CHAPTER 6

241 13 0
                                        

   "Wahai Cik Adelia Malika yang cantik lagi berseri, kau nak bawa aku pergi mana? Aku dah penat ni." Adelia menarik tangan Afia apabila langkah Afia semakin perlahan. Ingatkan nak rehat dekat rumah, tiba-tiba makcik ni telefon ajak keluar.

"Alah, kau ni. Dah lama kita tak lepak sama-sama. Semenjak kau dapat misi dekat overseas, aku sunyi tau." bibir dimuncungkan ke hadapan. Nak merajuk lah!

Adelia Malika. Kawan kepada Afia dan juga seorang ahli dalam kumpulan Black Roses. Seorang yang handal berlawan dengan tangan kosong mahupun senjata. Mereka telah bersahabat semenjak mereka disatukan di dalam kumpulan Black Roses ketika berusia lapan tahun.

"Baiklah Cik Adelia. Kau nak bawa aku pergi mana?" tanya Afia lembut buat kali kedua. Layankan aje lah. Karang ada pula yang merajuk. Nasib baik kawan. Kalau tak, lantak kau lah.

"Kita pergi makan dulu nak? Aku lapar ni. Secret Recipe. This is my decision. No excuse. Let's go." cepat-cepat dia menarik lengan Afia supaya mengikut langkahnya masuk ke dalam Secret Recipe.

"Sabar lah sikit. Laju-laju nak pergi mana? Kedai ni bukan boleh lari pun." gelojoh benar. Kerusi ditarik lalu mereka melabuhkan punggung. Afia menghela nafas perlahan. Beg tangan diletakkan di kerusi sebelah. Dapat lah juga duduk.

Pelayan menapak ke meja mereka. Buku menu yang telah tersedia di atas meja dibuka. Setelah dia selesai memilih makanan, buku tadi turut disua kepada Adelia. Giliran Adelia pula memilih makanan.

Setelah selesai, Adelia berdehem perlahan sebelum berkata. "Kau macam mana? Okay tak?" tanya Adelia sambil memandang muka Afia yang asyik termenung dari tadi.

"Macam mana apa?" berkerut dahi Afia. Cakap tu bagi habis boleh tak? Ingat ni teka-teki ke apa? Bukannya aku boleh baca fikiran kau.

"Your mision. It's that okay? Aku tengok kau dari tadi asyik termenung aje. Kalau boleh dengan meja ni sekali kau nak pandang sampai tembus."

"Okay je. Cuma..tulah. Kadang-kadang penat sikit. Tadi pun baru lepas balik dari mation utama sebab mation aku kena serang. Tapi kan, sekarang aku masih tertanya-tanya," Afia jeda sebentar. Nafas diambil sebelum dia sambung berbicara.

"Orang yang ceroboh mation aku tu musuh anak buah aku. Adli. Kau kenal?" Adelia mengangguk. Dia dah hafal semua nama anak buah Afia. Termasuk anak buah rakan lainnya juga.

"Lepastu diaorang ada kata culik? Thailand? Aku tak faham lah." Afia merengus geram. Dia bukan mahu masuk campur hal sesiapa. Tapi, sebagai seorang bos, dia perlu tahu semua perkara dan masalah tentang anak buahnya. Lagi-lagi menyebabkan nyawa. Dia tidak mahu anak buahnya hilang fokus ketika menjalankan misi hanya disebabkan masalah yang mengganggu fikiran mereka.

Adelia memikir sesuatu. Tiba-tiba dia memetik jari di depan muka Afia. "Kau ingat tak pasal pasal lima tahun lepas? Kan ada masuk berita pasal ada beberapa kanak-kanak yang jadi mangsa pemerdagangan kanak-kanak sepuluh tahun lepas dekat Thailand. Mungkin dia salah seorang yang terlepas? Tapi kau tak pelik ke? Kenapa lepas lima tahun baru kes tu masuk berita? Lepastu kes tu tertangguh macam tu je." terang Adelia. Mungkin ada kena mengena.

Afia menggeleng kepala. "Tak ingat pula. Yang otak kau ni berfungsi sangat apahal? Kes lima tahun lepas kot. Aku yang nak ingat perkara beberapa hari yang lepas pun aku lupa."

"Well..aku yang handle kes tu. Hebat tak? Umur dua belas tahun dah jalankan misi macam tu." Adelia senyum berlagak. Tak hairan lah kalau mereka ni memang antara organisasi mafia yang hebat. Budak lain yang seumur dengannya ketika berusia dua belas tahun sudah belajar memasak, mereka pula sudah belajar berlawan dan menggunakan senjata api.

Mr.Mafia With Mrs.MafiaCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang