"Woi, senyap lah! Pagi-pagi buta dah memekak." marah Qalif tatkala melihat kawan-kawannya sedang tergelek-gelek menari di ruang tamu sambil lagu Smart nyanyian daripada Le Sserafim terpasang.
Tujuan mereka yang sebenar adalah bersiap untuk sebuah program yang dijalankan oleh mereka di R.Q.F Holding. Iaitu Program Sambutan Ulang Tahun R.Q.F Holding Yang Ke Empat Puluh dan Program Kemasukan Pekerja Baru.
Dia menekup kedua telinganya dengan bantal. Farran dan Aiden sudah terpengaruh dengan Zaquan dan Zafuan. Terutama sekali Zafuan. Leader of Bala.
I'm a smarter baby, smarter
Smarter baby, smarter
Hanal bomyeon yeolkkaji
Ganpahaeseo dolpahaji
Wanna be a winner
Wanna be a winner
Gyehoekdaero dwaegaji
Nan nabiga doel aesongi
I'm a smarter baby
Mereka berbaris sambil menari mengikuti gerak tari di dalam televisyen itu.
"Mantap Zaf! Gelek lagi..." arah Aiden.
Rafael di dalam bilik tidur menutup telinganya menggunakan tangan. Siapa yang buat concert pagi-pagi buta ni?
Ah, bingit sungguh! Dia memaksa untuk membuka mata. Dalam keadaan mamai dia bergerak menuju ke tingkat bawah.
Tanpa membuka mata, dia sudah dapat meneka dengan mendengar milik suara-suara yang mengganggu lenanya.
"Apa yang korang buat dekat sini? Macam mana korang masuk?" tanya Rafael dengan suaranya serak basah.
Ha sudah! Bapak kutub utara sudah bangun. Mereka memaling ke arah Rafael yang berada di tangga dengan mata masih tertutup.
"Ni idea Zaf. Bukan salah aku." ujar Zaquan terlebih dahulu.
- Flashback -
"Boleh pakai ke idea kau ni? Kalau beruang kutub utara tu mengamuk macam mana?" tanya Zaquan gusar. Gila!
"Alah...relax lah. Kalau pintu ni pecah, ganti lah baru. Harta along tu, cukup tujuh keturunan. Tak akan habis punya." pujuk Zafuan. Farran, Aiden dan Qalif bersandar di dinding. Tidak mahu masuk campur.
"Kalau jadi apa-apa, kau kena dulu, eh."
"Ye..ye...tapi ki-"
"Ish, kau ni! Cepatlah! Tak payah banyak bunyi." Zaquan menolak badan Zafuan ke hadapan.
Zafuan beranjak sedikit kebelakang. Mencari ruang untuk dia berlari. Setelah mendapatkan konfiden, dia berlari seraya menendang kuat pintu rumah Rafael.
- End flashback-
"Kau pecahkan pintu rumah aku semata-mata nak masuk je?!" suaranya bergema memenuhi ruang tamu. Matanya terus segar dan memandang tajam ke arah mereka.
"Korang buat apa pagi-pagi buta datang rumah aku? Semak jelah..." matanya kembali tertutup sambil kepalanya dilentokan di dinding. Sesungguhnya, dia sangat mengantuk.
"Kau lupa ke hari ni hari apa?" soalan dibalas dengan soalan oleh Zaquan. Farran memperlahankan audio suara di televisyen.
Dengan matanya yang masih terpejam, dia memikir. Hari apa? Dia menaikkan bahu. Tidak tahu.
"Hari ulang tahun syarikat kita lah." jawab Zaquan. Dia lupa atau buat-buat lupa?
Ouh, ingatkan benda apa yang penting sangat tadi.
"Sekarang pukul berapa?" soal Rafael. Keadaan di luar macam gelap.
"Lima pagi." jawab Farran tenang.
"Lima?! Program tu pukul sepuluh pagi! Sekarang ni pukul lima pagi! Korang pandai baca jam ke tak ni?!" dia meraup mukanya kasar.
"Sebagai bos yang berdedikasi, amanah dan rajin, kita perlu menunjukkan teladan yang baik to our employees." ujar Zafuan.
"Rajin datuk nenek kau. Datang office pun seminggu sekali. Tu kalau aku tak call kau suruh datang kerja, memang setahun terus tak nampak bayang."
"Eh! Datuk nenek jangan dibuat main. Datuk nenek aku, datuk nenek kau juga. Kita kan adik-beradik."
"Baik kau tutup mulut kau tu Zaf, sebelum aku yang jahit nanti." dia menapak naik semula ke bilik.
Ah! Sungguh dia gembira. Dia membaca semula mesej yang baru dihantar.
"Adakah ini sekadar mimpi? Aku dapat kerja...dekat R.Q.F Holding? Betul ke ni? Entah-entah scammer. Tapi kalau dia scammer, macam mana dia tahu aku pernah interview dekat sana?" soalan itu berpusing di mindanya. Serupa tidak percaya.
Dia bangun dan berlari menuju ke tingkat bawah.
"Mama, papa. Fia dap-" langkahnya terhenti tatkala teringat sesuatu.
"Mesti papa gembira kan kalau papa ada dekat sini sekarang." katanya perlahan sambil menatap penuh sayu gambar yang tergantung di dinding ruang tamu. Gambar itu dijumpai di dalam kotak semasa dia sedang mengemas di dalam bilik stor.
𝐒𝐨𝐫𝐫𝐲 𝐤𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐞𝐤 𝐣𝐞 𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐜𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚. 𝐊𝐢𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐭𝐚𝐤 𝐚𝐝𝐚 𝐢𝐝𝐞𝐚. 𝐌𝐚𝐚𝐟 𝐲𝐞...
YOU ARE READING
Mr.Mafia With Mrs.Mafia
RomanceTENGKU RAFAEL ADIEL, merupakan ketua kumpulan mafia yang paling digeruni dalam dunia mafia. Dengar sahaja kumpulan 'Black Phoenix', kecut perut yang lain mendengarnya. Perwatakan seorang yang dingin, cool, dan sentiasa dengan muka bekunya tetapi dia...