PROLOG

488 22 0
                                        

      Seorang lelaki yang berusia lingkungan 30-an tersedar dari pingsannya akan kerana terdengar bunyi das tembakan yang dilepaskan oleh seseorang. Apabila dia sedar sepenuhnya, dia merasakan tangan dan kakinya terikat. Dia menggerakkan kaki dan tangannya untuk melepaskan ikatan, tetapi alangkah dayanya kerana dia kehabisan tenaga. Dia juga tidak dapat melihat akan kerana sarung hitam menutupi kepalanya.

"Ehem!" deheman seseorang yang mengarahkan kawannya untuk membuka sarung hitam itu.

Alangkah terkejut apabila lelaki yang berusia 30-an itu melihat figura lelaki yang memegang pistol.

"Ra-rafael?!" soal lelaki itu dengan gagap sekilas memandang ke tepi. Muka telah berubah pucat dan takut apabila melihat rakannya yang telah mati akibat tembakan di bahagian kepala, dada dan paha.

"Huhh...." ngeluh Rafael sambil mencangkung berhadapan lelaki itu.

GULP. Lelaki itu menelan air liur kesat apabila melihat Rafael sedang mengeluarkan sebilah pisau lipat di bahagian kocek bajunya. Rafael bermain-main pisau lipat sambil mengerakkannya di pipi lelaki itu.

"Aku nak tanya, tapi kau kena jawab jujur kalau kau tak nak terima nasib yang sama seperti kawan kau tu."

Lelaki itu mengangguk.

"First question, simple je. Kenapa kau ceroboh company aku?" soal Rafael dengan riak wajah seperti harimau yang hendak memakan mangsa.

"A-aku t-tak tahu."

Langsung Rafael memanggil kawannya, Aiden.

"Settlekan dia. Aku dah muak dengar jawapan yang sama, tapi jangan sampai mampus pulak." ujar Rafael.

Aiden hanya menayang senyum lebarnya sambil meletakkan tangan di kepala seperti mentabik.

"Hai baby. It's time to play. It's gonna be fun. HAHAHAHAHAH." ujar Aiden dengan ketawa jahatnya.

Lelaki itu hanya menggeleng kepala sambil menangis kerana dia akan tahu apa akan terjadi sebentar lagi. Siapa sahaja yang tidak kenal Aiden yang merupakan seorang yang psiko dan gila kerana ketika berlawan dengan musuh sempat ketawa dan bergurau. Dia juga seorang 'sniper' terhandal di dalam dunia mafia.

Rafael hanya memandang sinis.

Lantas Rafael memanggil Qalif yang hanya memerhati Aiden yang sedang bergelak tawa.

"Woi Lif!! Jom." pelawa Rafael.

"Tak pelah, kang ada yang mampus pulak kejap lagi." ujar Qalif.

Qalif, seorang yang pendiam. Dia hanya bercakap kalau penting sahaja.Kalau orang tanya sepatah, dia jawab sepatah. Tidak pun bahasa kepala dan bahu. Tapi dia seorang yang mahir dalam dunia 'hacker'. Dunia itu telah sebati dengan dirinya.

"Hmm." balas Rafael sepatah sambil mengangguk.

Langsung dia keluar dari bilik itu dan ternampak dua ekor beruk sedang lari berkejaran sambil terjerit-jerit. Dua ekor beruk tu sebenarnya adik kembarnya, Zaquan dan Zafuan.

"WOII!!! BAGI BALIK BISKUT AKU ZAFFFF....." kata Zaquan, abang kepada Zafuan sambil terjerit-jerit memanggil Zaf kerana memakan biskut kegemarannya sehingga habis.

"Uwerkk...dah habis dah. Siapa suruh simpan lama sangat. Aku ingat kau tak nak." ujar Zaf zambil menjelir lidah kepada Zaq.

"Aku bagitahu Mommy."

"Bagitahulah, ini Zafuan lah anak kesayangan Mommy. Mustahil Mommy akan marah aku." kata Zaf dengan bangganya. Zaq sudah menayang wajah cemberut.

"Dah habis dah drama?" soal Rafael berbaur sindir yang menyilangkan tangannya di dada dan bersandar di dinding sambil menjongket kening.

Zaq dan zaf sedikit tersentak akan kehadiran Rafael.

"Eh, abang dah lama ke kat situ?" tanya zaf.

"Tak lama pun. 10 abad yang lalu." sambil menjulingkan bebola matanya tanda menyampah.

"Pukul 8 nanti aku nak korang pergi kat office kita. Ada benda yang aku nak bincangkan. Jangan lupa bagitahu dekat Farran sekali. Kalau korang lambat, aku kurung kau dan kau dekat kandang Leo." ujar Rafael dengan nada amaran.

Farran. Seorang pakar bom dan penyedia bahan api yang lain. Setiap kali misi yang harus dijalankan, Farran yang akan menyediakan segala jenis senjata api. Dia juga seorang pengatur strategi yang hebat. Buat masa ini, masih tiada strategi yang disediakan oleh Farran tidak berjaya.

Leo pula adalah harimau bintang haiwan peliharaan milik Rafael. Ada ketika waktu Leo telah menggigit kaki Zaq ketika dia berusia 12 tahun kerana mengingatkan kaki Zaq itu adalah makanan. Alangkah nasib baik menyebelahi Zaq, kakinya hanya sedikit terkoyak akan kerana gigitan Leo. Sejak dari peristiwa itu, mereka tidak lagi berani hendak melawan Rafael jikalau abangnya mengancam dengan nama Leo.

Zaq dan Zaf hanya mengangguk.




Mr.Mafia With Mrs.MafiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang