CHAPTER 3

310 19 2
                                        

      Sunyi. Sepi. Hanya bunyi deruman enjin motosikal berkuasa tinggi miliknya. Kanan dan kiri hanya kawasan berhutan tebal.

Sampai sahaja di perkarangan markasnya, dia memarkir motosikalnya dibkawasan bulatan khas. Helmet, jaket dan sepasang sarung tangan turut diletakkan di atas motor. Tidak sampai beberapa saat, motosikalnya terus halimunan. Magik tak? Bukanlah magik mana. Sekadar alatan canggih yang dibuat oleh seseorang yang pakar dalam teknologi.

Afia melangkah ke arah pintu utama dengan penuh berhati-hati. Dia cuba untuk memasukkan kata laluan, namun berkali-kali gagal.

"Haish..siapalah yang godam kata laluan pintu ni? Menyusahkan aku sahaja."adunya sambil menekan-nekan kata laluan yang sama. Tetap gagal.

Tanpa melengahkan masa, dia duduk tinggung seraya membuka satu peti kecil yang sedikit tersorok lalu menekan butang berwarna merah. Automatik pintu yang terkunci tadi terbuka. Korang faham tak? Kalau x faham, fahamkan. Hehe. Back to the story.

Dia menutup kembali pintu peti itu kemudian, bangkit dari duduknya dan mengkerling sekilas ke dalam markasnya sebelum melangkah masuk.

Sebelum melangkah masuk, sempat Afia mengeluarkan sebilah pisau belati di paha kirinya dan sepucuk pistol GLOCK 19 di tepi pinggangnya. Pistol yang berada di genggaman tangan kanan dihalakan ke arah kanan, kori depan dan belakang secara berulang kali. Jikalau ada musuh yang hendak menyerangnya. Terlihat beberapa mayat  mayat yang telah mati ditembak, ada juga yang lehernya dikelar. Yang penting  bukan anak buahnya.

Bang!

Afia sedikit terkejut dengan bunyi tembakan yang dilepaskan di tingkat atas. Dia berlari sambil meniti anak tangga sehingga terlihat sekunjur tubuh  yang terbaring sedang mengerang kesakitan. Kakinya sudah berlumuran darah dek kerana kakinya ditembak.

"Afham! Kau ok tak? Siapa yang buat kau macam ni?"Afia mendapatkan Afham seraya menyoal dengan nada risau.

"Nak kata bos bodoh tak baik pula. Bos, bos dah nampak kaki saya macam ni, bos boleh tanya ok atau tak?"

Afia menjulingkan bebola matanya ke atas. Menyampah. "Aku tahulah kau tak ok! Maksud aku, keadaan kau macam mana? Dah nak mampus ke? Kalau dah nak mampus senang sikit kerja aku. Tinggal tanam je!"

Afham memuncungkan bibir. Merajuklah!

"Sampai hati bos cakap saya macam tu. Saya ni anak buah bos paling kacak, kuat, gagah, semua saya. Tapi, bos dah cakap macam tu, sedih hatiku ini. Terasa tusukan yang tajam menikam di hati ini."kata Afham sambil memegang dadanya di sebelah kiri. Muka diarcahkan seperti hendak menangis. Mula sudah dramanya. Mulut tidak dapat dikata apa. Muncung serupa itik. Itupun sempat lagi masuk bakul angkat sendiri.

"Sudah-sudahlah tu. Aku hempuk kau karang. Mulut tu, aku kerat nanti!"ugut Afia. Langsung Afham menarik kembali mulutnya. Dia membetulkan sedikit suara dengan berdehem.

"Sudah! Buang masa aku sahaja."Afia bangkit dari duduknya lalu pergi meninggalkan Afham.

"Eh, bos! Tunggulah saya!" Afham cuba untuk berdiri namun, kakinya tidak mampu menampung berat badannya. Afham jatuh terduduk semula. Rasa sakit di pahanya semakin perit. Darah? Darah sudah banyak mengalir keluar.

Afia memberhentikan langkahnya seraya memusingkan badan kebelakang untuk melihat keadaan Afham. Dia mengeluh dan melangkah kembali ke arah Afham yang masih terduduk.

"Eii, kau ni. Kau kata apa tadi? Kuat? Gagah? Tapi sekarang? Macam sotong dah. Lembik!"kutuk Afia. Dia mengeluarkan seanduh kain yang sudah dilipat menjadi kecil di dalam poket seluarnya lalu mengikat kemas di bahagian paha Afham. Afham sudah tersenyum lebar sehingga ke telinga. Badannya juga menggeletis seperti ulat bulu. Afia memandang penuh hairan. Dah kenapa budak ni? Kena sawan ke apa? Afia menekan sedikit di kawasan cedera dan membuatkan Afham tersedar dari dunia realiti.

Mr.Mafia With Mrs.MafiaCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang