CHAPTER 1

288 19 0
                                    

Kringg...

     Jam loceng menunjukkan jam 6 pagi. Afia yang terdengar akan loceng jam terus mematikannya dan mengemaskan katilnya langsung mengambil tuala untuk mandi dan solat Subuh. Usai solat, dia menyiapkan diri dengan mengenakan blouse hijau tua, skirt labuh dan shawl berwarna hitam. Setelah selesai beg tangan yang berada di atas meja digalas langsung memulaskan tombol pintu dan sedikit terkejut apabila figura ibunya berdiri di hadapan biliknya.

"Ha...ibu baru nak kejutkan kamu, ingatkan belum bangun lagi." tegur Puan Salina, ibu Afia.

Afia hanya menayang sengih hingga menampakkan giginya.

"Dah cepat turun, ayah kamu dah tunggu nak sarapan sama-sama."

"Ok ma!" jawab Afia sedikit jerit apabila ibunya meniti anak tangga hendak ke ruang tamu. Dia langsung membuntuti langkah ibunya.

"Morning pa." ucap Afia apabila melihat ayahnya yang duduk di kerusi meja makan.

"Morning." balas ayahnya, Encik Khairul. Lalu Afia duduk di tepi ayahnya dan berhadapan ibunya.

"Tea or coffea?" soal Puan Salina yang hendak menuangkan air kepada suami dan anaknya.


"Tea." ujar mereka serentak.

"Afia, bila kamu nak ada kerja? Asyik terperap je dalam rumah." ujar Encik Khairul.

Tersedak Afia dari minumnya terus mengambil beberapa helai tisu untuk mengelap mulutnya yang comot.

"Eleh, aku duduk rumah tolong juga kemaskan rumah ni." gumam Afia perlahan.

"Apa?!" soal Encik Khairul yang terdengar akan sipi-sipi ayat yang dikatakan Afia.

"Tak ada apa-apa. Pasal kerja, Fia dah cari dah tapi tak ada rezeki lagi. Tapi, sekejap lagi Fia ada interview kat syarikat apa tah." ujar Afia sambil mengetuk kepalanya perlahan tanda berfikir.

"Ha...R.F.Q. Holding. Syarikat tu dah famous satu dunia dah pa." ujar Afia.

"Tulah, papa suruh kamu kerja satu syarikat dengan papa kau taknak. Kamu kata apa? , nanti susahlah, tak boleh fokus lah, jauh lah, nanti staf papa mengumpat kamulah." bebel Encik Khairul.

"Alaa...papa ni, Fiat nak belajar berdikari. Asyik nak harapkan orang je. Tapi, kalau Fia betul-betul tak ada kerja nanti Fia kerja dekat syarikat papa." kata Afia sambil menayang wajah cemberut.

"Dah-dah, makan cepat kata nak pergi interview." kata Puan Salina setelah mereka rancak berbual.

Usai makan, Afia menilik sekilas jam dinding yang menunjukkan pukul 7.30 pagi.

"Alamak...aku nak kena interview pukul 8.00, sempat tak agaknya." kata Afia bermonolog sendiri.

 Afia terus berlari mendapatkan mama dan papanya lalu menghulurkan tangan untuk menyalam.

"Ma Pa, Fia dah nak pergi dah ni. Doakan Fia dapat kerja ni tau." ujarnya.

"Hmm...baik-baik. Kamu pergi sana naik apa?" soal Puan Salina risau.

"Naik motorlah, takut jem pulak nanti." kata Fia.

Puan Salina hanya mengangguk.

"Bye, Assalamualaikum!" pamit Afia lalu berlari ke pintu utama dan menyarung kasut sport Nike berwarna putih.

"Waalaikumsalam." jawab Puan Salina dan Encik Khairul serentak.

    

    

    

Mr.Mafia With Mrs.MafiaWhere stories live. Discover now