CHAPTER 18

188 10 2
                                    

                        Suasana di dalam kereta senyap sunyi. Hanya bunyi penghawa dingin yang mengeluarkan angin kedengaran. Afia melemparkan pandangan ke luar. Rafael pula fokus memandu. Tiada tanda mahu membuka bicara terlebih dahulu. Dia menarik nafas dalam lalu menghembus perlahan. Penat.

"Tak baik mengeluh." Rafael memecahkan kesunyian.

Dia menjeling sekilas ke arah Afia yang merenung ke luar tingkap. Riak wajah gadis itu kelihatan lelah.

"Senyap aje. Dalam mulut tu ada emas ke? Selalunya mulut tu ada aje yang nak dibidas. Tadi bukan main banyak bercakap. Sekarang bisu pula?" Sengaja dia menyakitkan hati Afia. Mahu memancingnya untuk membuka mulut.

"Mulut aku. Bukan mulut kau." Dipaksa juga untuk membuka mulut. Makin didiamkan, makin melebih dia mengutuk aku.

Rafael tersenyum nipis. Dapat lah juga dengar suaranya walaupun kata tidak seindah rupa.

Senyumannya mati tatkala melirik cermin sisi kanan dan kiri. Dua buah kereta Chevrolet Corvette C8 bersama dua buah motosikal berkuasa tinggi memandu laju mengejar mereka.

Afia mulai perasan kereta yang dipandu semakin laju lalu memandang Rafael di sebelahnya. Stereng kereta digenggam erat sehingga urat-urat di lengan dan leher timbul. Pedal kereta ditekan penuh dan keretanya laju membahagi jalan sambil menyelit beberapa buah kereta yang turut berada di jalan raya. Setelah jalan raya yang dilaluinya kian sepi, butang auto drive dihidupkan.

Dua buah motosikal itu semakin laju mengejar bersama senjata api digenggaman mereka. Tembakan demi tembakan dilepaskan di bonet dan cermin kereta di bahagian belakang. Sesekali juga tembakan itu tersasar pada cermin sisi keretanya.

Afia menundukkan kepala. Telinga ditutup menggunakan kedua tangannyab menahan bunyi tembakan yang bingit menerpa gegendang telinga. Terasa pipinya panas menahan tangisan. Turut juga titisan jernih bergenang di tubir mata.

"Afia!" Bahu Afia digoncang perlahan setelah beberapa kali panggilannya tidak ternyahut.

Afia memandang Rafael dengan air mata yang sudah membasahi pipi. Ya, dia ketakutan.

"Listen here, okay? Calm down... Kau percaya aku kan?" soalnya lembut sambil tangannya menyeka air mata di pipi Afia. Dia hanya diam membiarkan tindakan Rafael itu. Soalan Rafael tadi juga dibiarkan sepi. 

"Percayakan aku mahupun tak, kau tetap kena percayakan aku. Please?

Akhirnya dia mengangguk walaupun dirinya msih ragu-ragu. Namun, diabaikan sahaja perasaannya yang satu itu.

"Senyum lah sikit."

Afia menghadiahkan senyuman tipis. Rafael turut tersenyum seraya mencuit sedikit hidung separa mancung milik Afia.

"Ha, kan comel tu. Baru aku suka." gumamnya perlahan. Cukup hanya dia sahaja yang dengar.

"Apa?" Sepertinya dia hanya mendengar sipi-sipi sahaja ayat yang diucapkan Rafael tadi.

"Nothing. Now, be serious please," Tegas suaranya berkata.

Dua buah motosikal itu menghampiri di bahagian penumpang dan pemandu. Tingkap kereta hanya diketuk kuat menggunakan pistol beberapa kali kerana mostosikal mereka perlu distabilkan dan mengikut rentak kelajuan kereta Rafael.

"Sekarang ni kau kena tolong aku. Aku kira sampai tiga, kau buka pintu bahagian kau."

Dia mengangguk seraya itu tangan diletak di pemegang pembuka pintu. Dalam kiraan tiga, mereka membuka pintu serentak. Duan buah motosikal yang menerima hentakan daripada pintu kereta Rafael mula hilang kawalan lalu tumbang dan terseret di tengah jalan raya. Pintu kereta ditutup kembali.

"Good. Kau ambil pistol dekat bawah alas kaki kau pula. Lepastu tolong aku tembak kereta diaorang. Kau nak hidup, kan?" soal Rafael sambil membuka tingkap kereta lalu badannya dikeluarkan separuh. Dia mula menembak pada sasaran.

"Apa punya soalan lah. Siapa je nak mati kalau macam ni." gumam Afia sambil mengambil pistol yang terletak di dalam sebuah kotak kecil di bawah alas kaki yang tersorok. Dia juga turut melakukan hal yang sama seperti Rafael.

Peluru pertama tersasar pada pintu pemandu juga sedikit pada tangan musuh.

Kali ini mereka menyasarkan pada salah satu kereta yang paling depan mengejar mereka. Nafas ditarik dalam agar jantung yang berdegup kencang kembali tenang. Mata hanya difokuskan pada sasaran.

Bang! Bang!

Kedua-dua tayar kereta di bahagian kereta itu ditembak tepat. Tayar kereta yang ditembak  menyebabkan kereta itu hilang kawalan seraya itu terus menghentam pembahagi jalan raya. Sebuah lagi kereta yang dipandu dengan kuasa tinggi tidak sempat untuk menekan brek lalu menghentam kereta dihadapannya.

Rafael meneruskan perjalan. Peluh di dahi dan rambutnya yang serabai ditiup angin sebentar tadi dibiarkan sahaja.

Afia tersenyum sinis sebelum dirinya kembali masuk ke dalam perut kereta.

"Pandai juga kau guna pistol. Kau... Pernah guna ke?" Soalan cepumas dilontar oleh Rafael.  Dengan sekali tembakan sahaja tepat sasaranya. Seperti sudah terbiasa dan terlatih.

Lidahnya kelu. Lupa lelaki disebelahnya ini tidak tahu tentang identiti sebenar dirinya. 

"Aku... Aku dulu pernah masuk kelab memanah. Kan sama je memanah dengan pistol. Kedua-duanya memerlukan fokus. Cuma, memanah guna busur dan anak panah. Pistol guna peluru." jawab Afia tenang walaupun tidak setenang hatinya yang kian berdegup seperti hendak meletup.

Rafael mengangguk. "Kau okay? Ada cedera mana-mana tak? Lengan? Muka? Badan? Ada sakit-sakit tak?" Bertubi-tubi soalan terbit dari mulut Rafael. Bukan apa, sudahlah bawa anak dara orang. Kalau ada apa-apa yang terjadi, dia juga yang susah.

Soalan Rafael masih terbiar sepi. Afia yang masih senyap tidak berbunyi dikerling sekikas. Hampir sahaja dia tergelak. Haih... Tidur rupanya. Dengan kepala yang bersandar di tingkap kereta juga tudungnya yang sudah senget-benget membuatkan Rafael makin mahu tergelak. Mahu sahaja dia mencubit pipi gebu itu. 

Penat sangat sehingga terdengar dengkuran halus milik Afia. Pecah juga tawanya namun, dikawal supaya tidak menggangu puteri comel itu tidur.

"Sorry, flower."

"Aku tak patut bawa kau masuk dalam dunia aku yang kejam ni. Sekarang, kau dah masuk dalam dunia aku. Musuh aku pun sudah tahu kehadiran kau. Aku tak nak kau jadi mangsa diaorang. You are my weakness and no one can touch you, except me. And I don't mind being your guardian angel forever and ever."

"Maybe you don't realize it, but you make me madly in love with you." bisik Rafael perlahan.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 27, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mr.Mafia With Mrs.MafiaWhere stories live. Discover now