Dari tadi dia memandang muka King yang serius. Seperti..hendak mengatakan sesuatu. Jantungnya pula mengepam laju. Berdebar-debar menantikan pernyataan King.
Akhirnya King mengeluh panjang sebelum dia mengeluarkan sekeping gambar polaroid dari poket seluarnya.
"Aku rasa, kau patut tahu hal sebenar." ujar King sambil membelek-belek gambar polaroid itu.
Berkerut seribu dahi Afia. Dia memandang polaroid ditangan King. Tetapi, yang lebih menarik perhatian nya adalah pernyataan King.
"Hal yang sebenar? Hal apa?" soal Afia. Makin berdebar jantungnya. Dia merasakan hal yang tidak sedap akan terjadi.
King menghulurkan gambar polaroid itu kepada Afia. Dia mengambil huluran King. Menilik tiga orang yang sedang memegang tiga bendera berbeza di dalam gambar itu. Lambang Black Roses? Dan lagi dua lambang. Seperti pernah dilihat.
"Aku rasa ini waktu yang tepat. Aku dah tak ada masa lagi nak beritahu. Umur aku pun tidaklah panjang mana. Hanya tunggu masa pergi sahaja. Dan benda ini, aku sendiri patut beritahu kau." wajah Afia dipandang.
"Siapa dalam gambar ni?" soal Afia sambil gambar ditunjuk kepada King.
"Sekejap lagi kau tahu siapa mereka." King menepuk dua kali tangannya sehingga seorang lelaki dan seorang perempuan berdiri dibelakang Afia.
Afia terkedu. Dia kenal siapa gerangan di belakang King.
"Mama? Papa? K-kenapa mama papa ada dekat sini?" terkejut bukan kepalang. Apa rahsia yang King cuba tunjukkan?
"Maaf Puan Muda. Kami bukan mama dan papa, Puan Muda." ucap perempuan di belakang King seraya mereka menunduk.
"Habistu, korang siapa?! Mana mama dan papa aku?!" suara Afia kian meninggi. Meja juga dihentak kuat. Dadanya berombak laju.
Terhinjut sedikit bahu mereka. Topeng plastik yang dipakai oleh lelaki dan perempuan itu dicabut.
Terserlah kulitnya yang berwarna putih melepak. Sedikit kedutan di bahagian pipi. Umurnya mungkin menjejak empat puluh sehingga lima puluh-an. Perempuan itu kembali berbicara. "Saya Alice. Salah seorang kawan Queen Salina. Code name, Ghost."
Giliran lelaki di sebelahnya pula berbicara. "Saya Azli. Juga salah seorang kawan King Khairul. Code name, Shadow."
Makin retak hati Afia apabila mereka mengenalkan diri masing-masing. Selama ini..diaorang bukan mama dan papa aku? Air mata ditahan daripada mengalir.
"Maaf Fox. Diaorang bukan mama dan papa kau yang sebenar. Aku terpaksa demi..." kata King terhenti apabila Afia terlebih dahulu mencantas percakapannya.
"Demi apa?! Mana mama papa aku?!"
"Demi keselamatan kau, demi mation ni. Dan..demi permintaan mama dan papa kau," King menahan suaranya daripada meninggi. Sebak di dada terasa.
"Sebenarnya, mama dan papa kau...dah..meninggal, Fox."
Lututnya mula lemah longlai. Air mata di tubir akhirnya mengalir.
"Tak! Kau tipu! Mama dan papa aku masih hidup. Korang tipu!" air matanya laju menderas keluar. Dia tahu King hanya bergurau.
"Maaf, Fox. Ni bukan tipu. Aku dah lama nak beritahu kau, cuma belum sampai masanya." ujar King perlahan. Mahu meredakan tangisan Afia.
"Kenapa?! Kenapa baru sekarang kau nak beritahu aku? Kau ni memang pentingkan diri sendiri. Selfish!"
"Nur Afia Erina! Dengar dulu penjelasan aku! Ada sebab kenapa aku baru beritahu kau! Terima hakikat, yang diaorang sudah tiada," King sudah tidak tahan lagi apabila Afia memberi hinaan kepadanya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Mr.Mafia With Mrs.Mafia
RomansaTENGKU RAFAEL ADIEL, merupakan ketua kumpulan mafia yang paling digeruni dalam dunia mafia. Dengar sahaja kumpulan 'Black Phoenix', kecut perut yang lain mendengarnya. Perwatakan seorang yang dingin, cool, dan sentiasa dengan muka bekunya tetapi dia...
