YAMAHA YZF-R7 miliknya berhenti di perkarangan Syarikat R.Q.F Holding. Sekilas memandang bangunan yang besar serta bertingkat-tingkat dan jelas terpampang tulisan 'R.Q.F'. Afia melangkah masuk ke dalam sambil melihat telefon pintarnya untuk mencari maklumat-maklumat yang berkenaan tentang interview. Sedang ralit menggunakan telefon pintarnya, tanpa sengaja dia terlanggar sekunjur tubuh berbadan tegap.
BUK!
"Aduhhh...siapalah yang langgar aku ni?Buta ke?" terus Afia bangun sambil menggosok punggungnya perlahan seraya mengambil semula telefon yang terjatuh tadi.
Lelaki tadi hanya memandangnya dengan pandangan kosong dan berlalu pergi meninggalkan Afia.
"HOI!! Macamtu je kau blah?! Tak reti minta maaf ke?!" pekik Afia tanpa menghiraukan mata-mata yang memandangnya. Lantaklah orang nak kata apa. Sakit tahu tak?
Lelaki itu langsung memberhentikan langkahnya lalu menghembus keluhan berat. Dia terus mematahkan balik ke arah gadis itu.
Alamak! Dia datang pula. Tulah, siapa suruh mulut ni celupar sangat. Nasib kaulah Afia. Namun, dia tetap hanya mempamerkan riak wajah tenang. Lelaki itu berdiri betul-betul di hadapan Afia. Mak aih! Tingginya. Makan tiang ke apa mamat ni? Terkejut Afia melihat ketinggian lelaki itu. Hendak dibandingkan dengannya yang hanya tinggi 150cm. Macam semut dengan gajah.
"Hoi makcik! Siapa langgar siapa huh?! Kau yang jalan tak tengok depan." suara garau itu menjerkah dirinya.
What?!! Makcik? Dia panggil aku makcik? Terlopong luas mulut Afia apabila digelar 'makcik'.
"Makcik? Hey... kau tu yang tak tengok depan. Tak payah nak salahkan orang." tajam anak mata lelaki itu menikam dirinya. Apa? Ingat mata macam tu dia takut ke? Malah, Afia juga membalas tajam ke arah mata lelaki itu. Eleh, setakat mata hijau dia tu cantik lagi mata grey aku.
"Rafael? Kenapa kau masih dekat sini? Kau kata ada urgent." tiba-tiba datang seorang lelaki dengan pandangan pelik.
Rafael hanya memberi isyarat untuk selesaikan masalahnya. Lelaki itu hanya mengangguk faham. Tanpa membuang masa, dia terus berlalu pergi meninggalkan Afia yang masih terpinga- pinga.
"Eh? Kau nak pergi mana? Masalah kau dengan aku belum selesai lagi." tanya Afia geram apabila soalannya dibuat endah tak endah sahaja.
"Hm..maaf ye cik. Any problem ke? Saya kawan dia."
"Yes. So many problem. That your friend? Kalau tu kawan kau, cakap dekat dia suruh belajar adab. Dia langgar aku lepastu tak minta maaf."
Aduh mamat Rafael ni. Dah langgar orang lepastu tak nak minta maaf pula. Ni sekarang aku pulak yang kena selesaikan masalah dia. Haih..selamat kawan. Kalau bukan dah lama aku campak dia dekat laut.
"Ha...minta maaf ye cik. Dia memang macam tu. Kalau dia terlanggar batu, kalau boleh dia yang nak batu tu minta maaf." selamba badak sahaja dia mengutuk kawannya sendiri. Lantaklah, janji dia tak ada dekat sini. Kalau dia dengar, tak mahunya dia yang campak aku ke laut.
"Minta maaf ye cik..."
"Afia." jawab Afia sepatah.
"Minta maaf ye cik Afia." ucapnya sekali lagi seraya tangan diletakkan di dada dan membongkokkan sedikit kepalanya tanda hormat.
"Hmm." dia hanya megangguk. Afia pun berlalu pergi lalu terus ke lif. Belum sempat hendak menekan butang lif, terasa bahunya disapa seseorang. Langsung dia memaling ke belakang untuk melihat siapa yang menyapa dirinya. Terlihat seorang perempuan yang bertanda nama 'Hana'.
"Ye?" tanya Afia lembut.
"Cik... nak ke bilik interview ke?
"Ye saya. Kenapa?"
"Ouh.. maaf ye cik. Interview ni terpaksa kami tunda. Bos kami ada kerja di luar. Tapi tidak mengapa, cik boleh isi borang di kaunter. Jika ada apa-apa maklumat lanjut, nanti kami akan maklumkan kepada cik." jawab Hana penuh sopan santun.
"Oh.. baiklah. Terima kasih."
"Sama-sama." ujar Hana sambil mempamerkan senyuman manis.
Dia terus ke kaunter untuk mengisi borang yang diarahkan oleh Hana.
Usai itu, dia melangkah keluar dimana terletaknya motosikal yang diparkir rapi olehnya. Tiba- tiba telefonnya berdering meminta untuk diangkat. Laju tangannya menyeret butang berwarna hijau ke kanan untuk menjawab.
"Bos, tolong kami bos. Diaorang dah tahu markas kita. Diaorang nak ambil 'benda' tu dengan dokumen. Tapi kami sempat halang." ujar seseorang di dalam telefon.
"Hm... tak apa. Korang jaga sahaja bilik tengah tu. Sekejap lagi aku sampai." arah Afia.
"Baik bos!" terus dia menamatkan panggilan. Langsung dia menyarung sarung tangan, jaket dan helmet seraya menghidupkan enjin motosikal berkuasa tinggi miliknya lalu membahagi jalan raya.
"Kau dah silap orang nak bermain." gumam Afia di dalam helmet. Terus dia memecut laju.

YOU ARE READING
Mr.Mafia With Mrs.Mafia
RomanceTENGKU RAFAEL ADIEL, merupakan ketua kumpulan mafia yang paling digeruni dalam dunia mafia. Dengar sahaja kumpulan 'Black Phoenix', kecut perut yang lain mendengarnya. Perwatakan seorang yang dingin, cool, dan sentiasa dengan muka bekunya tetapi dia...