Fuh! Sungguh tenang disini. Inilah salah satu tempat yang boleh menghilangkan tekanan. Iaitu...
"Wah, banyaknya buku baru! Kena cepat ambil ni. Kalau esok lusa mesti dah sold out." kata Afia sendiri sambil buku-buku di rak yang masih bersalut dibelek. Ya, di kedai buku bagi pencinta buku.
Baginya, walaupun hobi ini harus mengorbankan wang, tetapi ini ialah salah satu kebahagiaan. Siapa kata, money can't buy happines? This is a happines sound look like.
Memang sesetengah orang kata, membazir. Tapi hakikatnya, membazir untuk perkara berilmu tidak boleh?
Beberapa buah buku yang dipilih tadi, di peluk erat. Dia beranjak pula ke arah deretan pelbagai jenis buku yang disusun diatas meja yang terbentang luas. Rambang mata! Jika boleh, satu kedai buku ini dia mahu beli.
Matanya tertangkap pada sebuah novel yang sedikit tersorok dibalik beberapa susunan buku yang tinggi. Itu...novel yang aku nak! Tinggal satu!
"Uish, tak boleh ni! Buku tu dah lama aku nak. Waktu nak beli je, habis." bebelnya sambil bergerak ke arah novel itu. Rezeki.
Baru hendak menarik buku diatas meja, ada tangan lain juga menarik di hujung buku. Aduh! Kenapa waktu aku nak beli sesuatu, mesti ada orang sibuk ambil barang yang sama? Dan lagi teruk...
"Kau?"
"Kau?"
Serentak mereka bertanya. Eii..mamat mata hijau ni lagi! Aku dekat sana, dia dekat sana. Aku dekat sini, dia dekat sini. Dalam berjuta-juta orang, kenapa mesti aku perlu bertemu dia?
"Ni aku punya. Aku dapat dulu." ujar Afia tenang. Dia menarik buku digenggaman lelaki itu. Namun, tidak terlepas.
"But, i got this too." ujarnya juga tenang.
Tsk! Degil betul lah. 'Aku tak akan bagi peluang untuk kau lagi.' kata hati Afia. Hari itu, lelaki itu sudah dapat sebotol susu. Pakej lagi tiga botol susu. Kali ini, dia tak akan mengalah!
"Bagilah..aku dah penat. Nak balik." bohong Afia. Dialah yang paling beria sekali untuk datang ke sini..
"So? Bukan masalah aku." tangan masih menggenggam buku di tangan Afia. Dia juga tidak mahu mengalah!
Haih! Susah betul mamat ni nak mengalah. Ha! Aku ada cara.
Tangan diseluk ke dalam poket. Mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit lalu disua kepada lelaki itu.
"Sepuluh ringgit, for this book?" Afia mengangkat keningnya. Ini sahaja caranya. Manusia sekarang hanya mahukan duit, bukan?
Lelaki itu memandang duit yang disua itu dipandang kosong. Langsung tak tertarik. Dia juga membawa tangannya ke dalam poket. Mengeluarkan dua keping not sepuluh seraya disua juga ke arah Afia.
Ouh..nak main tawar-menawar. Tidak mengapa. Afia mengeluarkan sekeping not lima puluh. Dia yakin dan pasti lelaki di depannya tergugat apabila melihat lima puluh ringgit. Namun, rancangannya itu hilang bagai abu apabila lelaki di depannya mempamerkan riak kosong.
"Setakat lima puluh. Apa lah sangat. Ni, seratus. Kau bagi buku ni dekat aku, amacam?"
Afia menyeluk kembali ke dalam poket. Tinggal beberapa keping not lima puluh. Tak akan dia nak tawarkan harga sampai beratus ringgit hanya untuk sebuah buku? Memang tidak lah! Tapi, dia mahu sangat buku ini.
Afia memerhati sekeliling sehingga terlihat seorang wanita menolak troli yang dipenuhi buku baru. Dia memerhati setiap buku didalam troli itu. Yes! Buku tu ada.
ANDA SEDANG MEMBACA
Mr.Mafia With Mrs.Mafia
RomanceTENGKU RAFAEL ADIEL, merupakan ketua kumpulan mafia yang paling digeruni dalam dunia mafia. Dengar sahaja kumpulan 'Black Phoenix', kecut perut yang lain mendengarnya. Perwatakan seorang yang dingin, cool, dan sentiasa dengan muka bekunya tetapi dia...
