Bab 14

34 0 0
                                    

"Puan, harini rasa macam mana?" Ujar nurse. Suraya  memandang kosong kepada nurse. Sudah 2 hari berada di hospital oleh kerana dia mempunyai beberapa masalah jadi masih perlu ditahan di wad. Suraya tahu bahawa Datuk Riyanna dan Izz sedang marah kepada dia. Pasti mereka berasa tertipu. Suraya sendiri tidak pasti dimana silap tentang jantina anak. Runsing memikirkan. Suraya berasa lesu. Badanya sakit2. Uratnya terasa sangat lenguh. Kak cuk beritahu bahawa dia tidak perlu mengurut lagi. Kerana baru bersalin.

"Puan, cuba menyusukan anak" sekali lagi ditegur nurse. Ramah sekali. Suraya memandang anak yang sudah dilahirkan. Diam berada dalam pangkuan. Pipinya merah, badan yang masih lembik jelas anaknya kelihatan sihat . Suraya tersenyum. Dan mencium bayinya itu. Dipeluk erat. Senyum belum mampu menjengah ke bibir. Kerana Belum setitik pun air susu dapat diberikan. Suraya berasa amat tertekan. Dengan keadaan yang tidak tahu apa yang akan terjadi seterusnya.

"Uwek uwekk" bayi mula menangis. Nurse mengambil dari pangkuan suraya. Suraya memandang lesu.

"Ibu kena kuat, usaha lebih sedikit ya, takapa kami beri susu hospital dulu. Yang penting ibu jangan stress2" kata doktor kepada suraya.

................................

"Macam mana budak tu, dah boleh keluar hospital?" Tanya Datuk Riyanna dalam telefon.

"Belum Puan mungkin Lama sikit" jawab kak cuk.

"Kak cuk, saya just nak remind sedikit. Kak cuk jangan nak cuba2 hidden atau buat plan yang saya tak boleh nak hidu" ujar Datuk. Kelu lidah kak cuk memikirkan. Kak cuk pejam mata dan cuba kelihatan seperti biasa. 

"Kenapa Datuk ada apa apa ke?, kak cuk minta ampon dan maap na" jawab kak cuk.

Melihat keadaan suraya sudah beransur pulih. Kak cuk perlu memikirkan sesuatu kerana kini suraya dan anaknya perlu melarikan diri bukan hanya suraya. Kak cuk sendiri terkejut selepas mengetahui bahawa Suray melahirkan perempuan. Dia percaya tidak ada penipuan dari mulut suraya. Langgar pantang ke? Fikir kak cuk. Mana mungkin semua hanya kerana pantang. Bersalin pun sudah bermakna ilmu hitam yang cuba dilakukan mungkin kurang berhasil memandangkan mentera yang dibaca selama ini adalah khas untuk bayi lelaki. Kak cuk berjalan menuju ke kaunter wad bersalin. Kak cuk mendengar perbualan mereka.

"Budak muda yang bersalin tu, asyiklah termenung pandang luar tingkap. Macam nak diterjun" ujar jururawat satu.

"Dia punya suami ke sapa tah lelaki yang bawa dia tu tak datang2 sampai ke harini" kata seorang lagi jururawat dua.

"Taknak girl gais. Nak boy, berdrama weh" sambung jururawat satu.

"Meroyan dah tu, laki pun tak pandang, kesian muda sangat terpedaya kata kata lelaki, ni esok anak jadi mangsa" kata seorang lagi kakitangan wad bersalin.

Kak cuk hanya mendengar, maka cerita tentang suraya sudah tersebar dimana2 bilik. Kak cuk tekan loceng di kaunter berkali kali. Nurse2 semua menjadi marah kena kak cuk membuat bising boleh menyebabkan bayi2 terbangun dan menangis. Kak cuk terus tekan lagi dan lagi sehingga dihalang oleh seorang doktor. Bayi2 kedengaran mula menangis. Jururawat2 yang bertugas mendengus dan mula beredar dari kaunter untuk menguruskan bayi yang sedang menangis.

"Saya maid kepada patient Suraya, bila dia boleh discharged?" Tanya kasar kak cuk.

"Kena keluarkan susu baru boleh discharged" ujar nurse

"Kami nak ke private di Melaka, settlekan dokumen" tambah kak cuk

"Haaa baik2 nanti saya Qa dengan doktor ya" balas nurse. Muka juga agak kelat tetapi masih tersenyum cuba memaniskan suasana.

"Now, btw husband majikan saya dag tunggu di melaka, u guys buat kerja pun lambat, gomen ya" tempelak Kak cuk.

Nurse hanya tersenyum pahit. Aihh sindir2 pula mak cik ni. Geram nurse menahan lidah. Kalau tak mengenangkan dunia harini viral merata, saman merata pasti sudah di bahasakannya cukup2.

Selesai perang nya bersama nurse di kaunter kak cuk menelefon atam yang berada di rumah untuk bersedia kerana sedang dalam proses untuk discharged. Mungkin akan selesai pada jam 6pm lebih kurang. Atam memberitahu bahawa sudah 2 hari Izz tidak pulang ke rumah. Keretanya masih ada di parkir Hospital. Pasti ada apa apa dengan mamanya pada malam bersalin itu. Kak cuk sudah menelefon Izz tidak berangkat malah menghantar pesana bertanyakan khabar juga tidak dibalas. Kak cuk masuk ke wad Suraya. Suraya hanya termenung sendiri. Makanan yang ditinggalkan pun tidak berusik. Bagaimana ingin dilepaskan sendirian jika emosi suraya tidak dalam keadaan yang baik. Kak cuk terus mengambil beg menyimpan barangan2 suraya. Sedang asyik menyimpan tiba2 pintu bilik di buka. Terkejut kak cuk risau jika itu adalah Izz atau Mama Izz. Masuk seorang lelaki membawa sampul surat bersaiz A4 .

"Puan Suraya Balqis" soal lelaki itu.

"Ya saya" suraya menjawab. Kak cuk berdiri di tepi katil suraya dan melihat lelaki itu.

"Saya azman dari tetuan Azman &
Ascosiates penasihat Berkenaan urusan perkahwinan dan penceraian juga Penasihat bagi Sheikh Holding. Baiklah, Ini adalah surat dari Tuan Sheikh Izz Faqih suami Puan, telah memfailkan cerai talak 1 terhadap Puan, dia memaklumkan yang Puan Suraya ada meminta untuk dilepaskan selepas bersalin pada tarikh 1.5.2014 jam 3petang lebih kurang di rumah kelamin Puan Suraya bersama Tuan Izz " ujar Azman selaku peguam keluarga Sheikh Holding. Suraya melihat surat yang diletakkan di hadapannya, maka terbuktilah kata kata manisnya itu adalah palsu semata mata. Kerana anak yang dilahirkan ini adalah perempuan dibuang suraya sepenuhnya dari hidupnya. Ingin bertanya khabar selepas 2 hari bersalin pun tidak ada. Pandangan terakhir yang kelihatan teramatlah risau hanya semata mata kerana anak yg disangka lelaki. Bukti Kuasa Allah anak ini perempuan dan BENAR2  mereka membuktikan bahawa mereka adalah sejahat jahat UMMAT manusia selain dari arwah ibu tirinya Ramozan. Suraya tidak dapat menahan hiba, suraya menangis. Ya ini yang dia minta. Suraya sign menandatangani surat penceraian itu. Malah suraya tidak layak mendapat satu sen dari Sheikh Izz Faqih alasan dia yang pinta penceraian itu.

Selesai Suraya sign. Azman menyambung dengan mengeluarkan surat yang ke 2.
"Ini borang tutup mulut dari sebarang statement sehingga mati" ujar azman.

Selesai suraya menanda tangan yang ke 2. Azman membawa keluar surat ke 2. Kak cuk sudah tidak dapat menahan lagi. Apalagi lah keluarga ini inginkan.

"Ini adalah borang custody penyerahan sepenuhnya kepada Tuan Sheikh Izz Faqih" ujar azman. Masih berdiri memegang pen di hadapan suraya. Suraya marah, dan mengambil surat custody dan koyang sehingga menjadi berkeping2 dan mencampak semula ke muka Azman. Peguam yang konon hebat bersuit. Neraka lah engkau melakukan kerja kotor ini.

Azman membersihkan mukanya dan membetulkan suit yang dipakai sambil tersenyum dengan mengatakan "Saya akan datang semula pada hari esok" kata azman dan terus berlalu keluar bersama surat bersaiz A4 itu. Hilang sahaja azman dari pandangan mata mereka. Kak cuk cepat2 menyedarkan Suraya. Mereka perlu bertindak dengan cepat, masa sekarang tidak sesuai untuk menangis kata kak cuk. Bagus tindakan suraya untuk mengoyakkan kertas custody itu.

"Binatang pun sygkan anak lah lagi ini manusia" kata kak cuk marah.

Suraya bingkas bangun, seolah olah ada satu kekuatan dalam dirinya untuk menjaga anaknya sendiri. Ya dia sudah tidak sabar mengakhiri derita ini. Sakit ini. Nurse masuk menghantar bayi kepada suraya yang berada di atas kerusi roda, atam sudah membawa barang2 suraya turun dan dimasukkan ke dalam kereta. Kak cuk menolak suraya dengan laju. Menunggu lif untuk terbuka ketika turun kak cuk cepat2 membawa ke kereta atam saga Flx yang mereka beli pada minggu lepas. Terkejut kak cuk melihat Azman dan Datuk Riyanna ada di lobby hospital.

"KAK CUK!" jerit Datuk
Berlari kak cuk dan Azman mengejar mereka.

Kak cuk terus meminta atam pergi nembawa suraya dan meninggalkan dia bersendirian di situ. Suraya menggeleng tidak mahu kak cuk ditinggal sendirian. Atam tiada pilihan pintu di kunci dan terus meninggalkan kak cuk. Dilihat kak cuk sudah dipegang oleh Datuk Riyanna. Suraya menjerit jerit meminta atam berhenti, suraya tidak sanggup jika kak cuk di apa2 kan oleh mereka. Anak suraya menangis mungkin kerana terkejut mendengar suara suraya yang kuat dan kereta yang sedang bergerak laju. Atam laju memecut menyusuri jalan, kak cuk memesan agar mengikut laluan kampung dan pergi ke johor terlebih dahulu. Suraya memujuk anaknya yang sedang menangis. Atam kelu dan masih terkejut dengan keadaan tadi. Jam di kereta menunjukkan sudah 7.15pm sepatutnya mereka boleh bergerak lebih awal jika tidak ditahan oleh peguam yang meminta suraya menandatangani surat penceraian.
Sedang atam cuba mencari jalan tiba kereta mereka dilanggar dari belakang  alangkah terkejutnya azman dan 2 orang lelaki mengikuti mereka dari belakang. Suraya memeluk erat anaknya. Berdoa agar diselamatkan dan berdoa ini semua adalah mimpi semata mata....

.......................

Tinta Kecil Kami Bertiga Where stories live. Discover now