⚠️ PENGGUNAAN BAHASA KESAT⚠️
Pantulan di cermin ditatap kosong. Bertuxedo dan dikenakan dengan tali leher biru pekat. Ketukan di pintu membuatnya berpaling. Dia melangkah ke katil lalu menghempaskan dirinya. Apa yang bala ni mahu lagi?
"Cepatlah Raf! Diaorang sudah tunggu kita dekat office." paksa Farran sambil berpeluk tubuh melihat Rafael berbaring di atas katil penuh lena."Malas. Kau faham tak maksud malas? M. A. L. A. S." kata Rafael sekali dieja perkataan 'malas' satu persatu.
"Kau sebenarnya tak mahu berjumpa dengan 'dia', kan?"
Rafael hanya mendiamkan diri. Faham siapa yang Farran katakan. Sungguh dia tidak mahu berjumpa dengan perempuan gedik dan berhati busuk itu. Lebih tepat sekali, adik tirinyanya. Selepas sahaja ibunya meninggal ketika melahirkan Zafuan dan Zaquan, ayahnya terus berkahwin dengan perempuan lain, iaitu duda anak satu. Katanya mahu ramaikan keturunan.
Malangnya, perempuan itu seorang kaki kikis dan kaki lelaki. Sering ke kelab malam untuk menjual diri dan meninggal dunia akibat menghidap penyakit HIV. Ayahnya pula, meninggal kerana kemalangan yang disebabkan oleh rancangan adik tirinya untuk merampas segala harta ayah tirinya.
"Tolonglah Raf... Sudah berapa kali kau tak hadir majlis penting macam ni. Aku dah penat nak jawab semua soalan daripada wartawan. Kau nak ke wartawan-wartawan tu mengata buruk tentang kita lagi?" soal Farran lagi. Sungguh, menjadi seorang yang terkenal adalah menyiksakan.
M
Berpusu-pusu wartawan berlari ke arah kereta jenis Lamborghini V12 Vision Gran Turismo setelah sekian lama menunggu kedatangan pemilik syarikat itu. Kereta itu berhenti di hadapan pintu masuk hotel.Pintu pemandu dan penumpang terbuka serentak. Namun, Farran terlebih dahulu keluar dari perut kereta seraya melangkah di bahagian penumpang.
Wartawan-wartawan di situ berebut-rebut ingin menangkap gambar apabila seorang lagi jejaka tampan bersama cermin mata hitamnya keluar dari perut kereta. Tiada sebarang ucapan yang keluar dari mulut bahkan tiada segaris senyuman yang terukir di bibir lelaki tampan itu.
Farran membuka laluan tatkala wartawan-wartawan menghalang laluan mereka. Inilah pekerjaan Farran yang kedua, iaitu Personal Assistant kepada Rafael.
"Welcome ladies and gentlemen, thank you for coming to R.Q.F Holding's Fortieth Anniversary Celebration and New Employee Induction Celebration. However, this event was not only celebrated by us but several other companies from abroad also attended this event. We are the hosts for tonight's ceremony. I'm Zaquan and my twin brother, Zafuan." ucap Zaquan bersungguh-sungguh setelah Rafael mula melangkah masuk ke dalam dewan hotel. Zafuan melemparkan senyuman manis. Senyuman yang mampu mencairkan hati wanita. Lantas pekerja-pekerja yang mendengarnya menepuk tangan.
YOU ARE READING
Mr.Mafia With Mrs.Mafia
RomanceTENGKU RAFAEL ADIEL, merupakan ketua kumpulan mafia yang paling digeruni dalam dunia mafia. Dengar sahaja kumpulan 'Black Phoenix', kecut perut yang lain mendengarnya. Perwatakan seorang yang dingin, cool, dan sentiasa dengan muka bekunya tetapi dia...