⚠️PENGGUNAAN BAHASA KESAT
Pintu terbuka secara automatik. Pekerja-pekerja yang terserempak dengannya setia menunduk hormat. Dia hanya membalas dengan anggukan kecil.
Dia bergerak ke arah lif lalu butang lif ditekan. Apabila pintu terbuka, dia melangkah masuk ke dalam perut lif. Butang bernombor 20 ditekan. Ting! Bunyi lif kedengaran menandakan sudah sampai ke aras 20. Tanpa melengahkan masa, dia terus melangkah keluar.
Dia kembali mengorak langkah ke arah bilik pejabatnya. Kedengaran suasana di dalam bilik riuh-rendah itu menyambut gegendang telinganya. Pintu dikuak perlahan.
Aiden, Farran, Qalif, Zaquan dan Zafuan memandang ke arah pintu. Semua perbuatan mereka terhenti. Dari suasana yang riuh-rendah kembali menjadi sunyi-sepi.
"Asal kecoh sangat, huh? Aku suruh buat benda simple pun dah kecoh." tanya Rafael garang. Mahu pengsan dibuatnya apabila kertas-kertas dan fail berterabur di atas dan di bawah meja.
"Tak tau lah. Kau tengok lah dua ekor beruk kau tu. Diaorang yang buat. Habis bersepah satu bilik ni." ujar Aiden. Sabar jelah dengan perangai Zaq dan Zaf. Kalau tak menyusahkan orang memang tak sah.
Rafael memandang tajam ke arah Zaq dan Zaf. Geram dengan kerenah mereka. Kalau bukan disebabkan mereka adik-beradik, dah lama dia campak dekat laut.
"Er..kitaorang cuma nak tolong je. Tadikan along ada kerja, jadi kitaorang ingatkan nak tolong. Tapi..." belum sempat Zaq nak sambung, laju sahaja Rafael memotong.
"Tak ada tapi tapi. Korang berdua kemas sekarang sebelum aku tembak sorang-sorang. Sekarang!" jerkah Rafael. Takut dengan jerkahan abang sulungnya, terus mereka berdua mengutip semua kertas dan fail yang berterabur.
Aiden, Farran dan Qalif hanya mampu melihat. Kalau Rafael dah marah, tiada siapa boleh halang. Kadang kesian pun ada, tapi nak buat macam mana. Dah perangai diaorang macam tu. Tabah jelah.
Setelah semuanya selesai dan biliknya kembali bersih, Rafael melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan mereka. Dia memandang satu per satu muka di hadapannya. Keluhan dilepaskan perlahan.
"Cuba behave sikit. Umur dah tua pun perangai still macam budak. Yang korang berdua ni menyibuk kat sini apasal? Aku rasa, aku cuma suruh Aiden, Farran dengan Qalif je untuk datang sini." kata Rafael tegas sambil memandang tajam ke arah Zaquan dan Zafuan yang hanya beriak tidak bersalah. Kecil besar, kecil besar je aku tengok dua ekor bala ni.
"Eleh, ada hati kata kita tua. Memang jenis tak reti tengok cermin ke apa?" bisik Zaf ke telinga Zaq. Namun, suaranya cukup kuat untuk didengari oleh Rafael.
"Aku dengar..Zaf!!" Zaf menutup mulutnya ala diva. Zaq dan Aiden sudah terkekek-kekek ketawa. Qalif hanya beriak biasa. Malas mahu melayan kerenah tak betul dua beradik ni. Farran pula menyusun kembali kertas-kertas yang telah dikutip oleh Zaq dan Zaf. Haih, main campak aje kertas ni atas meja. Bukannya nak susun balik.
"Dah, dah. Tak payah nak melebih. Karang ada yang aku tembak seekor-seekor." terus ketawa mereka terhenti. Farran masih melaksanakan kerjanya. Setelah kertas tadi di susun rapi, terus dia menghulur kertas tadi kepada Qalif. Dia hanya menyambut huluran Farran dan mengangguk tanda terima kasih. Suasana kembali sunyi. Rafael kalau dia kata dia nak buat, mesti dia buat. Karang ada yang mati katak sekejap lagi.
Rafael berdehem sebelum dia berbicara. "Farran, kau dah ada resume-resume yang nak apply kerja dekat sini? Berapa ramai yang apply?"
Farran mengangguk. "Dah. Lebih kurang lima puluh orang juga lah.
"Ramainya. Bukan ke kau kata kau cuma nak pilih lima orang je? Ni yang sampai lima puluh orang ni apahal?" sampuk Zaquan.

YOU ARE READING
Mr.Mafia With Mrs.Mafia
RomanceTENGKU RAFAEL ADIEL, merupakan ketua kumpulan mafia yang paling digeruni dalam dunia mafia. Dengar sahaja kumpulan 'Black Phoenix', kecut perut yang lain mendengarnya. Perwatakan seorang yang dingin, cool, dan sentiasa dengan muka bekunya tetapi dia...