Afia mendekati kubur Puan Salina dan Encik Khairul dengan sayu. Berat kakinya hendak menapak. Dia duduk bersila bersebelahan dengan kubur Puan Salina. Tanah dikuis.
"Assalamualaikum ma, pa. Mesti mama dengan papa dah lama tunggu Fia datang, kan?" dia tersenyum nipis.
"Fia datang ni. Mama papa rindu Fia tak? Fia rindu mama dengan papa."
Kedua belah lengan diletakkan di atas kubur Puan Salina sebagai alas. Kepalanya diletakkan di atas lengannya.
"Mama nak tahu tak. Selama ni, Fia ingat mama dan papa yang jaga Fia. Rupanya kawan mama dan papa. Tapi, kenapa diaorang tak beritahu hal ni awal-awal? Kenapa mesti diaorang kena tipu, Fia?" tanya Afia seorang diri. Matanya kian panas menahan air mata daripada mengalir.
"Tapi tak mengapalah, ma. Fia sekarang dah besar, pandai jaga diri. Mesti Fia cantik macam mama, kuat macam papa, kan?" dia tertawa kecil. Ketawa yang dibuat-buat.
Dia mengangkat muka memandang ke arah kubur Encik Khairul. "Papa. Sekarang ni, Fia belum dapat kerja. Tapi bila Fia dah dapat kerja nanti, Fia dah tak perlu harapkan orang lain. Fia nak belajar berdikari. Mesti mama dengan papa bangga nanti." hujan mulai merintik membasahi bumi. Semakin lama semakin lebat. Dibiarkan bajunya yang basah lencun, baju dan muka yang terkena tanah.
"Fia penat lah ma. Bagi Fia rehat sekejap dekat sini, boleh?"
Adelia yang kebetulan lalu di jalan itu memberhentikan kereta. Macam ada orang di situ. Sudah lah dekat kubur. Perempuan pula tu. Meremang!
Mata dikecilkan untuk memerhati perempuan di situ dengan lebih jelas. Eh? Macam kenal sahaja. Afia ke? Ish, tak akan lah. Buat apa dia buat di situ?
Payung diambil dari tempat duduk belakang. Dia keluar dari perut kereta seraya membuka payung. Kakinya melangkah ke arah...mungkin kawannya, Afia.
Dia menepuk perlahan bahu perempuan itu. "Er...Afia? Kau ke?" tanya Adelia ragu-ragu. Karang orang lain yang ditegur, malu tujuh keturunan, mat.
Perempuan itu dongak memandang gerangan yang menepuk bahunya.
Sah! Memang betul. Dah kenapa minah ni dekat sini? "Kau buat apa dekat sini, doh? Habis baju kau basah lencun. Jomlah.." tangan Afia diraih supaya mengikutinya.
"Tapi, motor aku macam mana? Aku boleh balik sendiri sekejap lagi. Kau pergilah.." kepala diletakkan semula di atas lengannya.
"Nanti aku suruh anak buah kau ambil dekat sini. Lagipun aku tengok kau macam tak sihat je. Risau aku. Dah, jomlah..hujan ni." pujuk Adelia. Tangan Afia diraih kembali.
Akhirnya dia mengalah. "Sekejap," dia menoleh ke arah dua kubur di belakangnya sebentar.
"Nanti kalau Fia ada masa, Fia datang lagi tau. Assalamualaikum."
Berkerut dahi Adelia. Siapa yang meninggal? Adelia bergerak dan dibuntuti oleh Afia sehingga masuk ke perut kereta.
"Baju kau dah kotor, kau balik dulu tukar baju, mandi lepastu rehat."
Afia diam membatu. Dia melihat kubur Puan Salina dan Encik Khairul ketika kereta milik Adelia melepasi kawasan perkuburan.
Dia tersentak tatkala terasa sesuatu menepuk pahanya.
"Kau dengar tak, Afia?" ini bukan kawannya yang dia kenal. Nur Afia Erina bukan macam ni.
"Huh? Apa?" tanya Afia polos.
"Nanti balik tukar baju, mandi lepastu rehat. Nanti kau demam." Adelia mengulangi ayatnya.
Afia hanya mengangguk. Tiada apa yang mahu dibalas.
"Kau...buat apa dekat sana tadi? Siapa yang meninggal?"
"Nantilah aku cerita. Bagi aku masa sikit untuk hadam semua benda ni. Kalau aku dah sedia, nanti aku cerita dekat kau." matanya tertutup rapat sambil menjawab soalan Adelia. Terlalu cepat semua benda ini terjadi.
Adelia meneruskan perjalanannya ke rumah Afia. Terbantut kehendaknya ingin keluar untuk makan tengah hari. Masalah kawannya lebih penting daripada makanan.
Kerusi meja makan di ruang tamu milik Afia ditarik seraya menghempas punggungnya. Ingat kan tadi, mahu tunggu di dalam kereta sahaja. Namun, Afia berkeras mahu dia tunggu di dalam rumah. Terpaksalah dia menurut.
Beg tangan dibuka. Mencari telefon bimbitnya. Haduh, dekat dalam kereta pulak. Dia membuka langkah sehingga ke gerej kereta. Namun, langkahnya terhenti pabila terlihat sekunjur tubuh berdiri di luar pagar milik Afia.
Pelitup muka dan topi menyebabkan dia sukar untuk melihat lelaki itu.
"Woi Lia! Kau buat apa dekat situ?" sergah Afia. Muka pucat kawannya dipandang. Dah kenapa? Serupa baru nampak hantu lagaknya.
"Ish, kau ni! Terkejut aku. Salam tak ada. Main sergah aje!" dadanya yang berombak diusap. Kalau dia ada sakit jantung, mahu pendek usianya kalau begini hari-hari.
Dia kembali memaling kepalanya kebelakang. Eh, hilang? Ke itu semua hanya bayangan aku?
Afia juga ikut menjenguk di belakang Adelia. "Kau cari apa?"
"Eh. Tak ada apa lah. Jom, jom masuk." dia menolak badan Afia supaya kembali masuk ke dalam rumah. Pintu ditutup rapat lalu dikunci. Jikalau lelaki tadi ada niat jahat terhadap Afia. Lebih baik dia bertindak terlebih dahulu.
"Kau ada nak cerita apa-apa dekat aku? Aku sedia mendengar segala luahan masalah kau." mereka menghenyak punggung di atas sofa.
"Ada. Lagipun benda ni, kau patut tahu sikit." katanya perlahan. Jari jemarinya yang runcing dicubit antara satu sama lain.
Dia mula bercerita apa yang disampaikan oleh King. Dari awal sampai akhir. Sekali sekala air matanya jatuh. Tersedu-sedu dia menangis sambil bercerita. Belakang badan Afia diusap lembut.
Setelah habis Afia bercerita, dia membiarkan tangisan Afia sehingga kembali tenang.
"Innalillahiwainnailaihiraji'un. Hidup ini memang selalu ada cubaan dan ujian. Tiada sorang pun yang boleh mengelak daripada ujian hidup. Semua ini adalah rencana baik dari Allah. Kau kena terima benda ini dengan hati lapang." ceramah Adelia. Rasa macam jadi ustazah pulak.
"Tapi aku dah tak ada sesiapa lagi dalam hidup aku. Yang mampu menjadi dinding untuk aku bersandar." air mata diseka menggunakan belakang tangan.
"Habistu aku ni apa? Kau anggap aku sebagai apa? Aku ni bukan kawan kau ke? Apa guna seorang kawan hanya ada ketika waktu senang? Aku mampu jadi dinding untuk kau bersandar."
Afia diam membisu. Dia menekur lantai. Terasa dengan ayat Adelia. Adelia seorang kawan yang paling baik dia pernah jumpa. Tidak pernah berniat jahat kedapanya. Sebaliknya, sentiasa menolong dari segi masa dan harta. Tidak kisah dirinya yang sibuk berkerja. Jika dia minta pertolongan, pasti akan datang.
Dagu Afia didongakkan supaya melihat dirinya. "Sudah..aku ada kau. Kau ada aku. Sama-sama susah, sama-sama senang. Tak nak lah tengok kau sedih. Hodoh, macam nenek kebayan. Cuba senyum sikit." pujuk Adelia. Sempat dia bergurau.
Sebaris senyuman terukir. "Macam ni lah bagus. Eh, kau lapar tak? Aku lapar ni. Jom makan." Adelia menukar topik.
Afia menggeleng kepala. "Tak lapar lagi."
"Ala..jomlah. Aku lapar. Marrybrown, aku belanja."
Bersinar mata Afia. Sudah lah tempat makan kegemarannya. Tambah pula dengan Adelia yang belanja. Fuh! Masyuk...Jimat duit.
"Nak, nak! Janji kau belanja." ujarnya sambil menepuk tangan. Tahu-tahu sahaja perutnya minta diisi.
Haih..macam layan budak-budak. Nasib comel. Pipi Afia yang sedikit gebu itu dipicit geram. "Apa-apa sahaja untuk kau."
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐩𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐌𝐚𝐚𝐟 𝐙𝐚𝐡𝐢𝐫 𝐁𝐚𝐭𝐢𝐧.
ANDA SEDANG MEMBACA
Mr.Mafia With Mrs.Mafia
RomanceTENGKU RAFAEL ADIEL, merupakan ketua kumpulan mafia yang paling digeruni dalam dunia mafia. Dengar sahaja kumpulan 'Black Phoenix', kecut perut yang lain mendengarnya. Perwatakan seorang yang dingin, cool, dan sentiasa dengan muka bekunya tetapi dia...
