. Datuk riyanna turun melihat ada sebuah kereta. Senyap² beliau masuk menunggu di ruang menunggu. Dan mendengar perbualan di antara dukun salimi dan Puan Ramoza. Dia berhasrat mengahwinkan anak tiri dengan usahawan atau datuk yang kaya raya, beliau menjamin bahawa anak tiri beliau adalah wanita yg cantik dan solehah tidak pernah keluar rumah jika diperintah sahaja. Datuk mendengar bergegas meninggalkan rumah dukun salimi kerana merasakan sudah berjumpa apa yg diinginkannya.

Tinta Kecil Kami Bertiga Where stories live. Discover now