Terbeliak luas biji matanya. Tidak percaya. Sudah beberapa kali mereka bertemu. Pertemuan pertama, dia menganggap pertemuan mereka sebagai seorang musuh. Pertemuan kedua pula, dia hanya menganggap sebagai kebetulan. Pertemuan kali ketiga dan hari ini tidak mungkin secara kebetulan juga.
"Dekat kedai kau ada. Dekat perpustakaan pun kau ada. Semua tempat kau ada. Entah-entah kau stalk aku." tuduh Afia melulu.
"Suka hati aku lah. Kaki aku, bukan kaki kau. Daripada aku stalk kau yang bajet muka macam tapak kaki aku, baik lagi aku tengok muka aku yang kacak ni." Rambutnya sengaja diperkemaskan lagi. Menunjuk kekacakannya.
Wah, lancang betul mulut mamat ni! Nasib aje aku dekat sini. Kalau tidak, memang melayang kasut aku dekat muka dia. Sabar. Afia sabar. Jaga sikit air muka kau, Afia. Kalau Tuan Muda nampak perangai kau, boleh dibuang kerja nanti.
Memang benar. Lelaki di hadapannya ini memang mempunyai seraup wajah tampan, tinggi lampai, putih mulus dan segak bergaya. Boleh memikat hati gadis dengan hanya ketampanannya. Namun, tidak kepadanya. Muka tidak sepadan dengan mulutnya yang lancang.
"Mulut kau ni memang ta..." Ayat Afia dicantas terlebih dahulu oleh seseorang.
"Tuan Muda!" Seorang lelaki berkemeja biru pekat berlari ke arah mereka.
Eh? Sekejap. Tuan Muda?
"Tuan Muda, kami baru dapat informasi. Duta Besar Italy dalam perjalanan ke sini. Lebih kurang dalam tiga puluh minit lagi." katanya sedikit tercungap-cungap.
Mulut Afia melopong luas. Rupanya... selama ini dia bergaduh dengan bos sendiri? Teringat dia akan kejadian sewaktu dia menarik rambut bosnya di perpustakaan. Ah, sungguh memalukan! Memang tiga puluh hari tiga puluh malam dia tidak ingin terserampak dengan bosnya lagi.
"Sediakan sahaja bilik VVIP. Arahkan pihak catering untuk tambahkan meja makan di bilik VVIP dan sediakan makanan tambahan untuk mereka. Assicurati che la loro sicurezza sia garantita. Non vi è alcuna minaccia da parte del nemico.(Pastikan keselamatan mereka terjamin. Tiada ancaman dari pihak musuh.)" arah lelaki itu kepada pekerjanya sambil terselit Bahasa Italy.
"Beh, Giovane Maestro.(Baik, Tuan Muda.)" Dia menundukkan sedikit badannya sebelum melangkah pergi.
"Raf, jom pergi makan. Aku dah kebulur ni." ajak Zaquan sambil menepuk perutnya beberapa kali. Matanya tertumpu ke arah gadis di sebelah Rafael. Tidak lepas dari memerhati setiap inci muka gadis itu.
Rafael yang perasan pandangan Zaquan terus menyiku lengannya. "Macam tak pernah nampak perempuan." Zaquan seperti baru kembali di dunia nyata menggosok belakang lehernya.
Tanpa menghiraukan sindiran daripada Rafael, dia menyoal kepada gadis itu walaupun dia sudah tahu jawapannya. "Awak...pekerja baru, kan? Nur Afia Erina?"
Afia hanya mengangguk. Dia masih memproses apa yang sudah berlaku sebentar tadi.
"Saya Tengku Zaquan Afiel. Saya bos awak. Ini, Tengku Rafael Adiel. Bos kepada bos awak. Atau lebih dikenali sebagai Tuan Muda. Yang lain saya akan perkenalkan apabila awak dah mula masuk bekerja nanti." Lembut sahaja suaranya berkata. Tangan dihulur sebagai salam perkenalan.
Afia hanya memandang kosong pada tangan yang dihulur. Tiada tanda mahu menyambut salaman tersebut. Akhirnya, dia melekapkan tangan di dada kirinya dan membongkokkan sedikit badan.
Cepat-cepat Zaquan menarik semula tangannya dan turut melakukan hal yang sama. Dia tersenyum kekok. Mahu sahaja dia menampar pipinya berkali-kali. Lihatlah gadis di hadapannya itu, manis bertudung. Mesti sudah diajar didikan agama oleh ibu bapanya sejak kecil. Bukan sepertinya, sewaktu kanak-kanak sudah diajar seni bela diri, menggunakan senjata api dan kehidupannya bukan seperti kanak-kanak lain.
"Raf!" Seorang perempuan berambut burgundy paras bahu, gaun biru pekat yang membentuk tubuh dan menampakkan badan belakangnya yang putih dan langsing, makeup setebal kamus dan kasut bertumit tinggi berjalan pantas seraya memaut lengan Rafael. Disandarkan kepalanya di bahu lelaki itu.
"Dah lama I tak nampak you tau, Raf. I terus datang sini walaupun I ada banyak lagi kerja dekat UK tu semata-mata untuk jumpa dengan you." Sengaja suaranya dileret manja meminta simpati.
"Okay." Sepatah Rafael menjawab sambil pelukan di lengannya cuba untuk dileraikan.
"Okay je? Penat-penat I datang sini macam tu layanan you dekat I?" tanyanya sambil tangan disilangkan di dada.
"Ada aku suruh kau datang sini ke? Kau yang nak datang sini. Jadi, kalau kau sakit, penat, itu bukan masalah dan tanggungjawab aku. Pandai datang, pandailah balik. Kedatangan kau pun sebenarnya tak dialu-alukan." jawab Rafael penuh sinis.
Zaquan menahan dirinya daripada tergelak.
Afia masih lagi dengan makanannya. Suka hati korang lah nak bergaduh atau bertumbuk. Yang penting, dia kenyang. Suapan demi suapan dikunyah penuh nikmat. Fuh! Nikmat sungguh makanan di sini.
"Tuan Muda, mereka dah sampai." kata salah seorang daripada pekerjanya.
Rafael menggangguk seraya itu pergi meninggalkan mereka.
Ish! Macam nak tak nak je dia layan aku. Kasut tumit tingginya dihentak geram sebelum mengejar mengikuti langkah Rafael. "You, tunggulah I!"
"Siapa tu, bos?" tanya Afia ingin tahu. Kenapalah dalam banyak-banyak soalan, soalan ini juga yang keluar? Sibuk sangat hal orang lain. Mahu sahaja dia menarik balik soalan yang baru dilontarkan tadi.
"Tengku Sophie Isabella. Dia adik tiri kami. Also known as adik tiri dari neraka." perkataan 'neraka' ditekan sedikit.
"Kami?"
"Ya, kami. Saya, adik saya dan Tuan Muda tu adik-beradik saya. Selepas mummy kitaorang meninggal, daddy terus kahwin lain sebab mahukan keturunan. Lepas beberapa bulan kahwin, daddy kitaorang pula meninggal dan mummy tiri kitaorang meninggal disebabkan penyakit. Dia tolong jaga syarikat daddy kitaorang dekat UK dan kitaorang jaga dekat sini dan beberapa buah syarikat daddy di negara lain." terang Zaquan.
Afia mengangguk bak belatuk. Nasibnya hampir sama seperti mereka. Ibu bapa telah meninggal dunia sebelum melihat aku berjaya. Sekurang-kurangnya meraka dapat merasa kasih sayang seorang ibu dan bapa walaupun sekejap. Aku?
"Afia?" panggil Zaqun sambil memetik jarinya di hadapan muka Afia. Menyedarkannya dari lamunan.
Dia sedikit tersentak. "Ya, bos?" Terkulat-kulat dia menjawab.
"Awak okay tak? Macam tak sihat je. Kalau tak sihat, awak boleh balik dulu." cadang zaquan tatkala melihat Afia yang termenung daripada tadi.
"Eh? Tak, saya sihat je." posisi duduknya ditegakkan. Diberi juga senyuman nipis.
"Kalau macam tu, saya pergi dulu ya? Kalau ada apa-apa masalah, tanya sahaja pekerja di sini. Mereka baik dan ramah belaka. Tak perlu risau." pamitnya sambil mengerling sekilas jam tangannya jenis Rolex.
Dia mengangguk. Setelah kelibat Zaquan menghilang, keluhan berat dilepaskan. Bunyi notifikasi dari telefon bimbitnya. Mesej daripada seseorang yang sangat dia kenali. Telefonnya kembali dimatikan. Sekarang, bukan masa yang sesuai.
𝗠𝗮𝗮𝗳 𝘆𝗮 𝗸𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴...𝘀𝗮𝘆𝗮 𝘂𝗽𝗱𝗮𝘁𝗲 𝗹𝗮𝗺𝗯𝗮𝘁. 𝗜𝗻𝗶 𝗽𝘂𝗻 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗽𝗮𝗸𝘀𝗮 𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝘄𝗿𝗶𝘁𝗲𝗿 𝗯𝗹𝗼𝗰𝗸. 𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝘁𝗮𝗸, 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝘂𝗽𝗱𝗮𝘁𝗲. 𝗠𝗮𝗮𝗳 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗹𝗮𝗴𝗶.

YOU ARE READING
Mr.Mafia With Mrs.Mafia
RomanceTENGKU RAFAEL ADIEL, merupakan ketua kumpulan mafia yang paling digeruni dalam dunia mafia. Dengar sahaja kumpulan 'Black Phoenix', kecut perut yang lain mendengarnya. Perwatakan seorang yang dingin, cool, dan sentiasa dengan muka bekunya tetapi dia...