CHAPTER 17

198 10 4
                                    

                 Jari-jemari runcingnya bermain satu sama lain. Bermundur-mandir di hadapan pintu hotel. Tapak tangannya sudah basah akibat dari peluh. Gelisah. Matanya tidak lepas memerhati perkarangan hotel. Mencari kelibat kenderaan rakannya.

"Mana kau ni, Yuna?" gumamnya perlahan. Sudah beberapa kali ditelefon, namun tidak diangkat.

Yuna, kawan baiknya daripada sekolah rendah. Kawan yang ada ketika susah dan senangnya. Seseorang yang menjadi pelindungnya semasa diselubungi oleh ketakutan dan kejahatan dunia. Dia terlalu suci untuk masuk ke dunianya yang nyawa sering menjadi taruhan. Sehingga kini, dia masih belum berpeluang untuk memberitahu pekerjaannya yang sebenar. Kini, biarlah dia membalas jasa dengan menjadi pelindung kepada rakannya.

Telefon bimbit kembali ditekap di telinga. Menunggu panggilan untuk dijawab.

Tut... Tut... Tut..

"Afia..." Samar-samar ada suara yang memanggilnya.

Dia menoleh ke kiri dan kanan. Meremang bulu roma apabila tiada sesiapa yang berada di situ. Jantungnya berdegup kencang. Tambah pula, dia berada di hotel yang dikelilingi hutan dan sekarang juga sudah menginjak jam 5.30 petang.

"Afia..." Sekali lagi suara itu memanggil tetapi suara itu kian terasa dekat di telinga.

Perlahan-lahan dia memalingkan kepalanya ke belakang.

"Boo!" sergah Rafael di hadapan muka gadis yang sudah pucat itu.

"Arhhh!" Tangan yang menggenggam erat telefon bimbit di angkat ke udara. Hendak dibaling telefon bimbit itu di muka lelaki yang menyergahnya.

Terkekek-kekek Rafael ketawa tatkala melihat reaksi muka Afia yang terkejut tadi. Terkejut pun comel.

"Ish! Apa kau ni? Kau ingat lawak ke, huh?" marah Afia. Dia sudah tidak kesah pangkat lelaki di hadapannya. Tuan Muda tak Tuan Muda, orang lain makan nasi, ada yang makan kasut aku nanti.

Rafael menghabiskan sisa tawanya. "Kau buat apa dekat sini sorang-sorang? Ke hulu ke hilir aku tengok." walaupun hanya mempamerkan wajah bekunya, tetap lembut suaranya bertanya.

"Eh, mana ada. Aku tengah berlatih kawad kaki tadi. Aku fikir-fikir macam nak masuk tentera." sindirnya. Sempat diberi jelingan tajam kepada Rafael.

"Aku rasa pegawai dekat sana pun fikir dua tiga kali nak pilih kau jadi tentera dengan ketinggian kau macam tak cukup umur ni."

Wah, sesedap cucur adabi aje dia mengutuk aku! Aku tahu lah ketinggian kau tu kalah tiang elektrik. Waktu kecil makan tiang agaknya.

"Kau balik naik apa?"

"Kawan."

"Aku hantar."

Tak payah. Sekejap lagi kawan aku ambil." Cepat sahaja dia membalas.

"Kau yakin ke kawan kau akan ambil nanti? Mana tahu dia lupa? Kau nak tidur dekat sini sorang-sorang?"

Dia diam sebentar. Ada betul juga. Dari tadi dia telefon Yuna, namun tidak dijawab. Disebabkan jarak rumah mereka yang jauh, dia menyuruh Yuna untuk menginap sebentar ke rumahnya pagi tadi. Tak akan dia lupa?

Dia berlalu pergi. "Kalau kau nak aku hantarkan, ikut aku. Kalau tak nak, kau duduk lah dekat situ sampai malam. Suruh encik gula-gula dengan cik langsir hantarkan kau."

"Kau! Mulut kau tu memang tak ada tapis-tapis ke? Dah lah dekat dengan hutan. Kalau betul-betul 'dia' datang rumah kau, tidur sebelah kau, padan muka!"

Kata-kata Afia diabaikan. Langsung tidak takut. Bukan setakat hantu dia pernah jumpa, setan pun pernah. Pakej ada dua ekor di rumah dan tiga ekor lagi di pejabatnya.

Dia mempercepatkan langkah apabila dia sudah ditinggal jauh. "Hoi, sabarlah! Satu tapak aku melangkah dikira empat tapak kau melangkah, tahu tak?"

"Tak tahu dan tak nak tahu. Kau tu yang lembab. Jalan terkedek-kedek macam anak ayam. Cuba kaki tu buka langkah besar sikit. Kura-kura pun lagi cepat daripada kau." kutuknya selamba.

Ini sudah melampau! Dia samakan aku dengan anak ayam dan bezakan aku dengan kura-kura? Kau tunggu...

                 Zaquan, Zafuan, Qalif, Aiden dan Farran memerhati gelagat Rafael dan gadis yang mengikuti langkahnya dari hadapan pintu hotel. Mereka tercengang. Mereka memandang antara satu sama lain.

"Kau orang nampak apa yang aku nampak?" tanya Zafuan. Mereka mengangguk.

"Tak lah... Bukan Raf tu. Mungkin kita penat sangat hari ni." Zaquan mengurut perlahan tengkuknya.

"Ataupun, dia bukan Raf..."

Pak!

Aiden terjerit kesakitan tatkala Farran mengetuk kuat kepalanya. Kalau kena ketuk hari-hari macam ni, boleh amnesia rasanya.

"Mulut kau tu jangan nak celopar sangat."

"Tapi kan, senang betul hati dia yang sedingin benua Antartika tu boleh cair. Entah-entah perempuan tu puteri bunian. Lepastu dia pukau Rafael untuk kahwin dengan dia. Eii... takutnya." tuduh Zafuan sambil memeluk lengan abang kembarnya.

"Tak boleh jadi ni, kita kena selamatkan Raf sekarang juga." Tambah Zaquan berkata penuh semangat.

Qalif mengeluh perlahan. Alahai, susah betul dapat kawan yang pemikirannya cetek.

"Dah. Tak payah nak buat konspirasi-konspirasi yang merapu, merepek, meraban. Sekarang ni, aku nak balik. Nak tidur. Katil aku dah memanggil-manggil."


𝐒𝐨𝐫𝐫𝐲 𝐲𝐞 𝐤𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠. 𝐒𝐞𝐩𝐚𝐭𝐮𝐭𝐧𝐲𝐚 𝐜𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 𝐧𝐢 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐧𝐚𝐤  𝐬𝐚𝐦𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐬𝐜𝐞𝐧𝐞 𝐬𝐞𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬𝐧𝐲𝐚, 𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐡 𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢 𝐧𝐚𝐤 𝐮𝐩𝐝𝐚𝐭𝐞 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐧𝐢 𝐣𝐮𝐠𝐚𝐤... 𝐧𝐞𝐱𝐭 𝐬𝐜𝐞𝐧𝐞 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭 𝐧𝐞𝐱𝐭 𝐜𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫, 𝐨𝐤𝐚𝐲?

Mr.Mafia With Mrs.MafiaWhere stories live. Discover now