CHAPTER 4

214 14 0
                                    

   Setibanya di mation utama, kereta jenis Lamborghini berwarna hitam diparkir. Afia dan Afham keluar dari perut kereta. (Kalau korang nak tahu, setiap mation akan disediakan setiap kemudahan seperti kereta, motosikal dan senjata. Jadi, disebabkan kaki Si Afham tu cedera, dia tak boleh naik motor. Okay? Dah faham? Back to the story.)

Mereka mula melangkah ke arah pintu utama. Di keliling mation, telah dijaga ketat oleh beberapa pengawal.

"Uish, bos! Besarnya mation ni! Ramai pulak tu yang jaga. Bukannya mation ni nak kena rompak pun."

"Mulut kau tu, kalau tak ada benda baik yang nak cakap, baik tutup jelah mulut kau tu!" arah Afia. Geram. Nak sahaja dia jahit mulut Si Afham ni.

Afham tersengih. Langkah mereka terhenti apabila tiba di pintu utama. Afia mengeluarkan sekeping kad kecil lalu diimbas. Setelah beberapa minit, pintu terbuka secara automatik. Mereka kembali membuka langkah dan mula memasuki ruang utama.

Terbeliak biji mata Afham tatkala melihat sebuah meja berbentuk bulat yang hampir memenuhi seluruh ruang utama.

"Tak payah nak terbeliak sangat. Dah, pergi sana. Dr. Kay dah tunggu kat dalam bilik sana." arah Afia seraya menunding ke arah bilik yang pintunya sedikit terbuka.

"Tapi, doktor tu perempuan. Kau! Jangan nak menggatal. Kalau aku dapat tahu, aku siat-siat kulit kau. Faham tak?" ujarnya lagi. Sunyi. Soalannya tidak dijawab. Hairan. Dia langsung memalingkan kepala ke belakang.

"Eh, mana budak ni?" gumamnya.

Klack!

Pintu bilik ditutup. Afia menggeleng-geleng kepalanya.

"Dasar anak buat gelojoh! Memang aku tak mengaku kau anak buah aku Afham! Hoi, buka pintu ni, hoi! Kau jangan buat bukan-bukan!" jerit Afia yang diselangi dengan ketukan pintu. Laju sahaja bila dengar perkataan 'perempuan'.

"Ehem! Fox? Apa yang kecoh sangat tu?" soal seorang lelaki tua sambil menuruni anak tangga. Teguran lelaki tadi membuatkan Afia sedikit tersentak dan berpaling.

Afia membongkokkan sedikit badannya tanda hormat. "King. Maaf ganggu kau. Aku datang sini sebab nak beritahu, mation aku tadi kena serang. Aku nak anak buah kau tolong bersihkan mayat dekat sana. Dan lagi satu, King, tadi aku ada bawa anak buah aku. Dia cedera agak teruk tapi tak lah teruk sangat, jadi aku bawa dia ke sini dan Dr. Kay sedang rawat dia. Yang lain ada yang cedera tapi cedera ringan je." kata Afia.

Lelaki yang bernama 'King' tadi mengangguk. "Tak apa. Sekejap lagi aku suruh diaorang bersihkan. Anything else?" tanya nya lagi.

"Yes, ada. Kau ada hantar anak buah kau untuk tolong aku ke?" soal Afia ingin tahu.

King sedikit tersentak dengan soalan Afia. Namun, dia hanya beriak biasa.

"Tiada" jawab King sepatah.

Berkerut dahi Afia memandang King. Pelik. Seram pun ada. Tak akan dia lihat jembalang tadi. Kalau jembalang, canggih betul jembalang zaman sekarang. Siap pegang sniper lagi. Atau aku penat sangat? Tapi aku belum buat kerja berat. Ah, persetankan semua benda ni! Lantaklah tadi tu jembalang mahupun orang. Malas hendak serabutkan otak.

"Tak apalah, King. Lain kali aku datang lagi. Aku ada hal lain yang nak diuruskan." pamitnya.

King mengangguk. "Sebagai ganti penat lelah kau jaga mation, nanti aku kasi habuan untuk kau."

"Aku tak nak habuan duit, tapi aku nak senjata baru. Boleh?" tanya Afia

"Boleh. Nanti aku hantar dekat mation kau as soon as possible." katanya sambil menunjukkan gaya thumbs up.

Afi tersenyum puas seraya menundukkan sedikit badan sebelum melangkah keluar. Tiba-tiba langkahnya terhenti seketika. Ligat memikirkan sesuatu. Ha! Afham! Ah, lantak dia lah. Pandai-pandai lah nanti dia balik sendiri. Afia kembali membuka langkah sehingga ke arah keretanya. Pintu dibuka, enjin dihidupkan, terus pacuan empat roda tadi meluncur laju membelah jalan.

Setelah kelibat Afia menghilang, King melepaskan keluhan berat. Kerusi di depan mata dijadikan tempat punggungnya berlabuh. Dia mengeluarkan sekeping gambar polaroid dari kocek bajunya. Dia memandang sayu. Terlihat tiga orang memegang setiap sehelai bendera berbentuk bunga rose, bulan sabit dan burung phoenix.

"Aku janji, aku akan tunaikan janji kita. Aku janji aku rapatkan dan satukan balik ketiga-tiga mation ni. Aku dah tak ada cara lain, selain dengan cara ni." ujarnya sayu sambil membelek-belek gambar itu yang hampir terkoyak dia antara dua orang lelaki yang sedang memegang setiap sehelai bendera bulan sabit dan burung phoenix dengan seorang perempuan memegang sehelai bendera berbentuk bunga rose.

Suasa sunyi dipecahkan oleh bunyi deringan telefon pintar miliknya. Air mata yang sedikit mengalir dilap sebelum menjawab panggilan.

"Hello, King. Maaf ganggu waktu kau." sapa seorang lelaki di corong telefon.

"Ha. Kenapa kau telefon aku? Ada masalah ke?" soal King.

"Tak ada. Aku cuma nak bagitahu, mision yang kau bagi dah settle. Tapi aku tak dapat datang kat mation kau, aku ada banyak kerja dekat office yang masih tertangguh."

"Tak apalah. Yang penting mision tu dah settle. Tapi kau jangan risau habuan tetap dapat." katanya sambil tersenyum.

"Terima kasih, King. Lain kali aku datang." ucapnya. Panggilan ditamatkan. Gambar yang terletak di atas meja direnung lama sebelum gambar itu dilipat lalu dimasukkan ke dalam kocek bajunya semula. Kerusi yang diduduk tadi ditolak kemas. Terus, dia meniti anak tangga untuk ke tingkat atas. Al maklumlah umur dah meningkat, banyak-banyakkan lah berehat.







ꜱᴏʀʀʏ ᴛᴀᴜ ᴋᴏʀᴀɴɢ ᴋᴀʟᴀᴜ ꜱᴀʏᴀ ʟᴀᴍʙᴀᴛ ᴜᴘᴅᴀᴛᴇ. ꜱɪᴀᴘᴀ ʏᴀɴɢ ᴍᴀꜱɪʜ ᴛᴜɴɢɢᴜ ᴄʜᴀᴘᴛᴇʀ ᴅᴀʀɪ ꜱᴀʏᴀ, ꜱᴀʏᴀ ɴᴀᴋ ᴜᴄᴀᴘᴋᴀɴ ᴛᴇʀɪᴍᴀ ᴋᴀꜱɪʜ ᴋᴇʀᴀɴᴀ ᴍᴀꜱɪʜ ꜱᴜᴘᴘᴏʀᴛ ꜱᴀʏᴀ. ᴀɴᴅ...ᴛᴜɴɢɢᴜ ɴᴇxᴛ ᴄʜᴀᴘᴛᴇʀ, ᴏᴋᴀʏ?*(nah bunga🌹)*

Mr.Mafia With Mrs.MafiaWhere stories live. Discover now