⚠️PENGGUNAAN BAHAS KESAT⚠️
⚠️TRIGGER WARNING⚠️
⚠️KEKEJAMAN⚠️"Susu, susu pekat, tepung, serbuk koko." kata Afia perlahan beberapa kali sambil kaki melangkah ke rak bahagian tepung.
Aduh, banyak betul jenama tepung. Mana satu ni? Mak aku tak ada pula bagitahu jenama yang mana satu. Nak tanya Si Makcik Adelia? Hilang entah ke mana. Alah, ambil jelah mana-mana. Sama aje. Satu paket tepung yang paling dekat diambil lalu dimasukkan ke dalam bakul. Satu barang dah siap.
Kemudian, kakinya melangkah ke rak sebelah. "Serbuk koko..mana serbuk koko?" mata melilau mencari serbuk koko di deretan rak. Matanya tertangkap di deretan rak yang kosong. "Aduh, habis pulak. Masa aku nak beli kau habis, cuba waktu aku tak nak beli, bukan main banyak ada dekat sini." ujar Afia geram. Serbuk koko juga yang disalahkan.
Bakul di tangan diperbetulkan sebelum Afia pergi ke bahagian susu. Dua tin susu pekat diambil. Kakinya pula menganjak sedikit ke tepi. Afia melihat silih ganti sebotol susu di dalam peti sejuk dengan sebotol susu di bahagian rak. Nak ambil susu yang sejuk ke biasa? Tapi yang sejuk mahal pula. Apa yang bezanya? Haih..ambil yang murah aje lah. Nanti baki duit ada lebih sikit. Hehe.
Baru Afia ingin mengambil susu coklat Farm Fresh, ada tangan lain terlebih dahulu menyambar susu coklat itu. Afia memandang geram siapa gerangan yang mengambil susu coklat yang hampir menjadi miliknya. Apahal mamat ni? Eh? Macam kenal aje. Dia bukan ke...
"Apa? Tahu lah aku ni handsome tak payah lah tengok aku serupa nak makan." ujarnya sambil membetulkan rambut yang sedikit serabai.
Ek eleh mamat ni. Kerek betul. Afia memusingkan badannya betul-betul menghadap lelaki itu. Kepala sedikit terdongak memandang lelaki dihadapannya. "Sorry sikit. Aku tak hamak pun nak tengok muka kau yang tak handsome ni. Bapak aku lagi handsome lah. Aku cuma nak balik susu tu." bidas Afia sambil tangan bercekak pinggang. Perasan betul.
Cermin mata dilurutkan sedikit ke bawah. Terserlah matanya yang berwarna hijau cair. "Tak boleh. Aku yang ambil dulu. Siapa cepat, dia dapat." kepala digeleng-geleng. Botol susu ditangan dipeluk erat.
Ouh, patutlah macam kenal. Mamat ni yang langgar aku lepastu tak reti nak minta maaf. "Excuse me. Aku yang nampak dulu susu tu. Bagi balik." Afia menadah satu tangan di hadapan lelaki itu.
"Jadi?" wajah tak bersalah ditayang.
Eii..geram aje aku tengok mamat ni. Nafas ditarik dalam untuk mengambil kesabaran. Sabar Afia, sabar. "Boleh. Bagi. Balik?" suara ditahan daripada meninggi.
Lelaki itu tersenyum sinis. Dia melihat Afia atas bawah. Cukup pendek. "Fine. Ambil lah balik." botol susu disua ke Afia, namun cepat-cepat dia meletakkan botol susu itu di atas rak yang paling tinggi. Haha. Padan muka! Nak sangat kan? Kaki melangkah pergi meninggalkan Afia yang masih terpinga-pinga.
"Woi!" jerit Afia memanggil lelaki tadi. Wah, wah..dia buat tak tahu aje aku panggil dia. Dia memandang susu botol di atas rak. Tingginya. Kenapa lah buat rak yang tinggi-tinggi. Kesian orang yang pendek macam aku ni nak ambil.
Afia menjengket kakinya cuba untuk mengambil susu botol itu. Haih, tak sampai pula. Terpaksalah ambil susu coklat yang sejuk. Dia membuka pintu peti sejuk dengan terpaksa. Susu coklat Farm Fresh dicari. Eh? Tadi bukan ke ada lagi tiga botol susu? Takkan...
Dia menjenguk sedikit di rak bahagian sebelah. Lelaki tadi tersenyum mengejek sambil menunjukkan ketiga-tiga botol susu coklat yang diambil.
"Eii mamat ni. Kau tunggu.." gumannya perlahan. Afia pergi ke arah kaunter untuk membuat pembayaran.
"Berapa semua?" dia menanyakan harga apabila cashier disitu hanya berdiam diri.
"Tak perlu bayar, cik."
Huh? Aku salah dengar ke? "Apadia?" tanya Afia. Manalah tahu dia berangan tadi.
"Cik tak perlu bayar. Ada orang tolong bayarkan tadi." ujar cashier itu. Senyuman manis dilontarkan.
"Siapa?"
"Orang tu kata tak perlu tahu." Afia mengangguk. Lantak lah. Rezeki jangan ditolak. Barang di dalam beg plastik dijinjing keluar. Bangku di luar mini market menjadi tempat punggung berlabuh. Mana lah Si Adelia ni pergi? Aku dah penat ni. Telefon dikeluarkan langsung mendail nombor kawannya.
Tut...tut...
"Ish! Jawablah. Apahal tak angkat ni?" telefon terus ditutup lalu dimasukkan ke dalam beg tangan. Aku tunggu dalam kereta aje lah. Kaki bergerak naik ke eskalator sehingga ke aras parkir kereta.
Bang!
Bang!
Kedengaran bunyi peluru dilepaskan. Langsung kaki laju bergerak ke arah kereta Lamborghini hitam miliknya. Adelia bertungkus lumus berlawan dengan lima orang berbadan sasa.
"Afia, elak!" cepat-cepat Afia mengelak dengan menyengetkan sedikit kepalanya ke kiri.
Zap!
Pedang katana pendek sudah terlekat di dinding bersebelahan Afia.
"Shit! Korang nak main sangat kan?!" bentak Afia seraya pedang katana yang terlekat di dinding ditarik. Pedang itu digenggam rapi sebelum dia berlari ke arah tiga orang yang sedia hendak berlawan dengannya lalu ditikam. Ada yang ditikam di perut dan ada juga di jantung. Tiga orang lelaki tadi telah tumbang dikerjakan oleh Afia. Afia memerhati lagi dua orang lelaki yang masih berlawan dengan Adelia.
"Tepi, Lia!" jerit Afia. Adelia terdengar jeritan Afia terus menendang perut lelaki di hadapannya sehingga lelaki itu terdorong kebelakang. Dengan kesempatan yang ada, Afia membaling pedang katana di tangannya sehingga...
"Yes! Headshot!" jerit Afia teruja. Tinggal lagi seorang. Langsung Afia mengeluarkan sepucuk pistol disebalik skirt labuhnya dan Adelia juga mengeluarkan sepucuk pistol di keliling pinggang yang tertutup oleh baju kemejanya. Mereka mengacukan pistol ke arah lelaki itu lalu picu pistol ditarik.
Bang!
Bang!
Serentak mereka melepaskan tembakan tepat ke arah kepala lelaki itu.
Strett..!
Bunyi tayar Hilux Mitsubishi Triton berlambang burung helang membelok dan bergerak ke arah mereka.
"Cepat weh! Masuk kereta! Diaorang kejar kita!" ajak Afia lalu diikuti oleh Adelia. Pintu pemandu dibuka oleh Afia, manakala pintu penumpang didepan dibuka oleh Adelia. Enjin dihidupkan lalu Afia memecut laju meninggalkan perkarangan shopping mall.
𝐒𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐤𝐞 𝐀𝐟𝐢𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐫𝐢? 𝐓𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮 𝐧𝐞𝐱𝐭 𝐜𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫. 𝐊𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐯𝐨𝐭𝐞 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐨𝐦𝐞𝐧 𝐭𝐚𝐮. 𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐭𝐚𝐤 𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐮𝐧.
![](https://img.wattpad.com/cover/357075344-288-k997434.jpg)
YOU ARE READING
Mr.Mafia With Mrs.Mafia
RomansaTENGKU RAFAEL ADIEL, merupakan ketua kumpulan mafia yang paling digeruni dalam dunia mafia. Dengar sahaja kumpulan 'Black Phoenix', kecut perut yang lain mendengarnya. Perwatakan seorang yang dingin, cool, dan sentiasa dengan muka bekunya tetapi dia...