CHAPTER 9

205 12 0
                                    

     Tiga botol susu coklat yang berada di dalam beg plastik dikeluarkan. Dua botol darinya dimasukkan ke dalam peti sejuk. Satu buah muk diletak di atas meja lalu susu coklat dituang ke dalam muk tersebut. Muk tadi dibawa bersama ke dalam bilik.

Dia melabuhkan punggung di atas katil. Muk diletak di atas meja kecil bersebelahan dengan katil. Komputer riba yang tersedia ada di atas katil di bawa ke atas riba lalu komputer itu dihidupkan. Dia memasuki seruang website lalu menekan-nekan papan kekunci dengan pantas. Cahaya hijau dan hitam yang memenuhi paparan skrin komputer riba dibiarkan. Serupa sudah terbiasa memandang cahaya sebegitu.

Setelah sekian lama, dia berhenti dari menekan papan kekunci. Jari-jemari di renggangkan. Lenguh. Langsung dia tersenyum kecil memandang skrin yang terpapar info seorang gadis.

"You already made me crazy of you, Nur Afia Erina." ujarnya perlahan. Senyuman tidak lekang dibibir. Dibaca setiap bait info tentang gadis itu. Sedang ralit membaca, otaknya mencerna sesuatu. Telefon bimbit dikeluarkan dari kocek seluarnya. Mendail nombor seseorang lalu telefonnya dilekap di telinga. Menunggu panggilannya dijawab.

"Qalif. Malam ni, bawa semua resume tu. Jangan tercicir maklumat seorang pun." arahnya.

"Er..tapi..kalau lambat sikit boleh?" tanya Qalif takut-takut di corong telefon.

"Tak boleh. Aku nak malam ni juga. Kau dah siapkan semua kan?"

"Dah..tapi..kalau aku bagitahu kau, kau jangan marah aku eh." air liur ditelan kesat. Agak-agaknya apa reaksi Si Raf jika dia dapat tahu kertas tu semua terkoyak? Nak bagitahu ke tak nak?

"Hmm.." jawab Raf.

"Sebenarnya..s-semua kertas tu...dah terkoyak. Tapi bukan salah aku. Salah dua bala kau tu dengan Si Aiden." awal-awal dia sudah mengaku siapa dalang yang sebenar. Karang kalau dia ingat aku yang buat, tidak ke dia hempuk aku.

"Apa?! Kau buat balik sekarang juga! Aku nak malam ni, semua settle! Kalau tak ada...dengan kau-kau sekali aku tembak." bentak Raf. Memang nak kena tiga ekor tu.

Jeritan Rafael tadi membuatkan Qalif menjauhkan sedikit telefon bimbitnya daripada telinga. Boleh pekak wo!

Dia mengeluh. Langsung telefon dimatikan. Komputer riba diletak bersebelah dengannya. Susu coklat di atas meja di teguk sekilas sebelum dia merebahkan diri di atas katil. Boleh naik gila kalau macam ni hari-hari. Lama-kelamaan matanya terlelap.

    Bunyi notifikasi mengganggu lena tidurnya. Telefon bimbit yang berada di sebelahnya diambil lalu menilik sekilas jam yang terpapar di skrin telefon bimbitnya. 10 p.m.

"What?! Dah pukul sepuluh?!" lekas dia duduk dari pembaringan. Terpapar sepuluh missed call. Mesej daripada Farran dibuka.

Farran ‐

-Woi! Kau dekat mana? Kata nak jumpa.-

-Raf!-

-Jawablah call aku!-

-Cepatlah Raf, sekarang dah pukul berapa dah ni.-

-Aku terlajak tidur.-

-OTW.-

Telefon dimasukkan ke dalam poket seluar. Dia bingkas bangun seraya menuruni anak tangga laju. Kunci Kereta Bugatti Chiron Super Sport 300+ yang tergantung di dinding digapai. Pintu rumah dikunci sebelum dia memasuki perut kereta lalu meluncur laju membahagi jalan.

Mr.Mafia With Mrs.MafiaWhere stories live. Discover now